Isnin, 6 April 2009

KHADiJAH 1

Siapakah Khadijah binti Khuwailid? Mesti semua orang dah tahu kan.. Bila dah tersebut nama Khadijah Khuwailid dalam entri sebelum ni, rasa macam rindu sangat dengan Rasulullah s.a.w. Cuba bayangkan Rasulullah masih ada di sekeliling kita sekarang.. Agak-agak ada tak manusia yang berani ponteng kelas? ops. salah, ada tak manusia yang masih tidak mahu menerima hakikat kebenaran agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah? Agak-agak kawan-kawan lah, macam mana lah perasaan Rasulullah bila tengok umat nya pada zaman kita ini?

Sekarang ni mana kita nak cari wanita macam Khadijah Khuwailid, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu Bakr, isteri Zaid bin Harithah (kalau tak salah namanya ummu aiman, penjaga Rasulullah masa ibu baginda meninggal di Abwa’), Khaulah bin Al-Azwar (dia menyertai perang dan Khalid Al-walid ingat dia lelaki -sebab tutup muka, tentera muslim tidak tahu sebenarnya perempuan) dan ramai lagi..

Penulis mahu jadi macam mereka.. Iman mereka besar dan kuat. Mereka sangat mulia kerana iman mereka pada Allah. Mereka mulia bukan kerana pandai, mulia bukan kerana cantik, mulia bukan kerana keturunan, bukan juga mulia kerana berharta, tapi mereka MULIA KERANA IMAN KEPADA ALLAH. Kawan-kawan pun mesti mahu jadi macam mereka kan..

Itu wanita. sama jugak lah dengan lelaki. Mana mahu dicari mukmin sejati seperti Abu Bakr, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Mus’ab bin Umair, Ikrimah bin Abu Jahal, Huzaifah Al-Yamani (penyimpan rahsia Rasulullah), Salman Al-Farisi (Mencari kebenaran dari Parsi hingga ke Madinah), Anas bin Malik (periwayat hadis Nabi s.a.w), Usamah bin Zaid (Mengetuai angkatan perang semasa masih muda), Saad bin Abi Waqas (Doanya dimakbulkan Allah) dan ramai lagi..

bersambung..

Tiada ulasan:

Entri terkenal