“Jangan mengaku. Nanti lagi teruk kena”
“Bukan dia tahu sapa pun”
“Tak takut ke nanti tercemar nama yang sudah sedia tidak berapa bersih ni?”
Kali ini penulis memilih untuk menulis sesuatu yang mungkin sudah biasa terjadi sekeliling kita tapi jarang kita beri perhatian.
Apabila penguatkuasa telah mengesyaki salah seorang dari ramai-ramai manusia disatu tempat telah melakukan kesalahan dan tidak dapat menangkap siapakah selayaknya diberi hukuman. Maka penguatkuasa akan menggunakan kuasa dan kewibawaannya untuk menangkap orang tersebut dengan cara membuat kempen.. Jika tiada yang menyerah diri, maka sedarlah keselamatan seluruh penduduk di tempat ini akan merbahaya kerana ancaman sekelompok manusia dalam kalangan kamu.. Selagi mereka bebas, selagi itulah keselamatan kamu tidak akan terjamin.
Maka marahlah sekalian penduduk..
“Mana orang bersalah ni? Cepat mengaku! Jika tidak kami yang akan menanggung padah kerana kesalahan kamu”
“Siapa mahu mengaku? Nanti habislah orang tahu aku buat” bisik hati pesalah. “rosak imej aku nanti” tokoknya lagi.
“teruk la kena kalau orang tahu kamu buat” kata sahabat pesalah.. “lebih baik tidak mengaku. Lebih selamat. Bukan meraka tahu pun siapa yang melakukannya” tambah sahabat lain.
Itulah hakikat yang sedang berlaku di zaman moden sekarang. Manusia lebih takut sesama manusia. Jujur itu bodoh kerana mengakui kesalahan menyebabkan mereka akan dihukum. Benarkah?
Jika kita benar-benar beriman dengan hari akhirat, sedarkah kita balasan Allah sedang menunggu untuk orang yang berdusta? Tidak jujur itu berdusta.. Sudahlah melakukan kesalahan, kemudian tidak mahu mengakui pula kesalahan yang telah kita lakukan. Mendapat bonus dosa lagi. Satu dosa kerana kesalahan yang telah dilakukan, bonus dosa pula kerana berdusta dihadapan Allah. Mungkin kita selamat dari hukuman manusia, tetapi kita tidak selamat dari hukuman Allah! Siksaan manusiakah atau siksaan Allah yang kamu takuti itu??
Benarkah cara penguatkuasa itu? Ini juga suatu isu. Jika kita sebagai penguatkuasa.. Perlukah kita mewar-warkan kesalahan yang telah penduduk setempat lakukan itu? Perlukah berkempen hingga sebegitu rupa untuk membuatkan pesalah mengakui kesalahannya? Tekanan bagaimanakah yang sepatutnya jikapun kita mahu pesalah datang menyerah diri..?
Masih banyak isu sengaja dibiarkan tidak terjawab untuk kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Mode: jalan-jalan menikmati ciptaan Allah dan bangunan ciptaan manusia. Dalam kereta, semua orang kepenatan berjalan jauh. "Eh bes...
-
Sahabat Rasulullah dulu sanggup tinggalkan kekayaan dan keselesaan hidup kerana memilih Islam. Contohnya Mus’ab bin Umair. Nak bagi senang k...
-
Assalamualaikum para pembaca.. Semoga sentiasa bersemangat beramal kerana Allah ! Hari ini penulis mahu berkongsi sebuah cerita. Fikir-f...
-
Apakah nilai sebuah rumah banglo untuk seorang menteri? Bagaimana pula jika banglo itu dinilai oleh seorang petani yang menoreh getah set...
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
by Dr. harlina dan ir Ahmad Jais.. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Seperti biasa, penulis takkan mampu tulis sebagaimana sebijik dr.ha...
-
Usaha pertama: 2 orang sahabat keluar bersama dengan niat untuk melakukan 'street dakwah'. Hampir setengah jam berjalan di ...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan