Khamis, 22 Januari 2015

Pasca banjir 2

BANJIR
DAN
MANUSIA

Sedarkah kita?
Kejadian banjir membuatkan Kelantan begitu sesak dengan bantuan.
Ok, ini bukan pilih kasih..
Kerana saya hanya menyaksikan apa yang berlaku di Kelantan.

Masih ramai manusia prihatin..
Dan begitu ramai manusia menghulur bantuan tidak henti..
Semenjak hari pertama banjir.

Banjir besar.
Menjadi UNIVERSITI menawarkan jurusan PRIHATIN sebagai kursus utama.
Subjek-subjek penting untuk lulus jurusan ini:
  • sabar >> dengan kemalasan/kelemahan diri dan kerenah orang terpilih kena banjir.
  • melakukan dengan ikhlas >> orang bukan islam pun biasa dengar perkataan ini.. sila tidak menyalahguna perkataan ini.
Apa pun sebab banjir berlaku, masing-masing boleh muhasabah..
samada yang terkena banjir atau yang tidak terkena banjir.

Keutamaan muhasabah diberi pada yang tidak terkena banjir dahulu..

Sudah berapa lama kita hidup mengabaikan hak saudara senegara, senegeri dan seagama..
T_T

Hak mereka merasa dakwah kita.
Hak mereka mendengar nasihat kita.
Hak mereka mendapat perhatian dari kita.
Hak mereka digauli dengan baik sebagai mana perintah Allah.

Banjir besar..
Banjir begitu besar di hantar Allah untuk mengetuk kita yang tidak terkena banjir ini..
Agar sedar..
Masih ada saudara kita yang kita lupa.
Samada terlupa atau sengaja melupa?

Allahu akbar.
Takutlah kita pada dakwaan mereka kelak..

"aku tidak mendapat dakwah para muslimin dan mukminin.. walaupun mereka hidup sezaman denganku"

Jika kita benar-benar berusaha..
Ada lah skema jawapan bocor untuk kita persembahkan dalam mahkamah Allah kelak.

Tapi..

jika kita tidak pernah berusaha?
Jika kita tidak pernah terfikir?

dan alangkah ruginya..
Jika kita termasuk orang yang tidak berminat pun untuk mengamalkan islam dengan bersungguh-sungguh apatah lagi untuk menyampaikan. -takpernah masuk wish list at all-    -_-'

Islam bukan semata-mata ceramah dan pakai tudung.
Islam bukan semata haram itu haram ini.
Islam lebih lagi dari yang anda-anda sangka.

Islam itu kesejahteraan..
Kesejahteraan Islam itu bila manusia taat pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Kesejahteraan Islam itu bukan dengan 'lalai'dan 'lupa' kita pada ummat..
Kesejahteraan Islam juga bukan 'rasa aman' kita pada maksiat yang 'menjalar' dan 'meletup' dalam ummat.

"takpalah.. dorg mmg gitu.. remaja kan tengah mencari"

>> jika bukan kita (yang mendakwa beriman dan Islam) yang menyediakan 'bahan' untuk pencarian itu.. adakah kita redha membiarkan pihak selain Islam menyediakan 'hidangan' mereka?

Allahu..

Kita masih memandang banjir ini biasa?
Sedangkan sudah di akui para pakar..
Banjir ini luarbiasa besarnya.

Kita masih memandang kecil peristiwa ini?
Kita masih rasa banjir ini tiada apa-apa kerana kita masih tidak terjejas apa-apa?

Banjir besar kali ini tidak terkena kita bukanlah kerana status kita yang kurang dosa, tapi kita mungkin belum cukup kuat untuk di uji dengan ujian kehilangan luarbiasa!

Allahu akbar.

Banjir ini berlaku di bumi.
Bumi ini amanah buat manusia.
Tidak mungkin manusia tiada kaitan dengan banjir..
Hanya kerana rumah dia tidak terkena banjir!



Tiada ulasan:

Entri terkenal