Memaparkan catatan dengan label Baca dan ingat Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baca dan ingat Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Februari 2019

Biarlah cita-cita tinggi menembus awan dilangit..

Dengan nama Tuhan, kami berserah,
Dengan nama Tuhan, kami melangkah..
Dengan rahmat dan izin Tuhan kami tetap terus melakar sejarah.

Imaginasinya membina ummah,
Realitinya menjaga rumah sudah lelah.

Imaginasinya berjuang dan berjihad menongkah mungkar menegak kebenaran,
Realitinya perit berusaha membina, menyusun dan mendidik manusia menjadi beriman.

Imaginasinya lazat bercinta mendekat Tuhan
Realitinya memang boleh tahan..

Imaginasinya indah hidup dengan berkorban,
Realitinya baru seringgit dua menghulur meringankan beban.

Imaginasinya menang mengalahkan syaitan,
Realitinya usah cerita bagaimana berkorban berusaha untuk mengalahkan.

Sejarah bukanlah kerja membina bangunan dan reputasi,
Kerana sejarah membina kisah contoh agar menjadi sumber inspirasi.

Seluruh Nabi dan Rasul, telah selesai membina sejarah, melakar contoh inspirasi..
Kini giliran kita menyambung mata rantai ini..

Biarlah cita-cita menembus awan dilangit, asal hati tetap merendah kepada Tuhan!

Rabu, 7 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 4

Masih dalam persoalan-persoalan yang saya lontarkan sebelum ini.

  1. Bagaimana kisah Nabi dan Rasul benar-benar menjadi 'hidup' dalam kehidupan kita
  2. Adakah kisah Nabi dan Rasul hanya untuk difilemkan sebagai kisah benar?
  3. Adakah kisah-kisah Nabi dan Rasul ini setaraf dengan kisah-kisah benar yang telah difilemkan di televisyen dan youtube?

Kemudian..

  1. Apakah kerjaya para Nabi dan Rasul?
  2. Apakah persamaan kerjaya para Nabi dan Rasul?

dan lagi persoalan..

  1. Untuk apa sebenarnya para Nabi dan Rasul di utuskan?
  2. Untuk apa Allah ceritakan kisah para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran?

Yang paling menarik sekali..

Sedarkah kita?
Adanya persamaan antara kita dan para Nabi dan Rasul?
dari segi tujuan kita diciptakan ke dunia..

Sebenarnya disebalik persoalan-persoalan..
Sudah ada jawapan yang saya berikan.

Sekian terima kasih.
Setakat ini dahulu senaman otak awal 2018 dari saya.

Hasil carian imej untuk smiley exersice

Isnin, 5 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 3

Tidakkah anda tertanya-tanya..

Untuk apa para Nabi dan Rasul di utuskan?
Untuk apa Allah catatkan kisah para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran?

Anda serabut dengan persoalan?
Anda pening kerana masih belum mendapat jawapan?
Blog saya bukanlah untuk menjawab persoalan anda..

hehe.

Tolong cari sendiri dan berusaha.
Nilai hidup kita sebagai manusia bukan 'makan suap'..
Nilai hidup kita pada usaha kita memahami erti hidup sebagai seorang manusia..


Firman Allah dalam surah Az-Zariyat: 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Kemudian dalam surah Al-Baqarah ayat 30..

 وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan lagi firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2..

 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


Haaa...
Langkah baca ayat Quran ya?..

Hasil carian imej untuk smiley warning

Mana dapat isi kalau tak baca.
Sila baca setiap satu huruf yang bahasa Arab kemudian baca juga maksud dan terjemahannya..
Baru dapat rasa indahnya hidup bersama Tuhan..

Hasil carian imej untuk smiley satisfie
Hasil carian imej untuk satisfied scenery

Baca Al-quran.. setenang alam berzikir menyucikan Tuhan..

Sabtu, 3 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 2

Masih kisah Nabi..
Bukan mahu mengulang kisah Nabi yang para pembaca sekalian sudah tahu..

Tapi mahu menyentuh akal, minda dan perasaan anda sebagai manusia yang membaca dan mengetahui kisah para Nabi.

Agak-agaknya lah..
Apa kerjaya para Nabi?

Untuk lebih mencabar senaman otak di pagi hari..
Apakah persamaan kerjaya para Nabi?

Jika dilihat sekali imbas..
Macam-macam kerjaya Nabi..

Berikut adalah contoh kerjaya para Nabi:

Nabi Muhammad s.a.w - penggembala dan peniaga
Nabi Idris a.s - Tukang besi dan tukang jahit
Nabi Daud a.s  - anggota tentera, pemerintah dan raja
Nabi Sulaiman a.s - Raja dan pemerintah

Jika begini apakah persamaan kerjaya mereka?
Jeng-jeng..

Hasil carian imej untuk smiley thinking

Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia seperti yang Nabi Ibrahim sebutkan;

Firman Allah dalam surah Ali Imran 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Tidak mungkin Allah menceritakan pada kita kisah-kisah Nabi ini hanya semata-mata sebagai kisah Nabi..
Semata-mata untuk dikagumi?

Allah menjadikan semua perkara dengan tujuan.
Tiada yang sia-sia.
Maka kenapa para Nabi dan Rasul diutuskan dan di perkenalkan kepada kita?
Semata-mata untuk kita manusia berkata "mereka takpalah, iman para Nabi mana sama dengan iman kita manusia biasa"??

Oh ini tidak mungkin.

Khamis, 1 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tiada yang boleh mempertikai kasih sayang Tuhan kecuali manusia yang benar-benar buta hati.

Siapa tidak kenal Nabi Muhammad s.a.w?
Musuh Islam tegar pun akan berusaha mengenali manusia hebat ini.

Ramai Nabi dalam sejarah dunia.
Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Soleh..
Banyak lagi para Nabi alaihumusalam.

Macam-macam kisah hidup, pelbagai ujian cabaran hidup mereka.

Tapi bagaimana kisah-kisah Nabi ini benar-benar menjadi 'hidup' dalam kehidupan kita?
Adakah ia hanya menjadi sekadar 'kisah-kisah benar' yang di filemkan dalam televisyen dan internet?
Kisah Nabi setaraf kisah benar manusia-manusia lain dalam dunia?

Hehe..
Sila ambil berat dan fikirkan demi kebaikan hidup kita.

Hasil carian imej untuk smiley fikir

Sabtu, 22 April 2017

Lepas solat istighfar?

Bukankah solat itu pahala?
Mengapa kita beristighfar pula selepas solat?..

Tidak pernah terfikir dek akal.
Ikut sahaja imam buat lepas solat kan..
Imam tasbih, kita tasbih..
Imam istighfar, kita pun istighfar..

Rupanya
dalam solat, tak selalu kita khusyu.
dalam solat juga, tidak terjamin kesempurnaannya.
dalam solat, kita lagha..
dalam solat, mungkin niat kita tersasar..

Maka istighfar itu amat perlu.

Jika dalam solat yang terkawal perkataan dan gerakkan..
Kita masih berpotensi terdedah dengan dosa..
Apatah lagi dalam berdakwah.

Dakwah itu perkara mulia dan pahala.
tapi dengan berdakwah juga kita berpotensi 'menghias' dosa ke dalamnya,
Maka selepas berdakwah lebih-lebih lagi kita perlu beristighfar..

Dalam berdakwah..
Kita diuji dengan bertemu dengan orang-orang yang mencabar kesabaran kita.
Agaknya bagaimanakah akhlaq kita ketika itu?
Sedarkah kita..
Istighfar sekurang-kurangnya mengingatkan kita agar tidak 'perasan' dengan perbuatan mulia kita tu tanpa dosa.

Semoga Allah jaga hati kita semua dari amal soleh bercampur dosa.

Sabtu, 28 Jun 2014

Ramadhan datang lagi


Assalamualaykum warahmatullah...

Ramadhan datang lagi..
Tapi tiada siapa boleh jamin nyawa kita akan sampai esok.

Jika aku mati hari ini..
Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah.
Jika aku tidak sempat bertemu Ramadhan kali ini..
Aku maafkan semua kesalahan-kesalahan manusia terhadapku.

Ya Allah jika aku mati hari ini,
Berkatilah usaha aku selama ini,
Mencari redhaMu Ilahi.

........

Bila kita sebut pasal mati..
Semua orang ingat kita tidak sihat.
Bila kita ingat mati..
Orang cakap kita sudah putus asa dalam hidup.
Bila kita sebut-sebut kematian,
Orang buat muka cebik, konon tunjuk bagus beriman sangat. 

........

Betapa salahya persepsi kita tentang MATI.

........

Mari kita renung:

kita selalu solat?
kita tidak sabar melalui Ramadhan?
Kita balas kejahatan orang dengan kebaikan..
kita maafkan kejahilan dan kelemahan orang.
kita baca quran
kita hafal quran
kita tadabur al-quran
kita amal isi kandungan Al-quran
kita senyum bila jumpa orang
kita ajak orang lain buat baik
kita cegah orang lain dari kemungkaran
kita sabar dengan kesusahan dan kesenangan
kita bangun malam solat tahajud
kita sedekah harta yang kita ada
kita korban masa tenaga bersama orang yg mahu kebaikan..

Untuk apa kita lakukan segala amal soleh selama ini?
Bukankah untuk bertemu dengan-Nya?
Dan selagi tidak mati, masakan kita boleh bertemu dengan-Nya.

.......

kita hidup untuk mati!
Mati dalam kemuliaan disisi Allah.
InsyaAllah.

Semoga amal dalam bulan ramadhan menjadi momentum hingga ramadhan tahun akan datang dan sehingga kita dipanggil mengadapNya. Ameen~

Sabtu, 14 Jun 2014

Mengubah paradigma 4

Assalamualaykum warahmatullah...

Sebelum menyambung mari saya simpulkan dahulu penulisan lepas.

Mengubah paradigma 1 >> pengenalan dan muqaddimah tajuk serta kepentingan tajuk.
Mengubah paradigma 2 >> definisi tajuk dan "mengarahkan" pembaca ke arah maksud yang sama tentang tajuk.
Mengubah paradigma 3 >> Tingkah laku itu KESAN paradigma.

.......

Jadi dalam siri ini..
Saya akan sambung mengenai..

DARI MANAKAH DATANGNYA PARADIGMA KITA.

tapi sebelum kita 'siasat' dan 'membilang' dari mana datangnya kerangka fikiran (paradigma) kita..
elok juga kita lihat dahulu amalan-amalan atau tingkah laku 'kebiasaan' kita..

1 - bangun pagi tengok talifon dahulu sebelum memulakan perkara lain.

2 - dahulu baca quran lagi banyak dari sekarang.

3 - tengok 'cerita' lebih menghiburkan dari solat dan zikir.

4 - menghamburkan kata-kata kurang manis dan mengumpat lebih kita pilih untuk 'mengawal' kemarahan berbanding mengingati Allah dan beristighfar.

5 - hobi kita sentiasa mendapat 'kemuliaan' dengan pemberian masa kita untuknya berbanding penyempurnaan solat wajib, solat sunat, bangun malam dan membaca Al-Quran.

mungkin ada banyak lagi kebiasaan lain yang tidak saya petik disini. Di atas hanyalah kebiasaan yang begitu biasa bagi saya melihatnya.

Setiap perbuatan kita tidak dapat berbohong walaupun kita bercakap bohong.
Baiklah, kita tinggalkan dahulu senarai 'kebiasaan' di atas, dan kita berbalik pada persoalan;

dari manakah datangnya paradigma kita

  1. ilmu dan kepercayaan
  2. pengalaman
  3. pergaulan
jika ada sumber lain, boleh la para pembaca berkongsi...

jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah ORANG TUA..
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) berasaskan;
"orang tua-tua kata...."

jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah SAINS TEKNOLOGI dan KEMODENAN...
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) berasaskan;
" lojiknya begini dan begini..."

Jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah SEJARAH dan PSIKOLOGI..
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) cenderung
" orang lain buat/takbuat....."

Jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah KESERONOKAN dan HEDONISME..
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) cenderung
"ini seronok dan tidak seronok....." (tanpa ada sebab dan musabab yang jelas)


Jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah ISLAM..
maka kebanyakan perbuatan kita dalam melakukan dan meninggalkan sesuatu insyaAllah kerana ALLAH!...

Maka..
paradigma kita datang dari manakah?

  1. orang tua-tua?
  2. sains teknologi dan kemodenan?
  3. sejarah dan psikologi?
  4. keseronokan dan hedonisme?
  5. islam
Tidak salah jika kerangka fikiran itu dari orang tua-tua, sains teknologi, kemodenan, sejarah dan psikologi, atau keseronokan.. SELAGI..masih dalam lingkungan AJARAN ISLAM.

Bila asas pemikiran kita ISLAM,
bila kerangka fikiran kita benar-benar ISLAM (tunduk dan patuh pada Allah)
Pastilah amal dan percakapan kita menggambarkan ISLAM.
InsyaAllah..

Jika kita sudah sedar..
kerangka fikiran kita tidaklah begitu ISLAM..
Maka inilah masanya untuk mengubah dan berubah..

semoga berjaya dalam mujahadah!

Ahad, 26 Januari 2014

Sila ada sedikit kerisauan

Bila kita rasa kita berbuat amal baik...
Tapi sebenarnya pada masa yang sama kita melakukan dosa.

Astaghfirullah.

Bila kita baca quran tapi sebenarnya kita baca waktu ada orang sahaja kerana mahu orang mendengar bacaan kita.

Kita pergi masjid solat tapi kita pasang speaker kuat-kuat dengan niat untuk mengajak orang lain ke masjid.
tapi sebenarnya kita sudah mengganggu urusan orang sekeliling kerana tidak dapat menumpukan perhatian pada urusan-urusan mereka.

Kita 'rasa' kita telah mengajak orang pada Allah, tapi hakikatnya manusia semakin jauh kerana akhlaq tidak tidak menunjukkan Islam yang sebenar.

Kita buat macam-macam amal kebaikan tapi kita mahu semua orang hargai kebaikan kita.


Berbahagialah orang yang mampu berbuat kebaikan kerana bukan selalu kita dapat nikmat untuk buat kebaikan.. betul tak? Kebaikan perlu usaha hebat semenjak awal hingga kita mampu rasa nikmatnya melakukan kebaikan..

Tapi...
Risaulah juga sedikit sebanyak bila kita telah 'berpuas hati' dengan amal kebaikan itu..
kerana 'puas hati' itu adalah tanda 'sesuatu' tidak kena.

Apa tidak kena?
Tidak kena pada Hati kita dan hubungan kita dengan Allah.
Kerana amal soleh yang kita buat adalah untuk dipersembahkan pada Allah, dan hanya pada Allah kita sembahkan segalanya.. bila kita 'sembahkan' amal tersebut pada Allah, kita seolah-olah telah menyekutukan-Nya!





Khamis, 11 Julai 2013

Tadabur alam, tadabur kehidupan

'Teriakan' demi 'teriakan'..
Jauh dibumi Mesir.
Walau tiada bunyi 'suara' mencecah telinga..
Tapi ia kedengaran 'kuat'. sangat 'kuat'.

Menjadi manusia bebas dosa.
Bukanlah perkara senang dan mudah.

.....

Kebenaran sangat jelas.
Kebenaran sangat terang.
Andai ia ditutup.
walau ia dicekup dan disorok.
tapi kenapa masih buta?
tidak tahu.. tidak mahu ambil tahu.

...

Bilanglah tugas dan tanggungjawab.
Banyak.
Barangkali tidak cukup tangan.
Cabaran terbesar..
bukanlah banyaknya beban tugas dan tanggungjawab.
Tapi bagaimana menyusun keutamaan
Agar setiap tugas itu ditunaikan
Pada masa yang betul,
Dengan 'kepekatan' usaha yang sesuai.

Maha Suci Allah!

Terasa seolah-olah dapat membayangkan..
Kenapa bukit pun pecah..
Menerima kalimah Allah..


لَوْ أَنزَلْنَا هَـٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّـهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Al-Hasyr: 21

.......

Banyak tugas dan amanah Allah tidak dilaksanakan dengan baik.
Alasan demi alasan 'mengindahkan' sebab tidak melakukan..
Bahkan begitu banyak penjelasan 'dicipta' sebab melakukan, tapi tidak bersungguh.

...

Malulah pada Allah..

Manusia di Mesir bersusah payah..
Manusia di Mesir berkorban masa dan tenaga..
Manusia di Mesir memberikan segala yang ada..
Demi mempertahankan kebenaran.
Tapi kita disini tidur lena, makan kenyang..
Hari-hari dihias hilai tawa..

Allahu akbar!

...

Tidak salah tidur,
Tidak salah untuk makan,
Tidak salah untuk bergurau senda.

Yang salah..
Tidak mengambil tahu apa yang berlaku.
Tidak berusaha melakukan sesuatu selepas tahu.
Berdiam diri selepas melakukan sedikit usaha, sesudah berpuas hati dengan sedikit 'pengorbanan/usaha' yang dilakukan.

Maha Suci Allah.

...

Andai manusia itu tahu.
Ketawanya pasti sedikit dan menangisnya banyak.

Rabu, 2 Mei 2012

Nasihat menasihati

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Allah itu Maha bijaksana.. 
lagi Maha Pencipta..
Dijadikan makhluknya bermacam-macam jenis..
Bermacam-macam perangai.

Indah.
tapi kadang-kadang serabut kepala juga menghadapi keindahan ini.

"bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik dari mengasingkan diri dan tidak bersabar dengan kerenah mereka"..

Jika tidak salah, Hadith ini riwayat At-thabrani..

Jika tiada hadith ini, sudah lama mahu masuk hutan dan buat rumah sendiri.

Tenang.
Tiada gangguan.
Tiada peraturan pelik-pelik.

Sabar itu pada ketukan pertama.
Bukan selepas mengeluh dan membebel panjang.

Maha Suci Allah!

Sabarlah menghadapi manusia jahil.

 “Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami terhadap mereka.” (Al-Maidah: 34)

*setiap hari menurunkan diri ke medan, pasti ada sahaja perkara yang menuntut kesabaran dan kebijaksanaan seorang daei!

& aku masih belum berjaya mencapai kematangan sabar dan bijaksana itu.






Isnin, 16 April 2012

Mana satu kita nk utamakan

Hai.
boleh pulak hai je kan.
ok-ok.
assalamualaykum warahmatullah....

Bila kita tengok orang yang hampir putus kepala berbanding orang yang migrain teruk..

Yang mana satu kita nak bawak ke hospital segera??

boleh pulak tanya soalan tak lojik campur kelakar tu..


tanya ni sebab ada orang tak boleh beza betapa kecemasannya orang nak tercabut kepala dengan orang sakit kepala..

Hmm pastilah soalah ini adalah analogi.

Untuk apakah?

orang nak tercabut kepala = non-muslim
orang sakit kepala = orang Islam terseleweng atau jahil.

kesimpulannya: mengajak non-muslim untuk mengenal Allah bukan nombor dua dalam tangga dakwah!

Ahad, 15 April 2012

Allah is ALWAYS RIGHT!

Assalamualaykum warahmatullah,

Semoga sentiasa berada dalam iman yang mantap, hati yang bersih, jiwa yang tenang. InsyaALLAH!

Tiada apa-apa cerita panjang, cuma nak menyatakan rasa tidak selesa apabila ada individu yang cuba menyebut dan melaungkan hal-hal dibawah ini:

"mother knows best"
"BOSS is always right"
"customer is always right"

kerana...........................

ALLAH is ALWAYS RIGHT because HE KNOWS the BEST!

Allah itu Tuhan Pencipta sekalian alam.


Allah bukan "perkara" biasa-biasa..
Allah juga bukan "seseorang" yg istimewa sikit-sikit..

Tapi adalah Tuhan yang memberikan kita segalanya.. Bukan sahaja duit dan keluarga tapi hinggat ke nafas dan denyut nadi juga di berikan oleh-Nya..



untuk kita menjadi sebaik-baik hamba disisi-Nya!

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Al-mulk: 2

Saya tahu saya tidak sempurna, tapi saya rasa lebih tidak sempurna bila ada orang cuba meletakkan sifat sempurna Allah itu pada selain dari-Nya!







Jumaat, 13 April 2012

Memberontak....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..

Bila mula duduk depan laptop..
mahu mula menulis..
Kadang-kadang terfikir..
Aku menulis ini berkualiti kah?

Memang sebelum ini punya objektif tertentu..
Tapi tersusunkah segala penulisan aku ini?
Rasa macam caca merba sahaja penulisan entah kemana-mana tajuk semua pun tertulis dalam blog ini..

Nak cakap berilmu, taklah berilmu sangat.
Nak cakap bahasa bagus pun tidaklah bagus sangat..
Kadang-kadang rasa menggunakan bahasa sembang lebih dekat dihati..
Berbanding menggunakan bahasa baku dan sangat formal..

Mari kita sama-sama berusaha untuk jadi lebih tersusun. Bukankah Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan dengan sangat teratur?



......................................................

Memberontak = menunjukkan ke-engganan atau ketidak-puas-hatian kepada yang lebih besar atau lebih tinggi.

Seseorang melarang kita melakukan sesuatu dengan sangat bersungguh-sungguh.
entah kenapa..

Atau kadang-kadang kita tersalah buat, tapi marahnya mengalahkan perempuan datang bulan.
Sekali merasa, pening dan geram sebentar.

Lebih teruk, apabila yang memarahi dan yang melarang itu tidak pernah menerangkan SEBAB.
alasan tidak menerangkan SEBAB: eh itu kan common sense? takkan itu pun kena terang?

Tahukah kita?

  • common sense untuk seseorang individu tidak sama dengan common sense seorang individu lain..
  • perkara besar bagi individu A, mungkin perkara remeh bagi individu B..
oleh itu...

Sebagai manusia yang sangat menyedari hakikat ini..
Beringatlah sentiasa..
Tidak semua perkara besar dan penting untuk kita, penting juga untuk orang lain..
dan jangan kecilkan perkara besar dan penting untuk orang lain, walaupun bagi kita ia adalah perkara kecil..

Itulah caranya untuk kita berlapang dada dan tidak memberontak.. ^_^

.......................................................

Walaubagaimanapun, ada beberapa hakikat yang kita perlu sedar...

pertama

Kepentingan sesuatu urusan itu hanya di ketahui oleh mereka yang benar-benar memahami dan berilmu tentangnya..
kan?

Maka, adalah menjadi tanggungjawab orang yang sudah tahu kepentingan sesuatu urusan/perkara untuk memberitahu dan memahamkan yang JAHIL..

Bukannya dengan cara marah-marah.. ^_^ 

kedua

setelah dua individu memahami suatu urusan itu dengan jelas.. Tidak semestinya mereka mempunyai pendapat/pendirian yang sama tentang urusan tersebut..

ketiga

adalah tidak patut kita membiarkan diri kita JAHIL selamanya.. dan lansung tidak cuba memahami mengapa sesetengah perkara itu sangat penting bagi sesetengah orang.. dan kenapa ia tidak menjadi penting untuk kita..

.........................................................

Kesimpulannya; 

nak memberitahu kepada kawan-kawan sekalian..
Jadilah sensitif dengan persekitaran..



Mengapa agama dan TUHAN sangat penting bagi sesetengah orang..
tapi tidak penting bagi sesetengah orang?

Apa yang berlaku dalam masyarakat kita?? Sedarkah kita?



kenapa bagi sesetengah orang..
disamping kerja, mengambil berat isu semasa dan berita termasuk dalam tanggungjawab sebagai hamba Allah..



tapi kenapa bagi sesetengah orang, cukuplah bekerja dengan gigih dan jujur.. entah apa jadi kat luar sana tak pernah peduli..almaklumlah SIBUK.



Mengapa wang dan harta sangat besar bagi sesetengah orang..
Tapi sangat kecil dan kurang harga bagi sesetengah orang??

Ya Allah bukanlah pintu hati kami untuk menerima hidayah Mu.. kemudian berilah kami kekuatan untuk tetap terus didalam hidayah itu.

p/s: manusia boleh berubah, dan mereka tidak hina dengan perubahan.. apatah lagi berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik.

Khamis, 12 April 2012

ku pohon hanya pada Allah

Suasana A.

Suasana B.

Suasana C.

Suasana D.

Jalan-jalan dan menghirup udara segar ciptaan Allah.
Ya Allah.
Keliru. melihat suasana.. akhlaq dan perbuatan manusia..

Ya Allah,
berilah aku penglihatan yang dapat melihat kebenaran dan kebaikan itu sebagai kebaikan..
Dan kurniakanlah kekuatan untuk aku menurut kebaikan dan kebenaran itu.

Ya Allah,
berilah aku juga penglihatan yang dapat melihat maksiat dan batil itu sebagi batil.
dan kurniakanlah kekuatan pada ku untuk menjauhinya.

Seorang muslim tidak akan terperosak kelubang sama dua kali.

Maka Allah, peliharalah hambaMu yang benar-benar mencari redhaMu...
Sangat berharap.

Terima kasih Allah.

Selasa, 10 April 2012

Islam sesuai dimana-mana


Subhanallah!

Siapa yang minum air, dia sahaja yang hilang dahaga.

Alhamdulillah.
Nikmat Allah BANYAK sangat.
Walaupun sakit, tapi kenikmatan yang datang bersama kesakitan itu banyak tidak terhitung.

Ok maksudnya, siapa yang kembali pada Allah sahaja mendapat ketenangan sebenar.



Salah satu ciri Islam adalah sesuai dimana sahaja, bila-bila masa.

Tapi kenapa ada masa susah sangat nak jadi muslim..??
Tapi kenapa tiba-tiba jadi susah nak buat benda wajib?
Tapi kenapa jadi beratnya la nak terus dan istiqamah buat ibadah yang di buat selama ini?..

kerana kita tidak memahami Islam itu FLEXIBLE dalam bentuk praktikal!

oh Allah!
Allah is always by ourside.
I BELIEVE and strongly believe.

Islam pasti boleh disebarkan.
BERSABARlah menghadapi masa.
Fahami suasana..
SIAPkan bekal secukupnya
Sebelum melaksanakan tuntutan dakwah..
kemudian serahlah selebihnya pada ALLAH.



Wahai teman seperjuangan, ingatkanlah diri ini andai aku terlupa. Semoga Allah memberkati kebaikanmu.


Isnin, 9 April 2012

rindunya mahu berjumpa sahabat

Salam!
Semoga sentiasa bahagia dalam iman dan cinta pada ALLAH.



Cuba lihat senarai nama dibawah:

Abu Bakr - sahabat paling rapat dengan Rasulullah..
Khalid Al-Walid - pedang Allah yang sangat handal dalam peperangan..
Abu Zar - yang sangat lembut dan telah mengislamkan ramai orang..

Zinnirah - yang buta mata kerana diseksa; akibat memeluk Islam.
Asma' - yang telah mendidik anak-anaknya untuk berjihad dan akhirnya syahid..
ummu salamah - yang berhijrah dan kematian suami akhirnya berkahwin dgn Rasulullah..

Abdullah bin ummu maktum - buta tapi tidak pernah menjadikan alasan utk tidak ikut berjihad dan berkorban.
Fatimah Al-khatab - yg sanggup ditampar Umar hingga berdarah mukannya demi menjaga maruah Al-Quran..

Mus'ab bin Umayr - si kaya yang sanngup meninggalkan kesenangan dunia kerana memilih kemuliaan akhirat..
Hanzalah - baru sahaja berkahwin.. terus keluar ke medan jihad dan syahid sebelum sempat mandi wajib..

Sumayyah bt Khayyat - di sula kerana mempertahan aqidah.. Dia adalah yang PERTAMA WANITA yang mati syahid!


OH. itu sikit baru...
bagaimana TABAH, KUAT dan KENTAL mereka mempertahankan Islam.
IZZAH [kebanggaan] mereka sebagai hamba ALLAH..
tidak menyebabkan mereka SOMBONG.. tapi jadi sangat KUAT mempertahankan iman.
tidak membiarkan para KUFFAR mengusik iman mereka.

indahnya iman tidak tergambar! biarpun manusia melihat siksa, tetapi hati  begitu bahagia dan tenang.

Subhanallah!
oh... memang la cita-cita tu macam besar je nak jadi macam mereka..
huhu..
berusahalah.

baru letih sikit.
Baru "kena" sikit je..

Ya Allah, teguhkanlah hati kami sebagaimana teguhnya iman para sahabat Rasulullah.

Ahad, 8 April 2012

menilai..

Menilai itu menggunakan alat tertentu..
kan?

Atau lebih jelas lagi..
Menilai itu memerlukan neraca/alat yang dijadikan panduan.

Untuk menilai buah itu elok atau tidak..
Kita melihat dari segi luarannya..

Untuk mengenal pasti kualiti ubat pun..
Dengan melihat luarannya..

Tapi kadang-kadang..
Ada je buah nampak elok di luar..
Tapi kat dalam dah busuk dan berlubang kena tebuk dengan serangga atau haiwan..

Begitu juga ubat.
Nampak elok, tapi rupanya sudah berubah kualiti dan tahap keberkesanannya merawat penyakit.

Menilai ubat dan buah dengan melihat luarannya..... atau bahasa mudah;
kulit dan penampilan.

Tapi menilai manusia, tidak semudah itu.
itu kerja Allah menilai manusia.
Tapi kita sebagai manusia boleh juga menilai..
untuk muhasabah dan membaiki diri sebelum terlambat.

Apakah neraca yang kita gunakan untuk menilai?

status perkahwinan kah
gaji kah
keturunan kah
pendidikan kah
akhlaq kah
percakapan kah..


atau..


iman dan ihsan mereka??


ok, ihsan disini bukan belas kasihan ye.

Tapi, ihsan disini adalah satu perasaan dapat melihat Allah apabila seorang hamba melakukan kerja.. atau  sekalipun tidak dapat melihat Allah, dia tetap merasai penglihatan Allah keatasnya..

cuba baca betul-betul.. dapat melihat Allah atau merasai pemerhatian Allah terhadapnya.. bukan selain dari ALLAH.

p/s: sifat jujur yang dianjurkan Islam.. kini sudah menjadi PELIK dan ASING. malah lebih teruk, orang jujur dianggap BODOH dan tidak tahu mencari peluang.

Sabtu, 7 April 2012

Susah nak cerita

Sesungguh hidup ini tiada erti tanpa petunjuk dan kasih sayang ALLAH.
Syukurlah dipilih-Nya untuk menjadi manusia dalam iman.
Islam yang mahal itu bukan untuk dibuat "perhiasan"
Ia pastinya suatu hadiah yang perlu dihargai manusia dengan sebenar-benarnya.

dulu-dulu..


Best nya orang dewasa..
Mereka boleh bekerja ada duit sendiri..
Tidak bergantung dengan orang lain.
Kemana mahu pergi pun ikut suka mereka..

sekarang


oh..
Apakah saya sudah jadi orang dewasa?
Sudah bekerja..
Tapi apa yang saya jumpa??

Ya Allah..
Bagaimana saya mahu sampaikan Islam SEBENAR?
Pada yang sudah mengaku Islam..
dan pada yang masih belum menerima Islam..

Dahulu


kepeningan saya..
Bagaimana untuk hidup berdikari..
Bagaimana tidak mahu menyusahkan orang sekeliling..

kini


kepeningan saya..
Bagaimana mahu hidup bercampur dan bergaul dengan semua manusia..
Baik yang kafir, muslim sebenar atau muslim munafiq atau muslim fasiq atau muslim celup..
Bagaimana mahu jadi bermanfaat pada manusia lain tatkala hidup sebenarnya lebih susah dari yang kelihatan..

Sesungguhnya aku tidak susah hati tentang siapa akan mengajarkan aku tentang dunia..
kerana begitu ramai manusia kutemui begitu baik hati mengajarkan ku urusan dunia..
RAMAI manusia sangat tahu bagaimana mahu cari makan dan terus hidup menghadapi dunia..

Tapi aku susah hati mencari jalan untuk mencetak manusia yang mahu bersama denganku, mencari kebahagian akhirat menggunakan dunia..

Mencari jalan untuk terus hidup dalam Islam yang sebenar dalam lautan manusia yang telah jauh hanyut dengan cinta dunia..

.............................................

e.t.i.k.a.
begitu pulun mereka melaungkannya..
entah e.t.i.k.a apakah aku tidak mengerti..

Solat bukan perkara utama.
mengingati Allah tidak pernah jadi agenda..
Asalkan siap, buatlah kot mana-mana...

Ya Allah.
Aku tahu pesan Allah s.w.t dalam Al-Quran..
Bersabarlah menghadapi orang JAHIL.
Maafkanlah mereka, berpalinglah jika mereka berlaku sombong..

Apakah aku mahu berada DISITU dan hanya melaksanakan urusan ITU..
Tanpa menghargai nikmat Islam selama aku berada disitu?

DISITU - adala kat satu tempat
ITU - adala satu kerja yang memang kena buat setiap hari..

Menggunakan skala apakah kita menilai kebaikan dan kejujuran???



Rabu, 21 Mac 2012

Solat dulu atau kenal Allah dulu?

Apabila anak itu sudah dapat membezakan tangan kiri atau kanan, maka ajarkan solat..

Itulah pesanan Rasulullah. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Solat itu hubungan dengan ALLAH.
Solat itu mahu menunjukkan adanya hubungan yang dicipta dengan Yang Mencipta.

Solat diajar semenjak kecil..
Agar manusia tahu mereka bukanlah tuan dunia yang sempit ini.

Solat di kenalkan semenjak kenal tangan kiri dan kanan..
Supaya manusia kenal dan merindui siapa Tuhan mereka di dunia dan akhirat..

Solat juga di ajar semenjak kecil..
kerana manusia punya misi besar untuk dikerjakan sepanjang hidup.
ia sebagai persediaan menghadapi hari mendatang.

bagaimana mungkin mahu mengajarkan solat tanpa mengajarkan siapa yang memerintahkan untuk solat.
Solat itu untuk menghambakan diri pada siapakah?

Bukankah pelik berjalan dan melangkah..
tetapi entah kemana tujuan dan matlamat?...

Bolehkah mencapai tujuan jika tidak melangkah?...MUSTAHIL.
Maka solat dan kenal Allah adalah dua perkara yang perlu dilakukan serentak.

Apatah lagi jika selama ini bersolat, tapi tidak mengetahui apakah tujuan dan faedahnya..
Apalah erti solat jika Allah tidak dikenali...

Seolah-olah bercinta dengan orang asli dalam hutan! buruk dan tidak bernilai..

Tapi jika solat itu disertakan dengan kenalnya diri pada ALLAH..

ia akan jadi cinta indah melebihi cinta suami isteri yang sangat memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing!
lebih kuat dan agung dari cinta seorang ibu pada anaknya!
lebih murni dan suci dari cinta seorang sahabat kepada sahabatnya!

kesimpulan: Solatlah. tapi jangan lupa kenalilah Pencipta anda.

Entri terkenal