Ok, kejut orang sebelah untuk bangun dulu.
Sahabat, jom solat.
SOLAT ZOHOR berjamaah.
ok, sahabat, kamu nak ikut tak saya g usrah ni. Usrah dengan adik-adik.
Ok, saya nak ikut jawab sahabat.
Lepas usrah kita g beli makanan ye. katanya kembali.
ops, saya tertinggal duit untuk beli makanan. kejap, saya pergi ambil duit.
Laparlah.. sambil mengambil beberapa keping biskut untuk melapik perut.
Sahabatnya itu sedang bersiap dan keluar..
Eh, saya nak ambil laptop lah.. untuk tazkirah. Ada video saya nak tunjuk pada adik-adik nanti.
Ambil kunci dan masuk bilik ambil laptop pula.
Turun dan berjalan ke tempat yang dijanjikan..
Eh semua orang tak sampai lagi la.. Oh takpe-takpe, mungkin mereka lewat sedikit. Bisik hati sambil menghantar satu mesej "ana dah kat tempat yang dijanjikan"
Tiba-tiba, adik usrah menalifon.. "akak, kan dah tukar.. kita janji nak buat malam?!"
oh la.. Ya Allah, ha'a la.. betul-betul ana dah hantar mesej dah tadi..
Maaf akak.. sori sangat akak..jawab si adik itu kembali.
oh takpe-takpe.. hmm betul-betul.. Ana dah reply tadi..
Subhanallah [Maha Suci Allah] dari sifat pelupa.
Masya Allah [dengan kehendak Allah] segalanya telah terjadi.
Alangkah bijaksananya Allah menjadikan sebab dan musabab untuk hambaNya mendapat pahala.
dan alangkah ruginya masa &kekalutan tadi, jika turun bergerak dan bergegas itu bukan kerana mahukan keredhaan Allah!
Segala yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Andai peristiwa kecil seperti ini pun ada pengajaran. Apatah lagi peristiwa besar dalam hidup.
Iaitu peristiwa yang menyebabkan berubahnya lanskap sejarah hidup kita dan sejarah penyebaran Islam di muka bumi seperti; berubahnya tanggapan orang pada kita, hilangnya seseorang yang sangat kita kasihi dan bergantung harap, gagalnya kita dalam usaha dan target yang kita impikan selama ini dan pelbagai lagi..
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, dan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka" Ali-Imran 191
Tiada ulasan:
Catat Ulasan