Sabtu, 17 Ogos 2013

Melatih diri mendekatkan diri pada Allah

Subhanallah..
Maha Suci Allah..

Allahu akbar,
Allah Maha Besar.

Seluruh anggota badan pada diri manusia adalah milik Allah.

Dari kepala hingga kaki hinggalah ke dalam hati..

Tiada satu pun anggota yang menjadi hak milik manusia. Semuanya pinjaman.

Pinjaman dengan amanah yang sangat besar.
Pinjaman dengan satu tanggungjawab; menghambakan diri pada Allah.

Ampunilah kami di atas keterlanjuran kami, ampunilah kami di atas berlebihannya kami dalam urusan kami.

Sesungguhnya, hanya pada Engkaulah kami memohon ampunan, andai Engkau tidak mengampuni kami, menjadilah kami orang2 yang rugi.

Berhadapan dengan manusia lain.. Bukanlah perkara pelik dan luarbiasa.. Tapi pengajaran yang diperoleh serta perasaan dekatnya Allah pada kita membuatkan terasa sangat luarbiasa!

Bagaimana bergaul dengan manusia itu bolh menjadikan kita terasa dekatnya Allah..
Mengapa berhadapan dengan manusia menjadikan kita setenang solat seorang diri di malam hari mengadap Allah?

Kerana kita berhadapan dengan manusia bukan kerana kehendak diri sendiri..

Kerana pertemuan kita dengan manusia itu kerana mahu melaksanakan perintah Allah dengan penuh rasa cinta pada Allah, mujahadah dan kesyukuran..

Kerana pertemuan kita dengan manusia itu..
Untuk menyampaikan indahnya islam dan besarnya Allah di hati kita.

MasyaAllah!

Tiada ulasan:

Entri terkenal