Jumaat, 18 Januari 2013

Sibuk bercakap tentang Allah...



"sibuk bercakap tentang Allah jangan sampai lupa bercakap dengan-Nya"

...................

Hari ini tiada gambar, dalil al-Quran mahupun hadith. Hari ini cuma sebuah cerita yang telah Allah susunkan sebagai ujian dan sekolah tarbiyyah buat hamba-Nya.

Hampir setiap jam, hati sentiasa terfikir.. Kalau setiap detik tu kelentong la pulakkan. Memang dalam sejam itu pasti ada kerisauan..

"Ya Allah, mampukah aku melalu ujian-Mu? Mampukah aku untuk tidak menjadi fitnah pada agama-Mu... aku mesti berusaha untuk tidak menjadi fitnah pada Islam yang aku anuti dalam masa yang sama menyebarkan rahmatnya pada seluruh manusia.."

mudah sahaja Islam dikaitkan dengan keburukan dan kelemahan peribadi. beratnya tanggungjawab dakwah dan khalifah ini hingga ia sentiasa menjadi perkara utama yang menyenangkan dan menyusahkan hati..

Masa indah dan manis... alhamdulillah. Masa perit dan payah.. maha suci Allah. keluar juga airmata yang murah ini...

kenapa menangis? kenapa menangis?
tidak berjaya mendapatkan jawapan dari saya..
kamu bertanya orang lain...
orang yang lain yang tidak mengenali 'kerisauan' ini..
orang lain yang tidak pernah tahu perjuangan dan kesusahan jalan ini

kamu yang bertanya..
tidak kenal pun beza Islam dan muslim..
bagaimana kamu mampu fahami kenapa aku menangis.

Ya.
tugas aku untuk menyampaikan pada kamu Islam itu.
dan kerana kelalaianku untuk menyampaikan Islam kepadamu lah yang buat aku menangis.. 

perlukah aku beritahu sebab aku menangis?
TidaK.

(dah btau pun sebenarnya kan..)

Tiada ulasan:

Entri terkenal