Isnin, 2 Mei 2011

Malasnya

Selamat pagi wahai pejuang agama. Selamat pagi juga wahai rakyat Malaysia walaupun anda merasa anda bukan pejuang agama. Selamat pagi orang bahagia. Selamat pagi juga untuk orang yang merasa dirinya tidak bahagia.

Menahan diri dari marah itu hanyalah sebahagian dari bulatan besar sabar. Menahan diri dari melakukan perbuatan sia-sia juga termasuk sabar. Maka marilah kita belajar bersabar.

Pagi-pagi adalah waktu orang bersemangat untuk memulakan hari. Bukan waktu untuk orang bermalas dan tidur semula. Walaupun tidur semula selepas solat subuh itu kebiasaan, ubahlah agar ia tidak menjadi kebiasaan. Banyak kerja yang perlu dilakukan diwaktu pagi.. Baca Quran, baca ma’thurat, berzikir mengingati Allah.. Berzikir pun kerja juga ke penulis? Ya, berzikir juga sebahagian dari kerja kita sebagai hamba Allah.

Apakah kita fikir kerja kita hanya yang masuk ke pejabat jam 8 setiap pagi? Atau yang lain yang seerti dengannya?.. Pastilah tidak sempurna hidup kita sebagai hamba.

Cuti bukanlah alasan untuk bermalas. Malas itu bukan sikap orang Islam.

Oh, hari ini cuti.. Bukan ada pape pun hari ni nak bangun awal.


EH? Orang baru tu.. Ah biarlah dia. Dah ramai dah orang lain sambut kedatangan dia. Aku malas nak bercakap.


Hmm, oklah masak telur goreng dengan nasi kukus. Dari tak masak lansung.


Kotornya lantai tandas ni. Biarlah. Nanti adalah cleaner datang cuci.

Cubalah doa ini setiap hari. Semoga Allah membantu kita berjihad melawan nafsu malas!

Ya Allah aku berlindung denganMu dari perasaan sedih dan gelisah, Ya Allah aku berlindung denganMu dari rasa malas dan lemah, Ya Allah ya Tuhanku aku berlindung denganMu dari sikap penakut dan bakhil, Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung denganMu dari hutang dan penindasan orang.

Tiada ulasan:

Entri terkenal