Sebelum sambung penulisan, penulis mahu bertanya satu soalan. Apakah cerita terkini sekali dipanggung wayang sekarang? Eh, penulis tidak dapat dengarlah jawapan kawan-kawan tu. Owh, tak tahu ke.. Baguslah kalau tidak tahu. Tidak tahu sebab memang tidak ambil tahu atau sebab tengah sibuk ulangkaji pelajaran?
Hmm, salah ke tahu filem apa yang ditayang di paggungwayang sekarang? (Kadang-kadang, soalan tidak memerlukan jawapan).. Allah kan sudah beri kita aqal. Dengan ilmu, kita boleh gunakan aqal untuk berfikir. Dengan aqal pun boleh menambahkan iman.
Jika kawan-kawan perhatikan betul-betul, ada tak manusia yang menjadi ‘selebriti’, gaya hidupnya boleh dicontohi? Pernahkah kawan-kawan rasa, “aku boleh jadi macam dia, dia memang bagus. Jika aku ikut dia, aku boleh selamat dunia dan akhirat”. Apakah fungsi ‘selebriti’ sebenarnya? .::menghiburkan manusia::. Adakah anda pasti? Sampai manakah mereka berjaya menghiburkan kita? Cuba kita balik pada Surah Adzariyat ayat 56,
“tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-KU”.
Dengan aqal kita yang hebat ini, yang telah kita gunakan untuk belajar sampai masuk universiti, sampai masuk kolej, cuba kita fikir “apakah budaya berhibur itu kena/ tele dengan tujuan kita diciptakan?”. Salah ke berhibur? Bagaimanakah cara yang betul untuk berhibur?.
Kawan-kawan sekalian, kita sebenarnya telah dikelabukan oleh musuh-musuh Islam. Kita di kelabukan dengan beberapa benda (dari sudut hiburan):
- Berhibur mestilah mendengar radio, menonton cd dan wayang, menyanyi dan keluar makan angin (atau makan makanan pun tak kesahlah)
- Kehidupan sebagai ‘selebriti’ sangat indah dan menarik
- Kita mestilah mencontohi orang-orang yang terkenal dan ‘up-to-date’
- Apa orang lain buat selagi masyarakat kata ‘ok’, maka ‘ok’ jugaklah bagi kita
Betul ke macam ni kawan-kawan? Kawan-kawan sedar tak betapa teruknya kesan ‘budaya berhibur’ yang dibawa oleh Barat? kawan-kawan sedar tak? Ayuh kawan-kawan bangunlah.. lihat dengan mata hati dan keimanan. Jika pun kawan-kawan tidak dapat melihat kesan buruk ‘budaya berhibur; itu, cubalah kawan-kawan renung sejenak, (ulang lagi sekali ni) ada tak seseorang dikalangan ‘penghibur/selebriti’ yang seluruh kehidupannya boleh dijadikan sebagai contoh untuk kita sebagai mana Nabi Muhammad?
bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan