Jumaat, 20 Disember 2013

seolah-olah

wanita solat tidak pakai telekung dipandang macam 'alien' dalam masjid.

'mengumpat' dan 'mengata' dalam masjid tidak pula pelik.

...

pegi liqa usrah setiap minggu itu sibuk.
hari-hari tengok tv, tidak sibuk?

...

keluar rumah hujung minggu untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah ummah itu pelik.

keluar hujung minggu tengok wayang pegi beli belah itu.. biasa.

...

cerita ayat Quran itu bosan.
cerita-cerita tentang orang boleh menghilangkan bosan.

...

kenapa perlu sibuk mempertahan kebenaran, biarlah mereka dengan kehidupan sendiri.

kenapa sampai berkorban masa tenaga dan wang ringgit demi membaiki masyarakat?

sibuknya.

...

jika kita tidak memilih untuk sibuk dengan perkara yang di redhai Allah, maka kita akan di sibukkan dengan perkara yg tidak diredhai Allah.

...

orang-orang terdahulu sudah membuktikan ke imanan mereka.

tapi kita masih dalam takuk diri sendiri.
ujian kecik pun tak lepas lagi.

belum kena uji dengan lemparan batu dan tuduhan2 keji.
hanya 'berjihad' melawan 'fikiran' sendiri yang masih banyak herotan minda dan selewengan.

Tiada ulasan:

Entri terkenal