Beginikah keadaan manusia sekarang..
Betapa jahil dan naifnya aku,
Tidak pernah terbayang aku akan mengetahui hal sebegini..
Sesuatu yang tidak pernah terlintas dek aqal fikiranku.
Terkejut, pening, serabut, buntu memikirkan penyelesaian,
Sebagai hamba dan khalifahNya, masakan aku berdiam diri
Berpeluk tubuh tenggelam dalam dunia sendiri.
Ya Allah Yang Maha Mengetahui,
Aku pasti Engkau takdirkan aku tahu
Kerana sebab yang belum dapat aku tahu..
Sebagaimana firmanMu..
Tapi ya Allah,
Aku terlalu jahil untuk memahami pengetahuan ini..
Terlalu minimum menggunakan aqal,
Demi memahami hikmah disebalik pengetahuan ini.
Pelbagai cara telah aku cuba,
Dan aku tidak akan berhenti,
Kerana aku percaya pada bantuanMu,
GanjaranMu, janjiMu, hukumanMu dan balasanMu..
Walaupun salah, walaupun dikeji, walaupun dimusuhi,
Aku akan tetap berusaha,
Biarlah apa pun yang manusia kata dan cela..
Aku tahu ya Allah, Engkau LEBIH TAHU dan Maha Mengetahui.
Engkau lebih tahu mengapa Engkau jadikan ia begitu dan begini,
Engkau lebih tahu mengapa Engkau khabarkan hal ini,
Kejadian begitu dan begini.. Mereka begitu dan begini..
Dan sudah pasti, semua ini telah tertulis sejak azali..
Kini, aku berserah padaMu,
Setelah aku berusaha dan mencari jalan..
Bukan bermakna tanda noktah pada usahaku wahai Tuhan,
Kerana aku tahu berserah padaMu juga sebahagian dari usaha,
Beriman pada ketentuanMu wahai Tuhan..
Selamat beramal! Dan semoga berjaya memikul amanah dengan baik kerana taqwa kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan