Dosa pertama yang berlaku di dunia ini berpunca dari sikap takabbur. Kisah Habil dan Qabil tercatat dalam Al-Quran. Punca syaitan tersingkir dari syurga juga kerana takabbur. Dan penyakit yang paling mudah hinggap ke hati manusia juga takabbur. Kerana itulah kepakaran yang ada pada Prof Syaitan Laknatullah.
Sebagai manusia, kita diciptakan Allah dari percampuran 2 air mani yang kotor. Lahir dari tempat yang kotor dan memalukan. Dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, ditanam di dalam tanah yang dipijak semua makhluq Allah. Manusia dan haiwan.. Tiada alasan untuk menjadi takabbur. Dan sungguh banyak sebab untuk menjadi tawadhu’.
Tawadhu’ bukanlah berjalan tunduk sehingga mencium tanah. Tawadhu’ adalah kemampuan menerima kebenaran dari sesiapa sahaja.
Hayatilah kisah-kisah para anbiya. Tiada satu cerita pun yang menunjukkan mereka sombong, takabbur dan besar diri. Walhal, telah diketahui mereka itu manusia pilihan. Terbukti mereka juga lebih mulia berbanding kita.
Lihatlah bagaimana kisah Nabi Muhammad menyuap makanan kepada seorang yahudi buta yang tidak putus mencaci baginda. Hayatilah kisah Umar Al-Khattab yang menerima teguran seorang wanita ketika beliau dibaia’h menjadi Khalifah Ummat Islam. Hassan Al-Basri yang mendengar nasihat dari seorang perompak yang telah merompak kesemua bukunya..
Berlaku tawadhu’ bukan kerana mahukan sanjungan manusia, tetapi kemuliaan disisi Allah.
Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang menyukai orang-orang yang berdiri kerana menghormatinya, hendaklah bersiap-siap menempati neraka”
[HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
pesanan penaja. Semuanya gambar copy paste dari google.com >> conclusion: remember Allah alwa...
-
“Tahniah dapat 5A!” “Tahniah kerana lulus semua subjek tahun 4 semester satu di Kulliyyah Farmasi” “Tahniah kerana mendapat markah penuh” ...
-
Ada orang buat baik pada kita, Kita senyum dan berlalu pergi, Tanpa ucapan terima kasih, kerana kita rasa.. Yang lebih layak meneri...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
Bersahabat dengan tukang besi, percikkannya mengotorkan baju. Bersahabat dengan penjual minyak wangi, wanginya akan terlekat juga walau sedi...
-
Kalau bagi ceramah, orang awam datang.. dengar, gelak sikit-sikit.. pastu dapat upah duit. Kalau best, nanti orang tolong promosi.. pe...
-
Kita tahu menyampaikan kebenaran itu kewajipan, Tapi bila kita rasa susah dan berliku, Kita buat-buat lupa dan tidak ingat. Kita tahu tujua...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Semoga sentiasa berada dalam iman yang mantap, hati yang bersih, jiwa yang tenang. InsyaALLAH! Tiada apa...
-
BAHAGIAN I Bangun pagi dengan satu pengetahuan.. Apa aku nak buat hari ini, Ke mana aku akan pergi dan melangkah hari ini.. Bagaimana ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan