Lihatlah betapa berbezanya Nabi Muhammad dan mereka. Kita sudah ada satu contoh yang sangat tepat untuk dijadikan contoh, untuk kita berikan perhatian kepada nya. Tapi kita suka juga nak tengok jung suh (nama pelakon korea ni.. betul ke? tak ingat dah nama yang kawan-kawan selalu sebut dulu). Apakah keuntungan kita memberi perhatian kepada ‘selebriti’?
Kawan-kawan, jom kita cuba buka kan mata hati dan aqal fikiran, Kita sedang masuk perangkap! Kalau masuk perangkap, bukan senang untuk keluar balik. Apakah perangkap itu? .::menjauhkan kita dari Rasulullah::. Kawan-kawan, bila kita jauh dari Rasulullah, bagaimana mungkin kita mahu menerima ajarannya? Yang lebih penting lagi, mungkinkah untuk kita rasa kagum dengan keperibadiannya? Mudahkah kita untuk menurut segala perbuatan dan tindak tanduknya?
Kawan-kawan ada kawan baikkan? Mengikut pengalaman kawan-kawan, yang manakah lebih senang untuk kita hulurkan bantuan; jika kawan baik meminta tolong dari kita atau orang di tepi jalan meminta tolong? Sudah tentulah kawan yang kita kenali itu lebih mudah kita tolong. Orang tepi jalan? silap-silap dia pulak bawa mudharat pada kita.. Kan?? Betul tak? Kawan-kawan boleh faham tak analogi ini?
Kalau kita tidak kenal Rasulullah, mana mungkin kita mahu menurut segala ajarannya. Atau jika kita tidak sayang pada Rasulullah, mungkinkah kita meniru segala akhlaqnya? Haii, memanglah mustahil kan?
Analogi senangnya, kalau kita tidak tahu asal-usul orang itu, senang-senang ke kita nak ikut cakap dia? Tapii, itu orang yang tidak dikenali. Ini Rasulullah laaa. Nabi Muhammad s.a.w. Ade ke orang yang masih tidak pernah dengar nama Muhammad bin Abdullah? Sejak kecik lagi kita di dedahkan dengan cerita kelahiran Rasulullah pada tahun Gajah, masakan tidak terdetik dalam hati untuk betul-betul mengenali siapakah baginda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan