Isnin, 16 Disember 2013

we think we really need

but actually we are not.

bila sakit, cari perkhidmatan kesihatan swasta. Dapat ubat 'branded', kemudian pergi jalan-jalan (makan angin). Baru sedar ubat tertinggal!

Pusat perkhidmatan kesihatan swasta itu pula tiada cawangan di sekitar tempat kita bercuti.

Terpaksalah kita ke institusi kerajaan.

......

sesampainya kita di tempat kerajaan, dengan mudah doktornya preskrib ubat-ubat yg kita mahukan itu.. tidak perlu periksa lebih, yg penting kita dapat ubat branded sebagai mana yang kita beli di institusi swasta.

sesampai sahaja di farmasi, tahulah kita.. Tiada ubat serupa itu di institusi kerajaan. jika ada pun, tidak boleh dibekalkan sebagaimana yang telah di bekalkan oleh institusi swasta.

.....

kita pun bertegas, "specialist kat hospital swasta sekian dan sekian yg bagi ubat ni mcm ni"

kita mahu juga pegawai farmasi membekal sebagai mana yang kita dapat dari institusi swasta.

.....

eh.

....

Tahukah kita. Sebagai seorang pegawai farmasi, mereka bukan sahaja perlu memastikan ubat yg mereka dispens itu betul ubat dan dos utk pesakit tersebut..

Bahkan, pegawai farmasi juga perlu memastikan orang yg berhak mendapat perkhidmatan mendapat perkhidmatan sewajarnya.

maksud saya, siapa berhak mendapat ubat; mendapat ubat tersebut.

....

Dengan duit kita yang banyak, kita boleh beli ubat 'branded' yg kita rasa bagus kualitinya.

Kementerian Kesihatan juga pasti menyediakan sejumlah duit utk membeli ubat-ubat jenis ini untuk rawatan alternatif atau utama.

Jika orang kaya yang mampu membeli ubat sendiri di institusi swasta, kemudian datang pula ke institusi kerajaan semata2 utk mengambil ubat-ubat 'branded' sedangkan stok yg di beli telah di kira utk pesakit-pesakit tertentu yg memerlukan;

apakah para pembaca fikir stok yg ada mencukupi utk diberi kepada pesakit-pesakit tersebut setelah datangnya pesakit dari institusi swasta ini?

....

urusan pembelian ubat bukan seperti pembelian barang borong dan runcit di gedung membeli belah.

pengurusan duit dalam pembelian ubat adalah suatu amanah dan tanggungjawab besar.

penggunaan ubat pada bulan ini, bukan di beli 'begitu sahaja' pada bulan ini. maksudnya; nak hari ni, beli hari ini dan dapat hari ini.

oh jika ini jalan cerita beli ubat; tidak perlu la pegawai farmasi di bayar ribu-ribu untuk menguruskan pembelian ubat..

tidak.
urusan pembelian ubat untuk setiap institusi kesihatan seperti hospital dan klinik kerajaan perlu di rancang dan di uruskan berbulan-bulan sebelum dan selepas pembelian.

ia bukan sahaja melibatkan 'harta kerajaan'; bahkan ia juga termasuk dlm pengurusan memastikan pesakit-pesakit yang sepatutnya menerima rawatan melalui ubatan ini mendapat sebagaimana dia sepatutnya dapat.

ya.
inilah sebab, pegawai farmasi sangat cerewet dlm pendispensan dan pengeluaran ubat.

....

fikirkan.
jika ubat itu 10 sen sebiji pun, seorang pesakit makan ubat hingga 4 ke 6 biji sehari. Sebulan berapa biji? dan cuba tambah dengan jumlah pesakit setiap hari yang turut mengambil ubat sama. darablah dengan 3 ke 4 bulan.

itu dalam 1 institusi. berapa jumlahnya jika di darab dengan semua institusi dalam daerah dan negeri?

itu baru 1 jenis ubat murah.
bagaimana pula dengan ubat mahal dan 'branded' yang mencecah harga rm7 sebijik atau ratusan ringgit untuk 1 vial?

....

duit bukan segalanya, tapi bolehkah pegawai farmasi beli dan bekalkan ubat jika tiada duit?

....

kadang-kadang, timbul persoalan

"apa tugas pegawai farmasi selain mendispens ubat hingga layak mendapat gaji sebanyak itu?"

inilah salah satu tugasnya.

walaupun bukan semua pegawai farmasi menjalankan tugas pembelian ubat secara hakiki, tapi semua pegawai farmasi terlibat dalam beberapa fasa penting ketika merancang dan memutuskan ubat mana yang perlu dan tidak perlu di guna dan di beli.

....

dan kerana pengurusan ubat itu membabitkan jumlah wang yang tidak kurang banyaknya..

maka pegawai farmasi juga bertanggungjawab menasihatkan doktor tentang beberapa aspek dan faktor2 yang perlu dipertimbangkan dalam urusan 'prescribing' ubat.

....

sekian.

*tgh serabut fikir bagaimana mahu memahami dan menguruskan sikap pegawai-pegawai kesihatan dalam proses memberi rawatan kepada pesakit.

Tiada ulasan:

Entri terkenal