Haiii.. Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh..
Apa khabar kawan-kawan pembaca sekalian? Sihat kah iman kawan-kawan hari ini? Wah sudah khatam quran? Baguslah. Oh, baru balik dari masjid? bagus-bagus.. Semoga iman kita sentiasa dipelihara Allah.
Hari ini, mutiara bd sudah mendapat semula kekuatan yang telah diragut beberapa masa yang lalu. Kiranya sekarang, penulis sudah kembali dengan azam baru, semangat baru, suasana baru, kehidupan baru, keimanan yang baru?(eh, iman yang baru?bukanlahh.. maksud penulis; iman yang telah di ‘charge’ kan).
Hehe. semua nya baru. Yang lama hanyalah dunia dan segala isinya.. Kan dunia sudah lama diciptakan Allah..Tidak terdaya kita memperbaharuinya. Hanya iman, semangat, keazaman, ilmu, akhlaq dan kemajuan sahaja yang boleh diperbaharui. Itulah sifat ciptaan Allah.. Ada yang lama dan ada yang baru. Setiap perkara didunia ini ada awalnya. Apabila ada awalnya, sudah tentulah ada akhirnya.. Maka, setiap pertemuan ada perpisahan, setiap kehidupan ada kematian, setiap masalah ada penyelesaian, setiap penyakit ada rawatan, setiap amalan ada balasan, setiap ujian pasti ada hikmah dan jawapan..
Hanya Allah tiada awal dan akhir.. Kerana Dia Maha Kekal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan