Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan perpisahan
Yang tiada diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Setia cita-cita buat bekalan kesana
harapan ayah bonda janji pada agama
Kita kan terus mara
biarpun badai yang datang melanda
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah miliknya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah
Kita dicaci diturutkan rasa hati
ingin dilepaskan beban ini
Saya sayang kamu semua kerana Allah. |
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita yang dibina
Semoga bersama kitakan dirahmati oh teman.
Kita masih belum dituntut untuk berkorban nyawa dan darah, tetapi sudah mengeluh penat dan susah. |
Rindunya pada sahabat yang gigih berjuang dan berkorban. Sahabat yang sangat positif memikul amanah membawa Islam, satu-satunya manhaj perubahan yang paling berkesan. Ayuh teruskan perjuangan menegakkan agama dalam diri agar berjaya menegakkannya di muka bumi yang telah diamanahkan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan