Rabu, 9 Januari 2013

sabar dan syukur

selamat pagi dan selamat memperbaharui niat.

sabar...adalah kekuatan diri utk menjadi tenang tatkala keadaan diri sangat tertekan. atau lebih mudahnya.. akhlaq tidak di pengaruhi suasana tertekan dan layanan buruk orang.

Rupanya bukan senang mahu bermanis muka hati dan perasaan pada manusia yang melayan kita dgn cara yang kurang wajar. itulah sebabnya pahala sabar mengikut tahap sabar yang ada. patutlah sabar tiada batas... lagi sabar lagi banyak pahala..

sabar bukan nak jaga hati manusia.
sabar sebab mahu jadi hamba Allah yang redha. berlapang dada dan akhirnya bersyukur ats ketetapanNya.

Secara luarannya serupa sahaja manusia yang sabar kerana mahu menjaga hubungan sesama manusia dan manusia yang mahu menjaga kedua2 hubungan sesama manusia dan Allah.

Bezanya diakhirat nanti.

Dari sabarlah lahirnya sifat syukur iaitu berterima kasih. bila sudah bursyukur, lapanglah dada.. mudah memberi dan bahagialah hidup didunia dan akhirat.. walaupun banyak kesusahan (dari kaca mata manusia), hakikatnya Allah lebih tahu kebahagiaan hati orang yang beriman.

sekian bebelan pagi lepas balik kerja malam yang penuh dgn ujian kesabaran.

oh ya lupa nak tegaskn, sabar bukan dlm keadaan buruk je. dlm keadaan baik pun kena bersabar jg... sabar supaya tidak lupa diri dan lalai dari mengingati Allah

Tiada ulasan:

Entri terkenal