Isnin, 30 Mei 2011

Mahu membaiki tapi sebenarnya turut merosakkan

Akhirnya tahu lah aku, malas belajar rupanya. dan asyik dengan pelbagai "aktiviti" nakal.. membuatkan aku mendapat nombor 30 lebih.. Maka aku pun berazam untuk berubah.

aku ajak sahabatku bersama. "Ayuh, usah kita berlaku nakal-nakal lagi. Kita jadi budak yang lebih baik". Tapi, entah tidak kena cara, sahabatku tidak bersetuju..

Bermula saat itu..

Aku kehilangan seorang kawan yang sangat aku rapat. Aku kuatkan hati. Biarlah aku tiada sahabat, asalkan aku berubah. Banyak peribadi baik yang aku belajar dengan sahabatku. Berani. Itulah ciri yang paling banyak aku pelajari dari dia. Aku bukan pemberani pun. Aku budak pengecut . Aku belajar jadi pemberani setelah berkawan dengan dia. Terima kasih Allah memberikan sahabat begitu padaku. Banyak sikap daei yang ada padanya yang memberi kekuatan padaku sekarang.

Dalam masa aku bersungguh-sungguh berubah, aku juga menyakitkan hati sahabat. Aku tidak menafikan. Alangkah sedihnya jika aku mengimbau kembali kisah itu. Tapi aku tidak boleh membiarkan kesedihan dan kekecewaan itu memakan kehidupan sekarang.

Aku terlalu jahil pada masa itu. Aku tidak mengerti bagaimanakah cara yang sepatutnya. Aku hanya semberono dan redah sahaja. Mana boleh aku buat. Mana susah aku lawan dan buat sampai dapat.. Aku tidak sedar.. Aku jahil. Berdakwah dan tarbiyyah itu ada caranya.

Bersungguh-sungguh tapi jahil.. hanyalah akan membuatkan kita jadi "tikus membaiki labu". Aku perlu ilmu. Aku perlukan tunjuk ajar untuk berubah.. Tapi pada masa itu, aku tidak tahu bahawasanya aku adalah orang jahil yang memerlukan ilmu.

Alangkah dahsyatnya aku. Aku adalah orang jahil yang tidak tahu aku jahil.. DI dunia ini ada  4 jenis manusia:
  1. Orang jahil yang tidak tahu dia jahil
  2. orang jahil yang tahu dirinya jahil
  3. orang bijak tetapi tidak tahu dirinya bijak
  4. orang bijak yang tahu dirinya bijak.
Yang paling dahsyat adalah orang nombor 1 dan orang paling bagus adalah orang nombor 4 [jika dia berimanlah].

Jadi aku ini.. orang paling dahsyat!

Bersambung..

Tiada ulasan:

Entri terkenal