Rabu, 7 Ogos 2013

Apabila kita sebenarnya

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tiada daya dan kuasa yang lebih hebat di dunia ini kecuali Allah.
Dari Dia kita datang kepada-Nya lah kita akan kembali.

.....

Memerhati adalah salah satu cara untuk 'menghayati' kehebatan Allah.
Hebatnya Allah Yang Esa, menciptakan manusia yang berbilang kaum dan berbilang sifat..

Memerhati apa sahaja yang mampu kita perhatikan. Dari kejadian diri sendiri hinggalah kepada cerita-cerita kehidupan serta sikap-sikap manusia sekeliling bahkan manusia yang tidak berada disekeliling.

.....

Allah Yang Esa, menciptakan manusia yang mempunyai pelbagai cara fikir dan pelbagai pendapat. Perbezaan cara fikir menghasilkan pelbagai pendapat dan akhirnya pelbagai tingkah laku dan reaksi.

Islam diturunkan Allah bukanlah untuk menyeragamkan kepelbagaian sedia ada yang telah Dia ciptakan..

Tapi Islam turun untuk memberi panduan, sejauh mana perbezaan kita itu dibenarkan dan masih berada dalam landasan. Agar manusia di dunia ini boleh hidup dalam keadaan harmoni dan menarik tanpa sebarang kekecohan walaupun mereka diciptakan berbeza dan unik mengikut kehendak Allah!

Maha suci Allah!

Sedarlah
....

Setiap dari kita [bukan semua, mungkin sebahagian sahaja], suka menggunakan perkataan,

"anda tidak memahami saya"

untuk dijadikan alasan di atas kelemahan kita yang perlu diubah.

Bilakah biasanya akan kita gunakan?

Setelah letih berusaha mati-matian untuk sesuatu yang diharapkan oleh orang penting dalam dihidup, atau orang yang dianggap penting dalam hidup..

Akhirnya kita merasa sudah penat dan tidak mampu untuk mencapai harapan dan tanggapan yang mereka kena kan ke atas kita, maka lahirkan ayat popular yang digunakan;

"anda tidak memahami saya"

 >> kes ini memang melibatkan manusia-manusia yang 'terasa' jika mereka pernah melakukannya.

....

Apabila kita sebenarnya terlupa pada

Tujuan amal kita.
sebab asal pengorbanan kita.
memperbaharui niat semasa.

yang paling penting adalah..

mungkin kita sebenarnya lupa..

selama ini kita bertahan dan berjuang untuk apa dan kerana s-i-a-p-a






Tiada ulasan:

Entri terkenal