Ahad, 27 Mac 2011

Jiwa yang mati tidak akan mampu

Takabbur.

Baru satu penyakit hati yang kita kenali. Belum disebut tentang riya’, ujub, marah yang liar, hati yang keras, munafik, makan banyak, dendam, hasad dengki, cinta pangkat, suka menonjolkan diri, ghurur dan takut mati.

Bagaimana mahu mengajak manusia tunduk patuh dan berserah diri pada Allah, jika kita sendiri belum tunduk patuh dan menyerahkan diri padaNya?

Bagaimana mahu mengajar manusia cintakan Allah, jika kita sendiri tiada rasa cinta?

Bagaimana mahu mengajak manusia berkorban sedang diri kita sendiri tidak sanggup berkorban?

Bagaimana kita mahu masyarakat tunduk pada perintah Allah sedang kita sentiasa mengabaikan perintahNya?

Bagaimana kita mahu mengajak orang tawadhu jika hati kita takabbur sekali..

Jika hati kita sakit, bagaimana kita mahu menyembuhkan jiwa lain yang sakit?

Jika hati kita penuh dengan penyakit takabbur, riya’, ujub, keras, dendam, hasad dan takut mati.. Apakah mampu untuk kita mengajak HATI manusia lain untuk sihat dari penyakit itu? Sedang diri kita tidak ketemu cara untuk menyihatkannya..

Sungguh Allah Maha Tahu isi hati manusia. Tidak perlu menerangkan pada sesiapa betapa merendah dirinya kita hanya untuk menyorokkan rasa bangga dan bagusnya diri. Hati dan jiwa yang sakit samalah seperti anggota badan kita sakit.

Contohnya kegagalan hati [liver] diperingkat awal, mungkin ia boleh dirawat dan tiada komplikasi kelihatan. Akan tetapi jika tidak dikesan, ia akan membuatkan pemilik organ itu kelihatan kuning kerana kegagalan hati untuk berfungsi secara betul.

Begitu juga dengan penyakit hati [qalbu]. Jika dikesan dari awal, lebih mudah untuk diubati. Tetapi jika ia telah keluar dari mulut, terzahir dengan perkataan dan perbuatan.. Maka itulah komplikasinya.

Bergantung kepada kecanggihan dan kebijaksanaan pakar untuk merawat, mengawal dan menyembuhkan komplikasi atau penyakit kronik tersebut.

Beza dunia dan akhirat adalah sudut penilaian yang dibuat. Apabila hasil menjadi taruhan, maka itulah dunia. Tetapi jika usaha dan tawakkal menjadi taruhan.. maka itulah akhirat. Oleh itu berusahalah membuang takabbur yang menyebabkan tumbuhnya EGO dan pelbagai lagi komplikasi buruk pada akhlaq dan ibadah..

Jangan putus asa berusaha kerana kita belum tentu berjaya..

Tiada ulasan:

Entri terkenal