Jumaat, 12 Disember 2025

Kematian yang menghidupkan..

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah Ali-Imran Ayat 185.

Demikianlah peringatan Allah kepada hamba-Nya.

Membaca ayat ini dengan pengalaman melihat manusia menghadapi saat untuk ke alam kematian, menyebabkan kita akan terasa besarnya kuasa dan rahmat Allah. 

Manusia biasa yang bukan Nabi pastinya bercampur gaul dosa pahala dalam amalan sepanjang hidup.. Allah Yang Maha Pengasih Penyayang, tetap memberikan kemudahan kepada hambaNya untuk 'berpindah' dari dunia kepada alam kematian dengan penuh ketenangan dan redha.

Terima kasih Allah untuk peluang merasai kasih sayang Allah melalui seorang ibu selama 39 tahun kehidupan. Sedih kehilangan masih terasa.. Kekakuan ibu selepas sakaratul maut masih terbayang dimata.

Rahmat Allah masih luas..

-bersambung



Entri terkenal