Bagaimana kita mahu suburkan rasa cinta dan kasih pada Rasulullah?
Adakah kita mahu menunggu ustaz-ustaz dan rakan-rakan yang berilmu untuk datang memberitahu?
Atau duduk sambil berehat menantikan hidayah Allah?
Bagaimana kita mahu buktikan pada Allah yang kita berusaha mencapai matlamat hidup jika kita hanya menunggu dan berhibur? Lebih teruk lagi, jika kita hanya sibuk berhibur dan menguruskan kehidupan dunia (lansung tidak mengambil tahu mengenai kehidupan akhirat)
Andai kita tidak perlukan Rasulullah, sudah tentu Allah tidak akan mengutuskan beliau. Bukankah Allah itu pencipta kita? Allah tahu apa yang kita perlukan dan apa yang kita tidak perlukan.
(Kita perlukan Rasulullah, dan kita tidak perlukan ‘selebriti’)
Analoginya, apabila kita menyempurnakan sesuatu ‘assignment’, hanya kita sahaja yang benar-benar tahu maksud setiap ayat yang kita gunakan di dalamnya. (Tidak boleh diaplikasi jika ‘assignment’ itu hanya di ‘salin dan tampal’). Analogi ini hanya untuk orang yang betul-betul menyempurnakan ‘assignment’ sahaja.
Kesimpulannya, kita perlukan Rasulullah untuk menjalani hidup atas dunia ini. Kita perlu kenal siapa Rasulullah. Kita perlu sayang dan kasih pada orang yang banyak berjasa untuk kita.
Jika bukan dengan jasa dan pengorbanan Rasulullah, mungkinkah untuk kita mengetahui tujuan hidup kita? Tanpa Rasulullah, hancurlah dunia ini kerana dosa dan maksiat yang manusia lakukan.
Ingat Rasulullah bukan masa maulidurasul je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan