Pernah menghadiri konsert? Kawan-kawan pernah tengok suasana konsert? Apa beza suasana di panggung wayang dan konsert?? Ade ke “konsert islami”? Soalan mencabar sikit, “ ade ke panggung wayang islami?”. Baiklah, ini semua soalan untuk kita fikir-fikir semasa muhasabah diri sendiri.
Siapakah contoh teladan yang kita ikuti selama kita hidup atas dunia ini? Hmm, kalau tanya adik-adik sekolah agama, mesti mereka jawab RASULULLAH.. Semua orang sudah tahu, tapi berapa ramai yang ingat dan betul-betul menjadikan Nabi s.a.w itu sebagai ikutan?
Biasa sangat orang beritahu kita Nabi Muhammad itu contoh ikutan, sampai kita pun jadi ‘alah bisa tegal biasa’. Maksudnya, kehebatan dan keindahan akhlaq Rasulullah itu sudah menjadi sesuatu yang terlalu ‘biasa’ kerana kita sentiasa diingatkan demikian. Kita tidak merasa lagi bahawa itu adalah salah satu dari mukjizat Allah atau kurniaan Allah kepada pesuruh-Nya supaya kita berfikir dan teladani..
Baiklah, mari penulis tukar cara untuk mengagumi Rasulullah dan seterusnya menjadikan Rasulullah itu sebagai contoh ikutan kita.
Kawan-kawan kenal tak Britney spring? Eh salah, britney spears? (betul ke eja ni). Leeonardo de kerpiot. aiseh susah betuk nak eja. haaa, David Beckam lah (senang sikit nak eja) uiks, macam salah eja juga ni. Nabi Muhammad juga lah yang senang nak dieja namamnya. Hmm, siapa kah mereka ini? Kenapa mereka muncul?? Kenapa kita nak sangat ambil tahu mengenai mereka ini? Bagaimanakah kehidupan mereka? Apakah jasa yang telah mereka buat sehingga disanjung ‘begitu lalu’ oleh masyarakat dunia? Ini belum lagi kisah Shah Rukh Khan dapat datuk dari kerajaan Melaka kerana ‘mengharumkan’ nama Melaka.
bersambungg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan