Sabtu, 27 Julai 2013

jika anda tidak suka usrah dan seerti, silakan tidak membaca

Segala pujian bagi Allah.

Kita sedang berada dalam bulan Ramadhan.
Bulan yang sangat ditunggu oleh setiap orang Islam.
Para sahabat mengucapkan selamat tinggal 6 bulan selepas nya dan selamat datang 6 bulan sebelumnya.

Bulan ramadhan ini bulan bersabar dan melatih bersabar.
Ia juga bulan melatih mujahadah.

Kelebihannya
  1. ditawarkan rahmat dan keampunan.
  2. bulan syaitan diikat.
  3. pahala amalan tak kira sunat atau wajib digandakan
Dengan Ramadhan yang berbaki ini, kita haruslah berazam utk melakukan sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini.

Apakah pendirian kita pada sunat rawatib dan sunat-sunat nawafil yang lain?

Adakah kita meletakkan target untuk khatam Quran dua kali pada tahun ini?

Apa khabar dakwah kita pada bulan ini?
Dakwah kita adalah dakwah Rabbani.

Sejauh mana kita mengambil berat hubungan kita dengan Allah?
Sejauh itu lah kejayaan kita dalam hidup..

Kita tidak mengetahui dalam ramadhan akan datang , kita tergolong dalam kalangan hidup atau mati..

Kebanyakan hari telah berlalu.. Yg tinggal hanya sedikit sahaja dari bulan ini. Berazamlah untuk mendapatkan yang terbaik dari bulan ini.

Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, diampunkan dosa terdahulu. Sesiapa yg menghidupkan malam dgn penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran maka diampunkan dosanya yang terdahulu.. Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran maka akan diampunkan dosanya yang terdahulu"

Doktor daei ini realiti atau fantasi??

Sebenarnya ia adalah realiti.
Kerana ramai di atas dunia ini, doktor yang daei..
Ramai kepimpinan ikhwan adalah doktor suatu masa dahulu.

Oleh kerana mereka memimpin dakwah, mereka punya sumbangan besar.
Selain dari doktor yg jadi pemimpin dalam jemaah, ramai juga mereka yang mempunyai kerja-kerja kebajikan dalam hospital dan tempat bertugas serta di luar sana..

Pegawai farmasi, doktor gigi dan juruwarat juga tidak kurang banyak sumbangannya..

....
Pertama:
dakwah kita ini dakwah tarbawi.
Maksudnya serentak dakwah kita, dan kita juga mentarbiyyah.
Kita memberi penerangan dan pengenalan, tapi kita juga membentuk.
Bukanlah semata-mata salah satu.
Bahkan kedua-duanya!
Penerangan dan pembentukan.

Diatas jalan dakwah ini, takmungkin melakukan penerangan dan pembentukan jika kita sendiri tidak mendapatkannya (tidak diterang dan dibentuk).
Maka jalan dakwah ini memerlukan "menerima dan memberi"..

Sesuatu yang penting adalah, tidak mungkin kita boleh memberi bila tidak menerima...
Kita takkan mampu berterusan memberi apabila kita tidak menerima.

Sekiranya penerimaan itu pelbagai dan lengkap, maka begitulah pemberiaannya.
Tetapi jika penerimaan itu sedikit dan terbatas, maka sumbangannya akan jadi sedikit dan terbatas juga.

maka ambil beratlah tentang penerimaan.
Tarbiyyah itu adalah bekalan dan pergerakan..
Jadi, untuk bergerak pasti ada bekal.
Bekalan itulah menerima.
Bergerak itu adalah sumbangan.

Bagaimana mahu mendapat bekalan?

Imam Ghazali memperinci tarbiyyah kepada 3:
  1. ilmu untuk hati
  2. ilmu diletakkan di hati.
  3. diterjemah dalam amalan
Asas komponen tarbiyyah: hati, emosi, anggota.

Apabila kita di tarbiyyah, dan mendapat tarbiyyah diatas jalan dakwah ini, pastikanlah kita dapat dari aspek ketiga-tiga komponen ini. Barulah tarbiyyah itu syumul, bila syumul dan sumbangan kita juga syumul..

...

kenapakah kita menumpukan tarbiyyah ini pada individu muslim?
Masih dalam muqaddimah..
Di ulangi, apakah kepentingan menumpukan tarbiyyah pada individu muslim?
Mengapakah Hassan Al-banna, meletakkan fokus pada seorang individu dalam tarbiyyah ini?

Kerana dengan individu muslim itu lah akan melahirkan rumah tangga yang muslim, melahirkan masyarakat muslim, pemimpin muslim dan akhirnya kedaulatan Islam!

Kerana individu muslim yang bagus akan jadi contoh! QUDWAH HASANAH!
Doktor yang cemerlang, maka besar sumbangan dan pengaruhnya..
Pegawai farmasi yang cemerlang, besar pengaruh dan kebaikannya! T_T ...
[airmata mengalir laju..]

Dakwah kita lebih berjaya bila kita berjaya ditahap peribadi.
Medan dakwah dan amal yang pertama adalah diri kamu sendiri!
Sekiranya kamu berjaya menguasai nafsu diri kamu, maka kamu akan berjaya menguasai orang lain.
Sekiranya orang yang kuat beribadah.. pasti ia akan memberi kesan pada orang sekelilingnya. Dia memahami jalan dakwahnya, memahami teknik dakwahnya.. melalui pembacaannya, dalam majlis pertemuan dengan sahabat-sahabatnya membuatkan dia sangat jelas dengan tempat dan peranannya di jalan dakwah ini!
T_T

Sekiranya..
pada kadar kelemahan kita terhadap diri kita, maka kita akan menjadi lemah dihadapan orang lain.
Mendidik diri kita ini bukanlah kerja senang.
Sebab itulah ia menjadi asas kejayaan dakwah orang lain.

Melatih diri kita.
Jadikan ia peraturan.
Patuhilah peraturan menurut ajaran Islam.
Bukan mudah, tapi ia boleh dicapai oleh orang yang mempunyai semangat tinggi.

Bentuklah diri kamu
dan ummah ini akan terbentuk.
Ummah ini hanya akan terbentuk apabila kamu berjaya membentuk diri sendiri.

Di rumah, di dalam masyarakat, di negara.. Semuanya wujud seorang individu. Dan invidu itu wujud dalam semua tangga amal.. invidu, keluarga, masyarakat dan negara.

.....
Aspek asasi tarbiyyah
  1. jamai >> apa sahaja program tarbiyyah, yg lebih dari 2 orang.
  2. fardiyah >> antara individu dengan individu, yg pandai ajar yg takpandai
  3. zatiyah >> diri sendiri dengan diri sendiri sahaja.
Setiap kali kita merasai kesukaran utk bertemu ikhwah dan sahabat kita diluar, maka lebih kuatlah kita lakukan zatiyah..
Tapi sebaiknya, kita jangan tinggal juga aspek tarbiyyah yang lagi dua itu.

kenapa tarbiyyah jamai itu penting?
kerana dalam tarbiyyah ini ada 2 suasana penting.

pertama: Suasana jamai.

>> wujudnya beberapa orang, akan membantu dalam bentuk pertukaran pengalaman. dimana bila ada individu yang ada kelemahan, maka perkumpulan itu akan membantu membaiki kelemahan tersebut, kerana kepakaran akan berpindah dalam keadaan bergaul itu..

>>suasana berlumba-lumba. yang memberikan motivasi.. Rasulullah s.a.w bersabda; seorang mukmin itu cermin saudaranya yang lain. Dengan jamai inilah barulah berlaku cermin itu.

>> betapa pentingnya cermin ini dalam tarbiyyah.. tetapi adakah tarbiyyah jamaiyyah itu mencukupi?

Ia penting tapi asas yang kedua lagi itu sangat penting.

Katakanlah, seorang murobi melakukan kedua-dua tarbiyyah jamaiyyah dan fardiyyah.. Zatiyyah itu perlu juga di lakukan..

kedua: zatiyyah.. diri sendiri.

>> usaha individu itu membangunkan dirinya tanpa di arah oleh orang lain.

>> bbrpa bahagian
  1. iman/hati
  2. fikrah
  3. sulukiyyah/anggota
Apabila lemah tarbiyyah zatiyyah, kita jadi lemah dan lembik, hanya apabila diminta sahaja baru kita buat.

walaupun tarbiyyah jamaiyyah kuat, ia tetap teruk, jika tarbiyyah zatiyyah itu lemah dan lembik.

Dalam setiap diri kita, ada dorongan dalaman!
JIka kuat dorongan dalaman ini lah..
baru lah kita kuat.
Murobbi tidak akan mengejutkan kita setiap hari.
Murobbi juga bukan orang akan sentiasa mengingatkan kita.. setiap saat.

"Sesungguhnya peringatan hanya bermanfaat untuk orang beriman"

Bukan untuk orang lalai!

Maka kita pastilah kena jadi beriman dahulu untuk memanfaatkan peringatan.

Dalam perang badar, ada seorang lelaki bernama Hubab bin Munzir.
Dia telah dilatih dgn tarbiyyah zatiyyah.
Setelah kedua-dua pihak berkemah, maka, Hubab bin Munzir pergi datang jumpa Rasulullah s.a.w..

Dia tidak lah cakap..
siapa lah aku ini? kecik saja, dorg nk dgr cakap aku ke? 

maka bertanyalah Hubab pada Rasulullah dengan sopan dan hormat..
"Adakah ini adalah perintah Allah? atau ia adalah suatu strategi dan pendapat?Jika ia adalah perintah Allah, aku dengar dan taat. Rasulullah menjawab, ia adalah strategi.. Maka Hubab pun bagi cadangan; kat sini tak sesuai. sebab kat telaga lagi bagus, sbb kita boleh minum air dan orang kafir xboleh ambil air!"

Maka, adakah hubab itu buat dengan arahan? Iaitu memberi cadangan itu? Satu lagi contoh adalah tentang Salman al-farisi. Mencadangkan korek parit dalam perang khandak. Penerimaan Nabi terhadap pandangan-pandangan itu menunjukkan Nabi s.a.w juga sangat bersetuju dengan sikap proaktif tersebut.

....

Kita harus meraikan 2 skop besar tarbiyyah
  1. Tarbiyyah yang membangunkan diri kita.. 
  2. dan tarbiyyah yang membangunkan aspek2 lain selain peribadi.. contohnya, politik, ekonomi, kemasyarakatan, pemikiran.. maksudnya seluruh aspek kehidupan kita..

keimanan dan ibadah, akhlaq, pemikiran, kemasyarakatan, politik, ekonomi, tingkahlaku

walau apa pun, tarbiyyah yang paling penting adalah tarbiyyah iman dan ibadah

>> mengapa ia menjadi sangat penting dan utama? 
  • kerana bila betul hubungan dia dengan Allah maka betullah hubungan dia dengan manusia.
  • ia akan mewujudkan tolakkan dari dalam, sedangkan dorongan dalam adalah lebih kuat dari dorongan luaran.
  • kerana setiap tarbiyyah lain, yang menggerakkan dan paksinya adalah ibadah dan iman. [setiap tarbiyyah lain adalah hasil dari tarbiyyah kedua ini]. Dalilnya hadith 6, tentang dalam manusia ada seketul daging.
  • 2 muwasofat individu muslim adalah asas kepada semua muwasofat individu muslim yang lain.. [kesejahteraan aqidah dan ibadah yang betul]
....
Salah faham tentang 3 fasa tarbiyyah.

takrif >> propaganda/memberitahu, 
takwin >> membentuk 
tanfiz >> pelaksanaan/amal

Hanya melakukan salah satu sahaja. Tanpa disertai 2 lagi yang lain..

Yang betul adalah:
Apabila di lakukan secara jamaah, ketiga2 ini berlaku serentak, walaupun diperingkat individu ia perlu berlaku secara berturutan

....
Ketahuilah kita bukanlah semata-mata kebajikan. kita adalah golongan yang ada:
dakwah salafiyah, ibadah sunnah, tariqat sufiyyah, ikatan kemasyarakatan, jamaah riadhah, ikatan pengetahuan intektual, syarikat ekonomi

Jika kita adalah jamaah seperti ini, maka apakah cukup dengan pengetahuan dan bacaan umum sahaja?

Ya pastilah kita ada susunan tarbiyyah yang khusus dan objektif khusus!
10 muwasofat tarbiyyah.
  1. kesejahteraan aqidah
  2. ibadah yg betul
  3. kesempurnaan akhlaq
  4. menepati masa
  5. tersusun kerja
  6. sihat tubuh badan
  7. berdikari
  8. kekuatan fikrah
  9. mujahadah melawan hawa nafsu
  10. Bermanfaat pada orang lain
Manakala objektif umum kita; adalah penyebaran adab-adab dan akhlaq mulia dan mengubah adat resam yang buruk dalam masyarakat.. 

Tiada ulasan:

Entri terkenal