Entah kenapa, tengah-tengah kemuncak sibuk (walapun sebenarnya baru habis peperiksaan pertengahan semester) tetibe teringat kenangan lama ketika menjadi guru pada tahun 2007 yang lepas. Kawan-kawan nak tahu apa kisahnya?
Gini, penulis ditugaskan untuk mengajar tingkatan 1, 2, dan 3. Setiap tingkatan ade 2 kelas. SAtu kelas remaja rajin nak belajar, satu lagi kelas remaja kurang rajin nak belajar. Semua tingkatan penulis mengajar dua-dua kelas kecuali tingkatan 3, penulis mengajar kelas yang remajanya kurang rajin nak belajar sahaja.. Maksudnya penulis mengajar satu kelas sahaja untuk tingkatan 3.
Subjek apakah yang penulis ajar untuk tingkatan 3? SUbjek fiqah. Kawan-kawan tahukan fiqah? Ala yang fasal solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain lah.. Dan untuk silibus tingkatan 3 yang penulis kena ajar masa tu adalah tajuk haji..
MAk oiii, lah, punya la susah nak ngajar. Sebab? Haji kan lain sikit dari ibadah khusus yang lain. BAnyak cara, langkah-langkah dan pantang larang..
Sebenarnya bukan nak cerita susah subjek yang diajar tu. Tapi nak cerita susahnya mengajar remaja yang kurang rajin nak belajar. (Agaknya inilah kot yang pensyarah penulis rasa bila penulis tak jawab soalan pensyarah dalam kuliyah).
Kali pertama mengajar kelas tingkatan 3 adalah suatu pengalaman yang sukar dilupakan.. Sebab? Itulah kali pertama penulis berdepan dengan remaja nakal.. Hehe.. Walhal penulis pun nakal jugak masa sekolah dulu. Akhirnya, selepas sejam mengajar kelas feqah, airmata keluar sama laju dengan langkah penulis keluar dari kelas tersebut.
Konon-konon nak sorok muka, tapi ada muallimah lain pulak diluar pintu kelas.. Siap tolong pujuk. Hehe.. HAbis kecoh, muallimah baru menangis. Sebenarnya penulis pun tak tahu sebab apa penulis airmata mengalir banyak sungguh masa tu..
Tapi itulah perasaan yang hinggap secara tiba-tiba apabila melihat, remaja-remaja yang masih belum mengenal 'apa itu dunia sebenar' bersikap acuh tak acuh dengan pembelajaran mereka.. Berada di sekolah agama adalah salah satu dari rahmat Allah yang sangat besar. Kadang-kadang kita memperlekeh suasana dan biah-suasana (bukan bai'ah-perjanjian) solehah yang wujud. Pelbagai alasan lapuk dan tidak lojik untuk kita memperlekeh sekolah agama dan universiti agama.. Kerana mentaliti kita yang suka memperlekeh institusi pendidikan berteras agamalah yang menjadikan kita terlupa dan terlalai dari hidayah dan petunjuk Allah yang tersedia dan terhidang di dalam nya..
Ok, nak tahu apa jadi lepas tu? Hehe, penulis tak nak sambung..
Yang penting pengajarannya, kita mesti berusaha untuk melihat dunia supaya kita sedar siapakah diri kita di bumi Allah yang luas ini..
Selasa, 9 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kita memang selalu menyusahkan diri sendiri dengan melihat keburukan orang lain pada kita. Misalnya, ade orang tu tercakap perkara yang kita...
-
“Hayyabil arabiah, hayyabil arabiah, hayyabil araaabiyah”.. Pernah kawan-kawan dengar frasa ni?? Haa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar bagus...
-
Dan telah dikalahkan bersekutu itu dengan satu. Hehe, itulah jadinya kalau nak terjemah seketul-seketul. Tajuk pos penulis ni sebenarnya.. j...
-
bismillahi rahmani rahim. rasanya sudah berbulan-bulan tidak menulis dan menyumbangkan sesuatu.. hampir terlupa saya masih punya blog untu...
-
Baiklah, ini jawapannya: Masyi ah Allah . Kawan-kawan pernah dengar perkataan macam gini tak? Okaylah kalau tak pernah dengar pun, mesti sel...
-
Apakah yang menyebabkan penulis mahu menulis tentang sakit ini? Kerana, sekarang penulis sangat terkesan dan terasa dengan kesibukkan yang m...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Baiklah, sekarang jom kita tengok maksud tawakkal. Penulis bagi maksud yang mudah je. Tawakkal adalah berserah diri kepada Allah setelah ber...
-
Raya datang lagi.. Disetiap hujung ibadah wajib, Allah telah mensyariatkan pada hambaNya untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih.. Sebab ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan