Selasa, 24 Mei 2011

[DANGER] mood mesti baik nak baca.

Assalamualaikum.

Hari ini rasa mahu buang tabiat.

Mahu bercakap dengan perasaan. [Bukan memang selalu cakap dengan perasaan ke?]

Tiada fakta skema untuk dikenali.

Apakah?

Susah betul mahu mengaku salahkan. Tidak kiralah siapa pun kita. Samada berjawatan tinggi paling bagus dalam dunia, hinggalah ke tiada jawatan apa-apa kat tepi jalan.

Kalau tanya siapa buang sampah kat jalanraya yang banyak sangat tu? Siapa akan angkat tangan dan mengaku?

Itu baru cakap kesalahan kecil. Iyalah. Mungkin kecil pada pandangan kita. Manusia yang tidak tahu kebersihan itu cerminan iman. Atau malas mengaku kebersihan itu sebahagian dari iman.

Apa lagi kalau salah besar. Membabitkan nyawa. harta negara. maruah manusia. Itu semua maqasid syar'ie yang WAJIB dipelihara.

Nauzubillah. Bukan senang untuk menjaga diri dari tersalah. Musuh akan mencari segenap sudut untuk dijadikan hujah. Bersungguh-sungguhlah para daei ilallah.

Jika bukan daei pun, orang tetap akan mencari salah kita.

Apa jadi jika kita benar-benar salah? Apa patut dilakukan?

Akuilah. Dan baiki kesalahan tersebut. [jika ia kesalahan yang boleh dibaiki].. Jika tidak, Allah Maha Mengetahui. dan Allah Maha Pengampun.

Sebelum menyalahkan orang. Mari lihat pegangan diri terhadap KESALAHAN. Siapakah yang mahu kesilapan dilakukan diri sendiri? TIADA. tetapi megapa tersalah? atau mengapa salah juga?

Kerana kita tidak berkuasa sepenuhnya terhadap diri kita. Disana ada kuasa yang MAHA KUAT. Jadi kita mahu menyalahkan kuasa yang Maha Kuat itu untuk kesalahan kita? Astaghfirullah. Pastilah itu salah. Salah untuk menyalahkan kuasa Yang Maha Menguasai apabila kita tersalah..

Jadi, ia sebenarnya untuk kita sedar. MEMAAFkan salah orang itu sangat penting. Ia sangat berkait dengan keimanan kita pada Yang Maha MENgetahui. Yang Maha Menguasai, Yang Maha Pengampun..

Cakap senang! Memaafkan itu susah. Ya. Susah untuk orang yang melihat keuntungan dunia. Susah untuk orang yang hanya percaya pada kehidupan dunia. Memaafkan itu akan jadi sangat susah. Lebih susah dari menebang bukit dan gunung. lebih susah dari meneropong bintang! Hanya jika kita seorang yang tidak dapat melihat jauh kedepan.. depan itu hari akhirat.

Akhirat hanya dapat dilihat oleh orang yang MAHU melihatnya
isu memaafkan ini bukan isu kecil dan terpencil. Ia isu biasa dan meluas. Hanya kerana kelalaian kita melupakan PENCIPTA Yang Maha Menguasai.. Yang Maha Mengetahui..
Kita sukar memaafkan. Terbit dendam dan hasad. Mendorong kita melakukan pelbagai lagi perbuatan dosa.. Mengumpat. Mencela. Buruk sangka.. Akhirnya lahirlah masyarakat yang porak peranda..

Hanya kerana lupanya kita pada PENCIPTA!


"Hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang" Ar-ra'd:13

Maka dengan ini tahulah kita apakah maksudnya melupakan Allah itu suatu DOSA. Ia tidak boleh dipandang ringan.

Tiada ulasan:

Entri terkenal