Rabu, 27 Ogos 2025

Indahnya Islam 3

Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, puasa dan haji..

Sejahtera fikiran dan emosi dapat dirasai dengan ketenangan mengingati Allah, takut dan khuatir pada balasan Allah terhadap perbuatan jahat dan dosa (jiwa yang tenang)

Fikiran itu tidak sejahtera bila ia selalu memfokuskan kepada sesuatu diluar kawalannya (sakit) atau rasa terliur pada perkara dosa dan mungkar yang tidak dikawal (hati yang bergolak dan buas)

Atau Fikiran itu juga tidak sejahtera apabila ia tidak dapat melepaskan kisah-kisah silam dan perasaan yang dialaminya (hati yang tidak tenteram)

Indahnya Islam kerana ia mengajarkan kita untuk melalui hari dengan kesyukuran dan kesedaran bahawa kita adalah Hamba Allah yg akan menerima balasan setimpal pada Hari Akhirat.

Kepercayaan pada Hari Akhirat membuatkan kita bertanggungjawab terhadap diri tanpa menyalahkan orang lain.

Indahnya Islam kerana mengajarkan kita kesederhanaan dalam muhasabah (memandang masa silam untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang) dan juga bertawakkal (berserah pada Allah) pada apa-apa yang akan berlaku, kesan dari perbuatan kita usahakan yang sekarang..

Kepercayaan kita kepada kepada Allah dan hari akhirat membuatkan kita berhati-hati dalam menilai kehidupan dan peristiwa dengan kemampuan kita sebagai manusia.

Kepercayaan dan keyakinan bahawa kita hanyalah hamba Allah membuatkan kita sedar..
 
Manusia bukan serba tahu..
Manusia juga tersalah..
Seorang manusia tidak semestinya dikasihi seluruh hidupan..
Semua manusia istimewa kerana Allah yang memberikan keistimewaan kemanusiaan..

Hanya dengan kepercayaan manusia adalah hamba Allah.. Ia melahirkan orang yang benar-benar bersyukur dengan kehidupan dan kematiannya. 

Indahnya Islam kerana ia melahirkan manusia yg hanya tunduk dan patuh kepada Allah.

Tidak tunduk pada selain Allah walaupun pada kehendak diri apatah lagi manusia lain.

Itulah MERDEKA!

Tamat.

Isnin, 18 Ogos 2025

Indahnya Islam 2

Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri..

Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti terngiang2..

"Aku (Rasulullah s.a.w) diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq mulia"

Ringkas dan padat.

Akhlaq yg mulia itu apakah pengertiannya? dan apa pula praktikal kita terjemahkan tanda memahaminya?

Susahnya rasa mahu memahami dan mengamalkan agama pada zaman ini. Iya ka susah? Zaman dahulu tidak susahkah?
Zaman akan datang akan senangkah?

Bukankah tujuan pengutusan semua Nabi tuk meluruskan aqidah manusia? Kenapa pula Nabi Muhammad s.a.w menyebutkan perkataan seperti ini kepada kita?..

>> Jika pembaca tertanya, maka carilah jawapannya.. Sudah banyak penerangan oleh orang-orang berilmu dan para pengkaji hadith

Kerana apa yg saya mahu kongsikan bukanlah tujuan kedatangan para Rasul..

Tapi bagaimana Islam itu datang melalui Rasul menunjukkan kepada kita tentang Allah & hukumNya (atau bahasa Melayunya.. undang-undang..) bersamanya datang juga petunjuk tentang akhlaq dan pergaulan sesama makhluqNya..

Orang Islam yang solat sepatutnya menggauli manusia dan bersabar dengan kerenah mereka.. dan
Orang yang berakhlaq mulia itu dasarnya mestilah seorang yang tunduk dan patuh pada perintah Allah..

Sesuatu yang janggal berlaku apabila..

Orang itu dikatakan berakhlaq mulia tapi tidak percayakan Allah..
Atau
Orang itu solat dan berpuasa tapi mencela manusia, kasar terhadap binatang..

Islamnya seorang manusia itu pada fikirannya, pada perkataannya, serta perbuatannya..

Islam itu sejahtera..

Sejahtera pada fikirannya, sejahtera pada perkataannya dan sejahtera pada perbuatannya..

Bersambungg...

Ahad, 17 Ogos 2025

Indahnya Islam

Dari hadith pendek..
"Jangan marah"
"Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga"

Hinggalah ke hadith panjang seperti hadith islam, iman, ihsan dan hari kiamat dan hadith Allah adalah wali (pelindung/penjaga) orang yang beriman..

Semuanya nasihat, petunjuk, dan wahyu Allah melalui perkataan dan perbuatan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada ummatnya.

Setiap nasihat itu sesuai dan tepat kepada pendengar pada masa hadith itu disampaikan.. 

Jika ia adalah perbuatan maka ia adalah yg paling tepat dan sesuai mengikut keperluan semua sahabat yg sedang melaluinya.

...
Indahnya Islam kerana seluruh kehidupan dan perkataan Nabi Muhammad s.a.w boleh menjadi contoh panduan buat seluruh manusia walaupun kita tidak pernah bersua dengan baginda..

Ditulis, dibukukan, dikaji, dan mempunyai disiplin yang tersusun bagi menjaga keasliannya..

Bersambung..

Entri terkenal