Masih terngiang-ngiang di telinga apa yang telah orang katakan pada diri sewaktu berada dibangku sekolah. MAcam sudah meninggalkan bangku sekolah sahaja.. Walhal masih bersekolah.
Bukan seorang mengatakan demikian. Mak, cikgu-cikgu.. kawan-kawan. Mengapa? Kerana aku bersahabat dengan orang yang dianggap mempunyai masalah disiplin.
Bagi aku, berdosakah aku bersahabat? Aku sayang sahabatku. Biarlah semua orang benci dia kerana sikapnya. Dia tetap sahabat aku. Walaupun orang lain nampak dia jahat, nakal, melanggar disiplin sekolah.. Dia tetap sahabat aku. Dia tetap berbuat baik pada aku. Dia tidak jahat dan nakal sebagaimana yang orang lain katakan.
Kemana sahaja dia pergi aku turuti. Biarpun aku tahu akan berlaku sesuatu yang tidak berapa kena. Aku butakan sahaja. Aku tidak mahu kehilangan sahabat.. Alangkah sunyinya hidup tanpa sahabat.
Setiap 2 minggu, aku akan dimarahi, dileteri. Sejam perjalanan pulang kerumah dari asrama, umpama 10 jam. Bingit telinga mendengar kuliyah mak. Apabila tidak tahan, aku akan tidur. Buat-buat tidak dengar. Setelah sampai ke rumah, aku akan cepat-cepat memunggah barang tanpa menunggu mak habis berleter.
Melewati semula kisah pahit di zaman aku masih belum memahami tujuan penciptaan manusia.. Memang membuatkan aku menangis. Sedih dan menyesal. Tetapi itu bukanlah penyebab aku berhenti dari berubah dan menangisi segala kejahilan lalu. Aku mesti bangkit dan menjadi manusia baru!
Ikuti sambungan seterusnya. Insya Allah.
Jumaat, 27 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Sobahal Khair, jawabnya sobahunnur. Masa ‘ul khair, jawabnya masa’unnur. Illaliqo’ jawabnya ma’assalama.. (betul ke ni? ke dah terbalik.. be...
-
Dua perkataan keramat. Sangat keramat untuk orang yang memahami nilainya. Ikhlas. Melakukan hanya untuk Allah. Membenci hanya kerana A...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Ingin aku singkap kembali, Kenangan lama agar bersemi, Inginku ulangi kisah manis, Agar terus bersemadi. Ingatlah aku sebagai rakanmu, Kena...
-
Apabila melihat orang lain ditimpa musibah atau masalah, terasa beratnya dia menanggung perkara tersebut. Pelbagai cara kita cuba untuk meri...
-
Assalamualaikum pemuda pemudi Malaysia! Mari ikuti penulisan dibawah: Pernahkah kita lihat orang makan campur? Misalnya: Makan buah deng...
-
Maksudnya: Allah matlamat kami. Segala perbuatan kita itulah matlamatnya. Kehadiran kita ke dunia ini pun itulah tujuannya. Dalam perj...
-
“Hayyabil arabiah, hayyabil arabiah, hayyabil araaabiyah”.. Pernah kawan-kawan dengar frasa ni?? Haa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar bagus...
-
Umar bin Al-Khattab: Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dalam pemeliharaan mereka. Mereka um...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan