Amanahkah kita jika kita MALAS menggunakan aqal itu untuk beriman pada Allah?
Perlukah kita menunggu orang lain MEMAKSA kita untuk BERIMAN sedangkan tanda-tanda kebesaran Allah itu jelas terpampang?
Dan TAKUTKAH [bertaqwakah] kita pada Allah sedang kita MEMPERMAINKAN AMANAH YANG TELAH ALLAH PERTANGGUNGJWABKAN?
Wahai para pembaca mutiarajannah, penulis bukanlah orang yang paling bertaqwa untuk menuntut orang lain bertaqwa sebagaimana contoh dan suri tauladan yang terdapat dalam Al-Quran, ia cumalah amanah Allah yang kita semua [penulis dan pembaca sekalian] perlu sama-sama tunaikan.
Ayuh.
“Apakah manusia itu menyangka mereka tidak akan diuji selepas mendakwa mereka beriman?” Al-Ankabut: 2
Sebaik sahaja kita bertekad untuk AKU MAHU AMANAH dan BERTAQWA, maka pada waktu itulah datang peraturan pelik-pelik, sikap manusia yang hairan dan ajaib, kehendak diri yang tidak menjadi kebiasaan.. hanya kerana ALLAH mahu kita membuktikan tekad kita [untuk AMANAH dan BERTAQWA] dihadapan-Nya!. Bukan dihadapan manusia lain. Ingat dan semat baik-baik wahai diri dan saudaraku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan