Khamis, 17 Mac 2011

Inilah dunia akhir zaman 3

Taqwa itu takutkan Allah.

Sebagaimana Umar Al-Khattab r.a pernah memberitahu apabila seseorang bertanya kepadanya: Taqwa itu seolah-olah kamu berjalan di atas sebatang jalan yang penuh dengan duri.

Bagaimana caranya kita berjalan di atas jalan yang penuh duri? Kita akan berjalan dengan berhati-hati..

Itulah TAQWA.

Ini bukan tokwa yang kita buat masak di dapur itu. Ini taqwa suatu sifat orang beriman.

Apabila suatu amanah ditawarkan, dia tahu dia mampu menunaikan amanah tersebut, maka dia menerimanya dan melaksanakan amanah itu dengan TAQWA.

Apabila suatu amanah ditawarkan, dia tahu dirinya TIDAK MAMPU menunaikan amanah tersebut, maka dia menolaknya..kerana dia mempunyai TAQWA.

Akan tetapi, jika suatu amanah ditawarkan, dia tahu dirinya TIDAK MAMPU menunaikan amanah tersebut, dia menerimanya. Berlakulah fitnah. Maka sesungguhnya manusia itu terlalu jahil dan menzalimi diri mereka sendiri. Sedangkan Allah telah berfirman:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan menurut kemampuannya” Al-Baqarah: 286

Jika semasa kita menerima amanah itu kita belum sedar [yang kita ini tidak mampu atau mampu tapi tidak mahu], maka sebaik kita sedar, lakukanlah sesuatu supaya kita tidak menzalimi diri sendiri dan tidak menzalimi orang-orang yang lemah [yang berada dibawah kekuasaan kita kerana kesanggupan kita menerima amanah yang tidak dilaksanakan].

Sesuatu yang kita boleh lakukan apabila kita sedar, boleh jadi pelbagai cara. Bergantung kepada kebijaksanaan dan aqal yang Allah anugerahkan.

Sedarkah kita; inilah tanda akhir zaman? Banyak tanda-tanda hari Qiamat. Antara yang telah Rasulullah s.a.w senaraikan pada kita adalah; apabila amanah diserahkan kepada bukan ahlinya. Atau dengan kata lain, amanah ditanggung oleh orang yang tidak layak [mampu tetapi tidak mahu] dan tidak mampu untuk melaksanakan.

Maka berlakulah kezaliman.

Jika amanah itu membabitkan manusia; nyawa, harta, keluarga, kesihatan dan maruah diri akan menjadi mangsa kezaliman kita.

Jika amanah itu membabitkan harta benda awam; alat-alat dan barang-barang itu akan rosak. Orang-orang yang memerlukan barang tersebut tidak dapat menggunakannya.

Jika amanah itu melibatkan binatang dan alam sekitar; ia merosakkan ekosistem dan akhirnya MANUSIA lah yang menerima kesannya dan itulah kita [sambil menunjukkan pada diri sendiri] yang telah menerima amanah sedangkan kita tahu kita tidak mampu atau sebenarnya tidak mahu melaksanakan walaupun mampu

bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal