Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat hari raya semua

Sob-sob.
Ketibaan 1 syawal menandakan Ramadhan sudah berlalu.

Sob-sob.
Sudahkah aku menggunakan peluang madrasah lepas sebaiknya?

Sob-sob.
Layakkah untuk aku begitu gembira sedang ada insan-insan di negara lain yang masih dalam suasana perang dan kebuluran?..

Allahu akbar walillahi al-hamd.

Senyum lebar sampai telinga.
Terima kasih ya Allah !

Walaupun aku bukanlah manusia hebat seperti hambaMu di Palestin.
Engkau tetap berikan aku nikmat berharga.
Iman dan Islam.
Masyarakat dan saudara seislam.
Itu semua nikmat.
dan khusus nikmat paling besar yang mahu di sebut-sebut kali ini adalah..
MADRASAH RAMADHAN.

Allahu akbar walillahi al-hamd.

Ayuh ummat Islam.
Kita mensyukuri nikmat ini dengan memenuhkan malam hari raya kali ini dengan takbir dan aktiviti-aktiviti yang mengingati Allah. Atau aktiviti-aktiviti yang menunjukkan betapa bersyukurnya kita pada Allah.
Alhamdulillah.

Mari kita bersolat sunat tasbih. Paling kurang setahun sekali. Solatlah. Pasti ada kemanisan di sana. Insya Allah.

Min al-'aidin wal faizin.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Hehe

Hmm..

Mari melompat.

Kemudian tunduk.

Dan kemudian lompat semula.

ok.

dah penat ke?

ha tunduk sikit.

ok, lompat balik. lompat la tinggi sikit.

Ha amacam?

Sudah segarkah?


Selamat menyempurnakan ibadah puasa ye. Lompat betul-betul.. sampai dapat mencapai awan yang cantik dan indah itu. Subhanallah dan alhamdulillah.

Rabu, 24 Ogos 2011

entah...

benda Allah suka,
Suruh, buat.
Tak suruh tak buat.

Tapi

Benda Allah tidak suka,
Tak suruh pun buat.
Suruh..? hmm lagi lah..


Bila azan..
Banyak kerja tengah buat ni,
kejap lagi berhentilah..
Eh takpe.. Allah tak membebankan hambaNya.

Tapi,
kalau seseorang yang sangat dihormati datang rumah kita..
Kita boleh pula berhenti dari kerja apa-apa pun..
Semata-mata untuk memuliakan tetamu.

bilakah kita mahu menyintai Allah dengan sebenar-benarnya?

Isnin, 22 Ogos 2011

Susah!

Assalamualaikum hamba Allah sekalian. Semoga sentiasa berbahagia dengan nikmat dan musibah.

17, 22, 32, 40

Apakah maksud nombor misteri di atas?..

Baiklah, berteka-teki banyak pun tiada orang yang dapat membaca fikiran penulis kecuali Allah. Nombor tersebut adalah ayat-ayat dalam surah Al-Qamar. Mahu tahu apakah isikandungan ayat tersebut, maka dipersilakan dengan segala hormatnya untuk membuka dan mengadap Quran sekarang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sudah semak? Hmm tahu sudah, tidak akan semak punya..

Inilah ayatnya:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 
"Dan sesungguhnya kami mudahkan Al-quran untuk  menjadi pelajaran, adakah yang tidak mahu mengambil pelajaran?"

Setelah melalu ramadhan yang hampir sebulan ini, sudah ketemukah kita dengan ayat ini? Jika sudah.. Bilanglah berapa kali sudah kita ulang dan baca ayat ini.

Tapi sedarkah kita apa pengertiannya??
Berapa tahun juga kita menyatakan [lebih kurangla, tidaklah semua orang menggunakan ayat sama]:

"Isk, nak buat Islam ni bukan senang. Nak jadi orang baik, ikut semua perintah Allah.. Itu Nabi je boleh buat.."

Tak cukup dengan cakap-cakap yang bermaksud seperti di atas, kadang-kadang kita juga melontarkan:

"Mana boleh ikut semua ajaran Islam, ada yang tidak berapa sesuai untuk dilakukan.. Ikut masa dan tempat juga la.."
"Siapa cakap nak jadi baik itu mudah?.. Susah oo.."

Rasa-rasanya ok kah kita berkata begitu? Selarikah dengan ayat Allah di atas?
Bukankah Allah yang mencipta kita.. Dia Maha Mengetahui segala susah senang kita. Jika benar Al-Quran itu susah difahami, susah di baca, susah diamalkan.. Maka tidak mungkin Allah menyebut ayat ini. Sudahlah menyebutkan.. Mengulang sebanyak 4X dalam surah yang sama pula.

Kan? Tidak pernah terfikir pun sebelum ini. Kita hanya tahu komen, komplen.. Islam itu begitu dan begini.. Sedangkan Islam itu sebuah software yang sangat komprehensif untuk seluruh makhluq Allah.. termasuklah kita sebagai manusia.

Perbuatan merungut dengan ajaran Islam itu seolah-olah perbuatan seorang pelajar yang merungut pada gurunya kerana isi kandungan pelajaran yang diajarkan..

Sedangkan guru itu lebih tahu mengapa ilmu itu perlu diajarkan.. Tahapnya sebagai pelajar menyebabkan dia tidak mampu melihat sudut pandangan seorang guru..

Kita sebagai hamba Allah tidak akan dapat mengetahui dan memahami diri sendiri sebagaimana yang Allah tahu dan faham tentang kita sebagai makhluq ciptaanNya. Jadi, adakah beradab dan patut untuk kita meninggalkan tanggungjawab memahami isikandungan Al-Quran yang telah Allah sediakan untuk kita??..

ok selamat berpuasa dan semoga berjaya kembali pada Allah!

Ahad, 21 Ogos 2011

Budaya.

Apakah budaya?
Pelbagai penerangan.

Ini bukan penulisan ilmiah.
Hanya berkongsi rasa dan warna [warna?]..

Seseorang sedang bersedih.
Senyum.
Oh bagusnya.
Tabah sekali.

Seseorang sedang bersedih.
Senyum.
Oh peliknya.
Begitu keadaan pun masih boleh tersenyum.

dua persepsi.

manakala persepsi ketiga.

Saya tengah sedih.
jari saya putus.
kawan-kawan sudah bersusah payah membawa saya ke hospital.
Saya rasa terharu.
Maka saya tersenyum.

Budaya bukanlah cara fikir dan persepsi semata-mata.


Ia adalah terjemahan kita terhadap sesuatu. terjemahan itu boleh jadi dalam apa sahaja bentuk fikiran, perkataan dan perbuatan..

Jika kita bersedia untuk sentiasa kembali pada Allah dalam apa jua keadaan, maka itulah sebaiknya.
Kerana semua keadaan yang berlaku tujuaannya satu sahaja, untuk kembali pada Allah.

Walau apa pun latar belakang  kita, tujuan kita semua adalah sama. kembali pada Allah. Jadi, perbezaan budaya itu menjadi sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.. dan oh.. hey sahabat yang selalu berkata: "saya[penulis] sangat berbeza dengan awak". Saya sangat rindukan awak. Jika awak sudah membaca entri ini.. sila berikan pesanan ringkas pada saya. terima kasih.


Sabtu, 20 Ogos 2011

Takut sungguh.

Tazkirah.
Sebuah peringatan.

Kadang-kadang faham.
Kadang-kadang tidak.

Alhamdulillah hati masih menerima ingatan.

Takut sungguh.
Bila hati mula tidak suka..
pada tazkirah dan peringatan.
kerana cara ia di beri..

Bimbang,
Bila hati mula benci dan memberontak..
pada tazkirah dan ingatan ilahi.
melalui peristiwa dan kata-kata hambaNya..

Gerun,
bila hati mula menolak
ingatan berguna setiap hari..

Ya Allah,
Jangan biarkan hati kami,
Menjadi keras dan mati..

Ampunilah dosa kami..
Sungguh amat aku takuti..
menjadi hambaMu yang tidak takut azab dan peringatan Ilahi.

Jumaat, 19 Ogos 2011

ai kay hesh el ay es

Ikhlas.

Adakah perkataan melayu yang dapat menterjemah?
masih tidak dapat dikenalpasti.

Ikhlas.
Tiada siapa mendakwa sesenang kacang panjang yang digoreng.

Ikhlas.
Buat semuanya kerana Allah.

Tapi,
cuba semak dan nilai kembali.

Kenapa berbuat itu dan ini.

Eh, nanti orang cakap apa pulak.
Buat begitu dan begini kerana mahu orang lain berbuat begitu dan begini.

Bila susah sikit sudah putus asa dan kecewa.
Bila dikecam dikeji, terus rasa remuk redam.

Setiap kali berbuat, berharap sanjungan orang.
Setiap kali berbuat, mengharap balasan orang.

Tahu tak,
orang alim dulu..

Siap cakap nak bakar syurga neraka sebab buatkan manusia tidak ikhlas beramal kerana Allah.

kita?

Buat baik sebab nak dapat pahala pun, belum tentu lagi, ada terselit niat begitu dalam hati. kan?

cewah, konon je..

ikhlas, dari mutiara bd.

Khamis, 18 Ogos 2011

Kejujuran tanda keimanan.

Jujur itu bersikap benar.
Bagaimana di hati, begitulah di perbuatan.

Hati suka.
kerana Allah suka.
Tunjuklah suka.

Hati benci.
Kerana Allah benci.
Tunjuklah benci.

Masalahnya.

Hati suka yang Allah benci.
Hati benci yang Allah suka.

Ini bukan masalah kecil.
Ini masalah besar.

Boleh pulak suka yang Allah benci?..

Usah pandang orang lain la.
Ambil mata, fokus pada diri sendiri.

Dan silalah bercakap dengan diri,

Wahai hatiku,
Kenapa susah betul untuk aku cinta apa yang Allah cinta?

Kerana aku tidak pernah kenal pun siapa Allah.

Cinta benda lain senang sangat.
Cinta orang lain senang sangat.
Cinta dunia lagi lah..

Duhai manusia, oh pastilah seruan ini untuk penulis juga kerana penulis juga manusia. Misi kita adalah kembali pada Allah dan mengingatkan orang lain untuk kembali pada Allah.

Rabu, 17 Ogos 2011

Iman naik turun..

Nabi Nuh a.s.
berdakwah 950 tahun.

Nabi Saleh a.s.
Kaumnya sombong.
Siap bunuh lagi unta mukjizat.

Nabi Lut a.s.
Isterinya tidak mahu beriman.
Siap bersekongkol lagi dengan orang kafir.

Nabi Ibrahim a.s.
Ayahnya bukan termasuk senarai pengikut.
Siap jadi tukang buat berhala lagi.

Nabi Zakariya dan Yahya a.s.
Kena gergaji tau..
bukan sahaja ummat tidak mahu menyahut seruan.

Nabi Yunus a.s.
Kena duduk dalam perut ikan nun.
Sampai penat dan kebulur.

Nabi Muhammad s.a.w
Bapa saudara yang paling dikasihi baginda,
tidak beriman pun akhirnya.
Kena lempar batu di taif..
Kena kutuk dengan syair macam-macam jenis.
Kena boikot sampai kebuluran..
Kena halau dari negara tanah air tercinta..

Tapi mereka semua tidak pernah putus asa dan berhati tetap.

Mutiara bd,
Baru kena kutuk sikit,
baru kena tegur sikit..
dah tak nak buat kerja dakwah?...
menangis sampai banjir tu biasa la [banjir? nampak sangat la bohongkan]
tapi janganla sampai nak bersara dari kerja-kerja mulia pula.
Sila siasat dan muhasabah kembali niat kamu.

Macam mana nak jadi murobbi ni..

Selasa, 16 Ogos 2011

Pakailah baju yang betul.

Lahir.
Tidak mengenal solat.
Belajar.
Lihat.
Tiru.
Akhirnya..
Oh? Solat itu wajib!.

Solat. solat. solat
dan terus solat.

pada suatu hari.
Solat?
Aduh, berat.
Solat pun berat?

paling banyak hanya 4 rakaat.
[yang wajiblah].

Yang sunat beratus rakaat boleh buat.

Kenapa berat?..

Berselirat.
Memikirkan sebab.

Rupanya baju yang dipakai bukanlah iman.

Tapi, riya', ujub, takabbur dan nifaq..

Patutlah.

nota kaki:
riya: melakukan sesuatu untuk menunjuk.
ujub: merasakan dalam hati bahawa kita sangat bagus bila melakukan sesuatu.
takabbur: perasan bagus dari orang kerana melakukan sesuatu.
nifaq: perbuatan tidak selari dengan apa yang ada dihati. [perbuatan nampak baik dan beriman, tapi hati sebenarnya memberontak dan tidak suka akan perbuatan tersebut].

Jadi sebelum tidur, tolong tengok solat diri sendiri hari ini macam mana sebenarnya.

Supaya..

Ikhlas.
Maka solat..
menjadi tempat rehat.

oh..
maka solat..
membuatkan kita nikmat.

hanya jika kita bersedia untuk meninggalkan segala bentuk cinta selain dari Allah.

Sanggupkah?

Tepuk dada, tanya iman.

Sekian.

Entri terkenal