Memaparkan catatan dengan label Kena jugak ambil tahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kena jugak ambil tahu. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2019

Menakluk dunia dengan Menyucikan Tuhan (bukan manusia!)

Maha Suci Allah..
Kerana Allah tidak pernah salah dalam menentukan segalanya.

Samada tentang manusia, langit dan bumi.

Merenung undang-undang ciptaan manusia, terlalu banyak kekurangan. Apatah lagi manusia sendiri. Manusia makhluq paling sempurna ciptaan Tuhan tetapi perbuatan dan fikirannya tidaklah sesuci Tuhan (mustahil tiada salah).

Belum masuk kisah perbezaan pendapat dalam segala sudut urusan kehidupan. Berbeza pendapat itu lumrah. Mengikut manusia yang dianggap lebih mulia dan lebih berilmu pun tiada masalah.

Menyucikan Tuhan Sekalian Alam itu satu kemestian. Memujinya juga suatu penghargaan dan kelayakan. Tiada manusia atau makhluq yang mampu setaraf dan sebanding. Berhati-hatilah dalam menyanjung dan memuji manusia walau kelebihan apa pun yang ada pada mereka.

Menyucikan Tuhan bukan bermaksud menghukum dosa pada manusia kerana kelemahan mereka. Buruknya akhlaq, kurangnya kasihan belas bukan juga salah undang-undang ciptaan manusia atau kerajaan yang memerintah..

Ia sebenarnya ujian kepada kita sebagai manusia menelusuri hakikat kehidupan berTuhankan Allah Yang Maha Suci.

Sudahnya?
Redha sahaja kekejaman dan kekurangan mereka?
Namanya ujian, maka usahalah sehingga lulus dengan nilaian Tuhan!

Isnin, 7 November 2011

Islam yang bermacam-macam

Semua orang mengiklankan Islam mereka.
Pelbagai jenis Islam.

Islam politik.

Islam rohani,

Islam tarbiyyah,

Islam akhlaq,

Islam negara,

Islam nama..

Islam jamaah,

Islam bebas,

Islam maju.

Islam tertutup.


Mana satu Islam sebenar??..
Pernah terfikirkah...

Jika benar kita orang yang mahu dan mencari Islam sebenar, pasti akan ketemu. InsyaAllah.

Sudahlah jahiliyyahnya pelbagai corak. Islam juga pelbagai corak..

Islam yang sebenar hanya ada satu rupa coraknya. Jika dan hanya jika kita benar-benar mengkaji dan memahaminya. Satu corak tapi sesuai dengan semua jenis manusia, tempat, masa dan keadaan.

Isnin, 3 Oktober 2011

Perbincangan diluar tempat

Apakah yang akan berlaku apabila,

Seseorang berkata:

"Saya nak makan ayam goreng" di dalam tandas.

"saya mahu baca buku" ketika sedang membeli belah di pusat beli belah.

Isi penting yang mahu disampaikan adalah; kata-kata yang telah keluar tidak pada tempatnya akan:
  1. membuatkan pendengar salah faham.
  2. Menghabiskan air liur & membazir tenaga.
  3. menyusahkan diri sendiri kerana perlu mengambil masa untuk menerangkan kembali maksud kata-kata anda.
Maka, saya memilih untuk kurang melayan [maksudnya kadang-kadang layan juga] kata-kata yang telah di keluarkan tidak pada tempatnya. Maaflah jika ada yang merasa dan terasa.

Sesungguhnya kekeliruan yang berlaku kerana kita terlalu banyak berbincang perkara yang tidak sepatutnya dibincangkan bersama. Walaupun anda rasa ia perlu dibincangkan bersama.

Anda boleh merujuk orang yang betul untuk berbincang 'perkara yang mahu dibincangkan' itu. Kerana orang perseorangan yang masih dikategorikan sebagai berada di tahap pekerja bukanlah orang yang sepatutnya anda rujuk untuk membincangkan kekeliruan dan masalah anda.

Nota kaki: Orang yang betul ialah yang telah di amanahkan untuk memberi kefahaman kepada anda. dan bagaimana mahu tahu siapakah orangnya. Jawapannya, anda akan tahu jika anda tahu apa yang sedang saya sebutkan.

Terima kasih.

Selasa, 27 September 2011

Hati ini untuk Allah.

Dulu mak cakap..
Barang kaklong, adik-adik takboleh sentuh lansung.

Bila kaklong ada, seolah-olah semua takminat dengan barang kaklong.
Tapi, bila kaklong takde, sebab ke sekolah.
Adik-adik akan berebut nak main barang-barang kaklong.

Takutnya adik-adik dengan kaklong.
Kaklong garang sangat.
kata mak.
Apa kaklong buat?
Sampai adik-adik jadi macam tu??

.....

Diam.
kaklong berfikir.
Bukan sehari dua. Lama bertahun.
Kaklong muhasabah diri.

.....

Hari ini.
Kalau kaklong nak kongsi barang dengan adik.
"Kenapa dengan kaklong ni?"
"Buang tabiat kah?"

Atau

kaklong belajar senyum.
Senyum pada adik-adik dan pada semua orang [yang boleh diberikan senyuman].
"Kenapa dengan kaklong ni?"
"Senyum-senyum?"

.....

Berubah bukan mudah.
Tapi ganjaran Allah buatkan semua yang susah itu jadi MUDAH!

Tiada kata-kata manusia yang boleh menukar yang susah kepada mudah kecuali kata-kata dan janji dari ALLAH!.

Terima kasih Allah.

Isnin, 26 September 2011

Innama asyku bathi wa huzni ilallah

"Biar susah sedikit kerana Tuhan"..

Susah kerana Tuhan akan membuatkan hatiku senang dan tenang. Walaupun orang lain nampak sebaliknya.

Biarlah apa 'hukuman' manusia.
Biarlah apa manusia mahu kata.
Biarlah apa yang orang sangka.
Yang penting!
Allah memandang kita.
Penting sangat.
Pandangan Allah itu sangat penting.

Apalah guna segala amal selama ini jika Allah tidak memandangnya.

Selasa, 20 September 2011

copy paste

"Janganlah engkau menjauhkan diri dari seseorang yang selama ini engkau puji kebaikannya dan engkau ketahui kehebatannya hanya disebabkan satu keaiban pada dirinya atau dosa kecil yang telah dilakukannya. Ketahuilah bahawa engkau tidak akan menemui seseorang yang bersih dari kesalahan, sekalipun ia seorang yang terkenal memiliki kehebatan. Oleh itu, adalah lebih baik jika engkau mencari-cari aib dirimu sendiri lalu melenyapkannya dari dirimu”.


Ungkapan indah yang kubaca dari buku La Tahzan (Janganlah Bersedih) benar-benar menjadi satu peringatan yang menginsafkan. Memang benar, acapkali begitu mudah kita menjadi penghukum, menghukum kesalahan orang lain berdasarkan sedikit kesilapan yang dilakukan. Sedangkan jarang sekali kita merenung diri tentang kesilapan dan kesalahan yang kerapkali kita lakukan. Benarlah ibarat pepatah melayu, “Gajah di depan mata tidak kelihatan tetapi kuman di seberang nampak jelas sekali”.


Apa yang lebih membimbangkan ialah ada ketikanya kita lebih suka membicarakan keburukan orang lain, bahkan menjadikannya berita sensasi yang dijadikan sebuah karangan panjang lebar. Tanpa disedari kita telah terjebak dengan budaya mengadu domba atau mungkin barangkali menjadi suatu fitnah yang digeruni jika kita tidak berhati-hati.


Seorang teman pernah berpesan lewat sebuah perkongsian:
“Setiap orang tidak hanya mempunyai satu sifat sahaja. Oleh itu, kekurangan yang dimiliki seseorang teman haruslah dimaafkan. Waktu yang engkau lalui bersama temanmu itu tidak perlu dikesalkan dengan apa yang telah berlaku terhadap dirimu. Tidak usahlah pula engkau berburuk sangka bila terjadi sesuatu yang negatif pada dirinya kerana adakalanya di sebalik perubahan tersebut tersimpan sebuah HIKMAH yang mendalam, bahkan barangkali akan menghasilkan sesuatu yang JAUH LEBIH BAIK dari sebelumnya”.


Seorang penyair pula berkata :
“Hubungan persahabatan kita dalam beberapa hari masih tetap setia, tetapi hujan semusim yang bersemi telah berlalu meninggalkan kita. Kebenarannya menyelamatkanmu tetapi engkau melihatnya dalam kesakitan yang hampir merenggutnya. Berlindunglah kepada Allah, maka engkau akan menemukan orang yang engkau marahi dalam ketenangan, bahkan dialah orang yang taat kepada Penciptanya”.


Lantas teringat dimindaku bahawasanya Rasulullah SAW pernah menjamin syurga ke atas seorang sahabat bukan kerana banyaknya amalan tetapi kerana sifatnya yang suka memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur.


Alangkah indahnya andai aku dapat berbuat demikian….bersifat pemaaf dan suka memafkan kesalahan orang lain walaupun adakalanya amat berat untuk dilakukan, apatah lagi dengan amalan yang sekelumit cuma….yang sudah tentu amat jauh lebih sedikit berbanding dengan amalan sahabat Rasulullah SAW.


Allah SWT berfirman:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS. Ali Imran:133-134)

tulisan dari seorang makcik yang kaya pengalaman: http://ummunad.blogspot.com/

Sesekali perasan dan terasa dengan tulisan yang memberi peringatan macam ini best jugak. 

 

Khamis, 8 September 2011

Iman: the 'most important thing' i lost..

Hari ini jalan raya tetap sibuk seperti biasa.
Manusia meneruskan urusan hidup mereka..
Begitu juga aku..

Pengajaran yang Allah beri..
Setiap hari.
Petunjuk juga Allah beri
Setiap hari.

Yang lebih penting..
Allah memberi setiap hari.
Tapi redha manusia juga yang dicari.

Astaghfirullah...

Jika gembira, bukan main berterima kasih pada si insan
Yang telah mengembirakan kita.

Bila sedih,
cari Allah.
Ya..
Simpan hati dan perasaan pada Allah hanya bila susah dan sedih.
Alangkah tidak bersyukurnya aku.

Sedang nikmat Allah begitu banyak pada diri.
Masih memandang nikmatNya
yang diberi pada hambaNya yang lain..
Ya Allah tidak bersyukurnya aku!

Maafkan aku ya Allah..

Mahukah Allah tarik nikmat kefahaman islam itu
dan di ganti dengan rumah besar dan lengkap?

Mahukah aku..
Allah gantikan nikmat mengingati dan memahami Al-Quran itu,
Dengan ijazah dan sanjungan manusia??

Mahukah aku..
Allah gantikan nikmat ibubapa yang mengenal Allah,
dengan sahabat yang cintakan dunia??

Mahukah aku..
Allah gantikan nikmat cinta padaNya
dengan cinta manusia dan pengikut???

Ampunkan aku Tuhan.
Sesungguhnya, aku begitu jahil dalam mensyukuri nikmatMu.

Ya Allah.
Terimalah taubatku.
Walaupun aku tahu
terima kasih dan segala amalku tidak akan cukup
Untuk menandingi cinta dan petunjukMu.

Jumaat, 2 September 2011

Pergaulan

Diam.
Cakap banyak.

Sensitif.
Tidak kisah.

Peramah.
Kurang mesra.

Begitu penuh dengan minat dan perasaan.
Tenang dan seolah-olah tiada perasaan.

Gembira bertemu orang lain.
Takut dan tidak minat berjumpa orang.

Semuanya sifat manusia. Apa yang penting cara kita menangani mereka dengan 'jalan' yang paling tepat demi 1 tujuan: mendekatkan diri dan orang lain kepada Allah.

Selamat berjuang dan meneruskan amal baik yang telah di buat sepanjang Ramadhan.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Hehe

Hmm..

Mari melompat.

Kemudian tunduk.

Dan kemudian lompat semula.

ok.

dah penat ke?

ha tunduk sikit.

ok, lompat balik. lompat la tinggi sikit.

Ha amacam?

Sudah segarkah?


Selamat menyempurnakan ibadah puasa ye. Lompat betul-betul.. sampai dapat mencapai awan yang cantik dan indah itu. Subhanallah dan alhamdulillah.

Rabu, 24 Ogos 2011

entah...

benda Allah suka,
Suruh, buat.
Tak suruh tak buat.

Tapi

Benda Allah tidak suka,
Tak suruh pun buat.
Suruh..? hmm lagi lah..


Bila azan..
Banyak kerja tengah buat ni,
kejap lagi berhentilah..
Eh takpe.. Allah tak membebankan hambaNya.

Tapi,
kalau seseorang yang sangat dihormati datang rumah kita..
Kita boleh pula berhenti dari kerja apa-apa pun..
Semata-mata untuk memuliakan tetamu.

bilakah kita mahu menyintai Allah dengan sebenar-benarnya?

Khamis, 18 Ogos 2011

Kejujuran tanda keimanan.

Jujur itu bersikap benar.
Bagaimana di hati, begitulah di perbuatan.

Hati suka.
kerana Allah suka.
Tunjuklah suka.

Hati benci.
Kerana Allah benci.
Tunjuklah benci.

Masalahnya.

Hati suka yang Allah benci.
Hati benci yang Allah suka.

Ini bukan masalah kecil.
Ini masalah besar.

Boleh pulak suka yang Allah benci?..

Usah pandang orang lain la.
Ambil mata, fokus pada diri sendiri.

Dan silalah bercakap dengan diri,

Wahai hatiku,
Kenapa susah betul untuk aku cinta apa yang Allah cinta?

Kerana aku tidak pernah kenal pun siapa Allah.

Cinta benda lain senang sangat.
Cinta orang lain senang sangat.
Cinta dunia lagi lah..

Duhai manusia, oh pastilah seruan ini untuk penulis juga kerana penulis juga manusia. Misi kita adalah kembali pada Allah dan mengingatkan orang lain untuk kembali pada Allah.

Selasa, 24 Mei 2011

[DANGER] mood mesti baik nak baca.

Assalamualaikum.

Hari ini rasa mahu buang tabiat.

Mahu bercakap dengan perasaan. [Bukan memang selalu cakap dengan perasaan ke?]

Tiada fakta skema untuk dikenali.

Apakah?

Susah betul mahu mengaku salahkan. Tidak kiralah siapa pun kita. Samada berjawatan tinggi paling bagus dalam dunia, hinggalah ke tiada jawatan apa-apa kat tepi jalan.

Kalau tanya siapa buang sampah kat jalanraya yang banyak sangat tu? Siapa akan angkat tangan dan mengaku?

Itu baru cakap kesalahan kecil. Iyalah. Mungkin kecil pada pandangan kita. Manusia yang tidak tahu kebersihan itu cerminan iman. Atau malas mengaku kebersihan itu sebahagian dari iman.

Apa lagi kalau salah besar. Membabitkan nyawa. harta negara. maruah manusia. Itu semua maqasid syar'ie yang WAJIB dipelihara.

Nauzubillah. Bukan senang untuk menjaga diri dari tersalah. Musuh akan mencari segenap sudut untuk dijadikan hujah. Bersungguh-sungguhlah para daei ilallah.

Jika bukan daei pun, orang tetap akan mencari salah kita.

Apa jadi jika kita benar-benar salah? Apa patut dilakukan?

Akuilah. Dan baiki kesalahan tersebut. [jika ia kesalahan yang boleh dibaiki].. Jika tidak, Allah Maha Mengetahui. dan Allah Maha Pengampun.

Sebelum menyalahkan orang. Mari lihat pegangan diri terhadap KESALAHAN. Siapakah yang mahu kesilapan dilakukan diri sendiri? TIADA. tetapi megapa tersalah? atau mengapa salah juga?

Kerana kita tidak berkuasa sepenuhnya terhadap diri kita. Disana ada kuasa yang MAHA KUAT. Jadi kita mahu menyalahkan kuasa yang Maha Kuat itu untuk kesalahan kita? Astaghfirullah. Pastilah itu salah. Salah untuk menyalahkan kuasa Yang Maha Menguasai apabila kita tersalah..

Jadi, ia sebenarnya untuk kita sedar. MEMAAFkan salah orang itu sangat penting. Ia sangat berkait dengan keimanan kita pada Yang Maha MENgetahui. Yang Maha Menguasai, Yang Maha Pengampun..

Cakap senang! Memaafkan itu susah. Ya. Susah untuk orang yang melihat keuntungan dunia. Susah untuk orang yang hanya percaya pada kehidupan dunia. Memaafkan itu akan jadi sangat susah. Lebih susah dari menebang bukit dan gunung. lebih susah dari meneropong bintang! Hanya jika kita seorang yang tidak dapat melihat jauh kedepan.. depan itu hari akhirat.

Akhirat hanya dapat dilihat oleh orang yang MAHU melihatnya
isu memaafkan ini bukan isu kecil dan terpencil. Ia isu biasa dan meluas. Hanya kerana kelalaian kita melupakan PENCIPTA Yang Maha Menguasai.. Yang Maha Mengetahui..
Kita sukar memaafkan. Terbit dendam dan hasad. Mendorong kita melakukan pelbagai lagi perbuatan dosa.. Mengumpat. Mencela. Buruk sangka.. Akhirnya lahirlah masyarakat yang porak peranda..

Hanya kerana lupanya kita pada PENCIPTA!


"Hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang" Ar-ra'd:13

Maka dengan ini tahulah kita apakah maksudnya melupakan Allah itu suatu DOSA. Ia tidak boleh dipandang ringan.

Selasa, 19 April 2011

Handling with specific personality types by Brinkman & Krishner (1994)

Mengenali manusia memang seronok. Apa lagi paling menarik selain mengenali manusia. Untuk menjadi ahli farmasi, mengenali jenis manusia sangat penting. Sebenarnya kerja apa pun, mengenali manusia itu penting, kerana kita bergaul dengan manusia kan.

Dibawah ini jenis-jenis manusia yang telah disenaraikan. Tapi penulis mungkin berbeza pendapat dengan sesetengah cara yang dicadangkan.

Tank [bekas besi yang besar]
manusia yang suka mengkritik orang dan sistem secara panjang lebar. Berpegang pada pendapat kita dan potong serangannya.

Bagi penulis, jika pun seseorang itu jenis mengkritik, tidak perlu memotong percakapannya kerana dia akan menjadi lebih agresif. Biarkan dia habiskan dulu ayat dan isinya, kemudian beri dia masa beberapa minit untuk diam dan suasana tenang. Kemudian, barulah kita minta dia dengar keterangan kita supaya dia lebih memahami keadaan orang lain).

Sniper [penembak secara sembunyi] 
manusia yang suka mengeluarkan kata-kata tidak sedap dan suka memalukan orang. Berhenti bercakap dan renungnya, minta penjelasan.

Merenung orang lain bukanlah suatu yang bagus dari segi syariat; kerana syariat menghendaki kita menjaga pandangan, cukuplah sekadar bersabar dan kemudian minta penjelasan mengapa perlu berkata seperti itu dan berikan cadangan padanya cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat


Grenade [pengebom]
orang yang menyembunyikan kemarahannya hingga tidak mampun bertahan dan.. MELETUP. Hehe. Beri perhatian dan cepat cari punca kemarahan.

Know-it-all [serba tahu]
perasan tahu semua benda dan berfikiran tertutup. Pastikan kita tahu apa yang kita sedang bercakap dan cadangkan pada dia.

Orang seperti ini perlukan lebih banyak pergaulan dengan manusia. Boleh jadikan dia pembantu kepada ketua yang telah jelas dengan peranan kerja mereka

Think-they-know-it-all [perasan tahu]
terlalu hiperbola dalam bercakap dan banyak sekali perisa tambahan. Minta penjelasan secara spesifik.

Kongsilah kisah-kisah orang soleh dengan orang seperti ini. Bagaimana orang-orang soleh menjaga lidah dan akhlaq mereka. Mungkin kita tidak sedar dia sedang menambah perisa kepada sesuatu maklumat yang sedang dia ceritakan. Maka, setiap kali mendengar kata-katanya berhati-hatilah. Jangan diterima 100%. Walau dengan sesiapa pun, ingatlah, mereka manusia. Kemungkinan tersalah memang ada.

YES [angguk belaka]
kaki kipas. Bantu mereka mengurus dan menyiapkan kerja.


Maybe [ragu-ragu]
tidak tetap pendirian dan tidak berani membuat keputusan. Bantu mereka memilih keputusan. sokong keputusan mereka.

Nothing [malas]
selalu tidak mahu bercakap. Asyik dalam dunia sendiri. Banyak bertanya mereka soalan yang berbentuk terbuka.

No [semua tidak boleh]
berfikiran negatif. Gunakan mereka untuk mengenal pasti potensi masalah, dan kenal pasti masalah sebelum mereka ketemu.

Whiner [komen sana, komen sini]
asyik tidak puas hati. Terangkan sesuatu dari sudut pandang positif.

Setiap sikap, samada baik atau tidak, ia pasti ada punca dan latar belakangnya. Maka untuk membentuk sikap baik, perlu diketahui punca dan caranya begitu juga untuk membuang dan mengikis sikap tidak baik.

Kita hidup dan dihantar kedunia ini bukan untuk mengata dan mengklasifikasikan jenis manusia apakah kita atau orang lain. Tapi untuk bekerjasama memakmurkan bumi seterusnya menjadi hamba Allah yang beriman.

Apa tunggu lagi? Usah dibilang salah orang pada kita kerana kita juga punya berjuta salah yang perlu dibaiki. Ayuh cari jalan untuk mendapat keredhaan Allah sebelum memejam mata selamanya.

Khamis, 14 April 2011

Apa nak jadi

Assalamualaikum semua..

Jarang penulis mahu menulis "analisis politik & suasana sebenar" di Malaysia dan dunia. Mungkin kurang fikiran dan tidak matang dalam hal-hal sebegini. Lagi pun sudah banyak analisis, padangan dan tulisan yang mengulas hal-hal seperti itu.

Akan tetapi, pada hari ini, penulis merasa sudah tidak tahan lagi melihat sikap surat khabar dan media-media berita yang ada di Malaysia.. Apakah pendirian mereka? Apakah polisi mereka? Apakah objektif mereka?

Ya Allah, hari-hari berita mengarut! Video lucah, cerita artis tukar baju, tukar penampilan, gaduh politik yang mengalahkan kanak-kanak.. Apakah ini bahan bacaan kita setiap hari??

Untuk tujuan apakah menceritakan pergaduhan orang? Apakah kebaikan menyebarkan aib manusia? Apakah negara kita akan menjadi maju dengan surat khabar yang separuh isinya hanyalah menceritakan tentang buang bayi, bunuh anak, bunuh ayah, pusat hiburan tidak berlesen, pelacur sana sini, cinta songsang, konsert-konsert dan pelbagai jenis filem baru??

Ummat Islam di bom, di bunuh setiap hari. Bencana alam sana sini.. kita masih sibuk mengaibkan orang sana sini? Apakah ini semua.. Apakah kepentingan yang mahu kita jaga sebenarnya? Lupakah kita tentang matlamat hidup kita?..

Bangunlah wahai ummat Islam.. Banyak kerja yang perlu dilakukan.. sampai bila kita mahu tenggelam dalam dunia sendiri?

Tertekan, keluar tengok wayang.. Tak kena sikit merajuk 10 jam. Malas dan tiada mood, tidak mahu mengulangkaji pelajaran. Segan, menjadi alasan tidak mahu bercampur dengan orang. Susah ajaran Islam, tidak mahu taat. Selesa dengan cara hidup jahiliyyah, maka saya tidak mahu berubah. Tertekan belajar sejam, tengok cd dan cerita 2 jam.. Solat amalan ibadat tidak pernah kisah, asal hidup bahagia sudah. Sampai bila kita mahu jadi begini wahai ummat Islam.. sampai bila.. wahai saudara saudariku?

kita mahu tunggu bumi ini musnah? mahu tunggu langit terkoyak, bergulung? Atau hingga bintang-bintang jatuh berguguran? Mahu tunggu semua bangunan runtuh dan tiada lagi tempat perlindungan? Mahu tunggu Allah keluarkan segala isi bumi? Mahu tunggu sehingga gunung-gunung tercabut? Mahu tunggu sehingga air laut melimpah dan menenggelamkan kita semua? Pada masa itu tiada guna lagi segala penyesalan wahai ummat Islam.. wahai saudaraku BANGKITLAH DARI TIDURMU..

Tengoklah suasana yang berlaku sekarang. Ia bukan senda gurauan. Ia bukan lagi nikmat yang sedap dipandang.. Cukup dengan menganalisis surat khabar dan media-media...

Bangunlah. Pandanglah dengan mata hati yang beriman pada hari akhirat.. Bukan mata hati yang sangat cinta pada dunia. FIkirlah jauh hingga ke akhirat.. Bukan sekadar melepaskan dendam dan geram dengan kerinduan dunia..

Jumpa lagi dilain siaran. Assalamualaikum..

Khamis, 31 Mac 2011

Ranjau berduri

Gerak langkahmu memikat hati,
Senyum tawamu manis sekali
Namun kini, aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.

Yang semestinya daku lalui,
untuk menguji iman dihati
Setinggi mana ketaqwaan..
Sekuat mana keimanan.

Janganlah kau cuba menggoda diriku
Membuang masa dan tenagamu

Cintaku hanya, cinta abadi
Cinta Allah, Allahu rabbi..
Allah ya Rahman, Allah ya rahim

Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri meggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman..

Hmm.. zaman dahulu kala suka sangat lagu ni.. Suka tapi tidak faham pun. Juga tidak ingat kumpulan nasyid mana yang mendendangkan.. Sedap lagu ni..

Tapi sekarang bila renung balik maksud setiap patah perkataan barulah faham.. Dulu budak lagi.. Manalah faham kisah-kisah orang tua ni.. Rupanya kisah usaha orang lelaki/perempuan beriman menjaga diri..

hehe

Khamis, 3 Februari 2011

Siapa yang nak sokong sangat Ahmadinejad?

Iran ada perjanjian sulit dengan Amerika semenjak 2003. Iran membekalkan senjata pada tentera boneka Amerika di Iraq. Tentera boneka ini memakai seragam tentera tempatan. Waduh. [siapakah yang lebih bodoh dari orang-orang yang dipergunakan orang luar untuk merosakkan tempat tinggal sendiri?]

Selain membekal senjata, tentera Iran turut diserap dalam tentera Iraq!. Orang-orang Iraq dilaga-lagakan dengan fikrah perpecahan dan rasisme. Organ ummat Islam dicuri sesuka hati. Orang itu mungkin tidak dibunuh, akan tetapi badannya berparut besar dan dahsyat kerana pernah dibelah oleh manusia tidak bertanggungjawab demi merampas organ-organ mereka.

Kini, masjid dibakar, dimusnahkan. Begitu juga dengan Al-Quran. Ganjilnya bukan orang kafir atau orang Amerika yang melakukannya. Mereka hanya memberi arahan dan lihat, yang melaksanakan adalah orang-orang SYIAH!. Islamkah syiah jika sampai begitu sekali mereka perlakukan terhadap ummat Islam sunni di Iraq?

Di selatan Iraq, banyak sekali masjid yang telah dibakar dan dimusnahkan. Hingga ummat Islam sunni lansung tidak berani keluar untuk bersolat dimasjid. Kawasan-kawasan ini telah di tanda dengan bendera hitam, menunjukkan kawasan tersebut telah dikuasai oleh SYIAH. Penjaga masjid ditangkap. Mereka dibunuh seperti semut. [erk?! Benarkah perumpamaan ini?] Penjaga masjid yang telah ditangkap itu ditolak ketengah jalan dan dibunuh begitu sahaja dengan pistol. Alangkah murahnya darah seorang muslim bagi orang SYIAH!

Iraq belum tenang wahai kawan-kawan senegaraku. Sedarilah kenyataan ini. Jihad masih berterusan. Hingga para wanita pun ada yang menjadi pasukan tentera demi mempertahankan tanah air mereka. Berita sebenar masih banyak tersekat. Dahsyat sungguh keadaan disana. Jika seorang pemuda itu diketahui menghafal surah anfal pun boleh ditangkap! Lebih 1800 siaran tv yang terpancar di Iraq. Dadah diseludup secara berleluasa oleh orang-orang Iran demi merosakkan masyarakat Iraq..

Masih mahu membela orang-orang SYIAH? Masih mahu mengagumi Ahmadinejad??? bangkitlah duhai pemuda. masih mahu berenak-enak dengan selimut dan makanan sedapkah??

Selasa, 1 Februari 2011

"of course" Palestin no1 tapi..

Negara Islam lain bukanlah diketepikan terus.

Penerangan isu Iraq sangat membuka mata. Tahulah penulis bahawasanya surat khabar dan media massa sekarang tidak boleh dipercayai. [Sejak dahulu kala zaman tok kadok lagi memang tidak boleh dipercayai sebenarnya].

Apa kelebihan dan kepentingan memporak perandakan Iraq? Sudah lama Iraq diserang dan ‘dibersihkan’ oleh askar Amerika. Jutaan ummat Islam syahid. Tahukah kawan-kawan hampir lebih 70% korban dalam perang Iraq adalah golongan muslim berpendidikan tinggi. Ia berdasarkan analisa yang telah dibuat. Bukan main agak sahaja.

Tujuan Iraq diserang:
  1.  Membantu perangcangan yahudi menakluk Palestin [nah! Lihatlah betapa berkaitnya isu Iraq dan Isu Palestin]
  2. Menguasai bahan mentah [sangat diketahui, tidak perlu hurai pun sudah maklum]
  3. Melaksanakan ‘grand plan’ untuk memecahkan negara-negara Arab menjadi lebih kecil. [perpecahan punca utama kelemahan apa-apa kesatuan pun. Dengan memecahkan negara-negara Arab menjadi kecil, maka tiadalah sebuah kuasa besar yang kuat dan berupaya membantu Negara Palestin yang telah sedia terjajah oleh kaum Yahudi Zionis]

Amerika sangat jelas tentang misi mereka. Menyekat kebangkitan Islam dan kebangkitan Ummat Islam. Begitu rapi sekali perancangan mereka hinggakan memusnahkan punca kepada kekuatan suara ummat Islam pun termasuk dalam perangkaan strategi mereka. Kita sebagai ummat Islam? Apa yang kita buat? Jelaskh kita akan misi hidup kita? [terasa mahu guna font size 23]

Mahu tahu lebih lanjut apakah kekejaman yang telah Amerika lakukan pada ummat Islam di Iraq?

Oooh, mereka membuka sempadan Iraq untuk pemberontak dan menghapuskan pasukan askar Iraq.
Memang tentera Amerika mensasarkan imam-imam, golongan ilmuan dan khatib-khatib.. Lihatlah betapa berfaedahnya ummat Islam yang berilmu. Orang-orang kafir sangat takutkan mereka. [Ayuh kita belajar rajin-rajin untuk membela ummat Islam, bukan untuk membela Melayu].

Akhirnya, kerana terlalu dahysat keadaan disana, ummat Islam dari kalangan ahli sunnah bangkit dan mengisytiharkan jihad melawan tentera Amerika yang datang. Pembunuhan dan serangan di sesetengah tempat di Iraq, lebih teruk dari apa yang berlaku di Ghazzah. Jika di Ghazzah, 1200 orang dibunuh dalam masa 20 hari, tetapi di suatu kawasan di Iraq, jumlah itu dibunuh dalam masa sehari. [Dahsyatkan?!]

Muncullah berbagai-bagai ketumbukan/pasukan-pasukan jihad yang berani demi menyerang balas dan mempertahankan negara tanah air mereka. Ratusan ribu tentera Amerika terbunuh dan cedera. Amerika telah habis hampir 3 trillion USD untuk menghadapi serangan balas ini.

Berita serangan Amerika di Iraq tersebar. Turut sama tersebar, bagaimana bangkitnya ummat Islam dan penduduk iraq demi membela nasib negara mereka. Pelbagai versi cerita dongeng dan khayalan telah dicipta oleh media massa Amerika [dan telah di ‘salin tampal’ oleh media massa lain termasuklah negara kita yang sudah pun terkenal dalam senarai pakar ‘salin dan tampal’].

Keadaan penentangan Ummat islam Sunni memang memberi tekanan hebat buat Amerika, sehingga rakyat Amerika sendiri memberi tekanan kepada kerajaan mereka supaya membawa balik semua tentera mereka. Amerika tunduk pada tekanan tersebut. Dan keprihatinan ummat Islam di negara lain pun turut mereda, kerana mengingatkan tentera Amerika sudah pulang ke kandang..

Akan tetapi; realitinya bolehkah Amerika senyap-senyap sahaja membawa balik tentera mereka dan membiarkan negara Iraq aman dan tenteram? Oh pastilah jauh panggang dari api.

Mereka telah membuat ‘rebranding’. Apakah itu? Menggunakan rakyat Iraq sendiri sebagai tentera Amerika. Pasukan tenera Iraq asal telah dibubarkan, dan pasukan tentera boneka Amerika telah ditubuhkan. Ummat Islam hanya menyerang tentera Amerika dengan bom tangan dan roket ciptaan sendiri. Roket itu boleh terbang sejauh 18km. [Jauh tuh]. Dan yang paling menarik, tentera muslimin sangat tepat dalam menembak.

Tahukah kawan-kawan apakah perana Iran dalam penjajahan Amerika di Iraq?. Okay bersambung.

Selasa, 21 Disember 2010

Islam itu hebat, tapi aku

"Islam tetap Islam. Ia sentiasa bersiap sedia mengakhiri kesengsaraan manusia. Tetapi penyampaian dan pengamalan Islamlah yang lemah. Kerana itu seorang ulama salaf berkata “ oh agama yang hebat, seandainya ia punya PEMBELA”

Dipetik dari Titik tolak, landasan gerak para aktivis dakwah. m/s 250 terjemahan Abu Sai’d al-Falahi (Judul Bahasa Arabnya, Al-Muntalaq tulisan Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Benar. Islam agama hebat. Ia menrangkumi seluruh aspek kehidupan. Sesuai diguna sepanjang zaman dan tempat. Tidak pernah basi. Kita mendabik dada memilik agama sesyumul Islam.

Tapi..

Amalan kita?? Sikap kita? Oh.. Rasa terhiris sekali.

Ahad, 19 Disember 2010

Ayuh!

Membaca bukan sesuatu yang asing. Tapi masih kurang peratus manusia yang suka membaca bahan yang bermanfaat.

Membaca masih belum menjadi pilihan pertama untuk menggunakan masa secara bijak. Benarkah?

Cuti semester yang agak panjang boleh digunakan sebagai peluas emas menghabiskan bacaan. Lihat gambar dibawah:
Judul Bahasa Arabnya berbunyi: AL-MUNTALAQ  







Buku ini sangat BEST! Tapi ia perlukan kosentrasi tika membacanya. Jika mahu membaca sambil melakukan perkara lain, maka anda akan lost!

Ia menceritakan tentang dakwah, kewajipan dakwah.. Siapakah daei sebenar.. kaitan penyucian jiwa dan dakwah, ahli ibadah yang bermain-main, orang-orang baik yang binasa.. Banyak lagi.

Pendekatan buku ini adalah agak kesasteraaan. Jika anda tidak menyukai sastera, penulis nasihatkan cubalah!. Anda akan mendapat gambaran yang berbeza mengenai sastera, akhlaq, dakwah dan penyucian jiwa. Semuanya berkait rapat. TIDAK TERPISAH-PISAH

LAMA. Itulah gambaran masa yang penulis gunakan untuk menyempurnakan bacaan.
SUKAR. Perkataan kedua yang sesuai. Ia perlu fokus dan asas bahasa Arab untuk betul-betul menghargai isi kandungannya.

AWAS! Para pembaca yang akan menjumpai ramai nama-nama tokoh dalam buku ini. PASTIkan anda mengenali mereka. Ia perlu untuk kita menghargai segala petikan dan perenggan yang tercatit.

ok, jumpa lain kali.




Isnin, 15 November 2010

Nilai kefahaman Islam

Besarnya masalah kerana ia berpunca dari sekecil-kecil perkara. Melarat dan melibatkan masalah negara. Akhirnya masalah dunia.

Jika seorang kanak-kanak itu tidak dididik dengan iman bahawa Allah sentiasa melihatnya, mengetahui akan segala perbuatannya.. Maka membesarlah dia menjadi manusia yang tidak jujur.

Apalah sangat kesan tidak jujur itu jika dia hanya seorang murid sekolah menengah biasa.. Hanya meniru dalam peperiksaan. Tiada kesan pada guru-guru, mahupun kawan-kawan sekelasnya.

Selepas menamatkan zaman persekolahan, dia meneruskan hidupnya sebagai pelajar universiti. Akhlaq tidak jujur itu dibawa bersama. Ia sebagai bekalan demi menempuh kehidupan sebagai siswa kampus.

Sikap tidak jujurnya telah mula memberi kesan pada orang sekeliling. Hanya dengan meniru jurnal dan sumber rujukan.. Kajian demi kajian dilakukan. Tetapi ia tidak berlaku dengan jujur. Kerana pelbagai perubahan data dilakukan agar selaras dengan keputusan kajian yang diramalkan.. Apa jadi? Terbitlah jurnal yang palsu keputusannya. Para pelajar lain telah menjadikan jurnal itu sebagai rujukan utama..

Sekarang, kanak-kanak tersebut telah dewasa. Dia akan bekerja dan bertemu masyarakat. Dia telah diundi menjadi wakil rakyat. Berbekalkan sikap tidak jujur tadi.. Dia pun menang piliharaya. Jadilah dia pemimpin. Penduduk negara menyokong dan mempercayainya..

Kanak-kanak tersebut telah menjadi pemimpin negara! Sedangkan bekalan jujur tiada bersamanya. Bagaimanakah dia memikul amanah dan tanggungjawab negara??

Segalanya bermula dengan kekurangan iman bahawasanya Allah sentiasa melihat gerak geri hambaNya.

Itu baru berbincang mengenai JUJUR. Apakah yang akan terjadi jika ihsan, toleransi (berlapang dada), ithar, amanah, sabar, sangka baik, tawadhu dan ikhlas tidak pernah diterapkan pada pembangunan seorang insan? Ini semua adalah modal pembangunan insan yang sangat penting. Insan yang bagaimakah mahu kita lahirkan jika semua ini tidak diajarkan??

Modal insan ini bukan sahaja untuk melahirkan pemimpin negara. Ia sangat penting demi melahirkan Khalifah Allah yang benar-benar memahami tanggungjawabnya sebagai hamba dimuka bumi. Membentuk para dae’i dan para pemimpin keluarga.. Serta rakyat. Walaupun hanya sebagai tukang sapu dan pengutip sampah!

Entri terkenal