Ahad, 19 Mei 2013

a better person everyday

Kepada:
Seseorang yang mahukan peringatan.

Isi kandungan:
Hidup ini bukanlah masanya untuk berehat walaupun penat. Uruslah masa sebaiknya. Jangan biarkan apa jua alasan menjadikan kita manusia tertinggal..

Realiti sekarang..
Memahami manusia adalah cabaran terbesar..
Memahami mereka bukan untuk mengumpul sejumlah sahabat dan kawan.
Tapi untuk memenuhi matlamat hidup sebagai khalifah dan hamba-Nya.

Ya.
Dakwah bukan hanya dengan ceramah hebat terpukau dan tulisan dahsyat menyentuh hati..
Dakwah itu kehidupan.
Tarbiyyah juga kehidupan.

Berkorban demi Islam, bersusah payah demi Islam..
Hakikatnya, hati sungguh tenang dengan pengorbanan dan susah payah itu..
Kerana kita percaya..
Islam akan menang!

Biarpun manusia lain merasa pelik.. mana mungkin islam menang dengan keadaan ummat Islam seperti sekarang?!..

Kerana kepercayaan kita pada Allah, pada janji-Nya yang tidak pernah dimungkiri..

Kitalah akan menjadi salah satu agen yang mengubah itu.. Kitalah yang akan merealisasikan dan membuktikan janji Allah itu. InsyaAllah.

Susahnya menghadapi ujian.
Susah lagi menghadapi neraka jika tidak sabar menghadapi ujian.

Maka bersabarlah tika sabar ini masih punya nilai dan keuntungan, kerana sabar ketika dalam neraka sudah tiada gunanya..

Ya Allah..
Bersihkan hati kami.
Kuatkan langkah kaki kami.
Agar kami sentiasa mengingatiMu ya ilahi.

Tiada ulasan:

Entri terkenal