Bercakap tentang hati, adalah bercakap sesuatu yang abstrak. Sesuatu yang tidak dapat dilihat serta dipegang secara fizikal.
Jika cermin kotor, ia senang dilihat. Jika baju terkena gulai, mudah sekali untuk kita mengesannya.. Begitu juga dengan rumah yang tidak bersapu.. habuknya senang dilihat.
Tapi kalau hati kita kotor? Bagaimana mahu dikesan? Hanya apabila sesuatu kelihatan kotor, barulah kita dapat membersihkannya..
Tempat persinggahan yang kotor menyebabkan kita tidak selesa menginap di dalamnya.., Bagaimana pula jika kita sentiasa membawa sesuatu yang kotor bersama setiap hari? Selesakah kita?
Dengan bahasa mudah, selesakah kita berbaju sama tidak berbasuh sehingga bertahun-tahun? Hehe. (Ekstrim pulak perumpamaan). Oklah jika tidak bertahun pun, berhari-hari pun sudah cukup untuk merasa tidak sedap duduk.. kan?
Hati kita Allah yang cipta, tapi kita yang diamanahkan menjaganya.
Rumah perlu dibersihkan dalam setiap jangkamasa tertentu. Begitu juga baju. Setelah dipakai mengikut kekerapan tertentu, ia akan dibasuh. Cermin; jika kelihatan kotor, maka kita akan berusaha menghilangkan kotoran yang terlekat.
Apa jadi dengan rumah, baju dan cermin jika kotoran yang ada dibiarkan? Hmm, mulalah kita menonyoh dengan kuat hingga sakit tangan.. betul tak? Maksudnya; susah sekali untuk dibersihkan..
Begitulah juga dengan hati kita. Jika ia kotor dan tidak dibersihkan segera, maka penatlah kita ‘menyental’ untuk membersih. Selain itu, dengan hati yang kotor, ia menjadi rumah yang sangat tidak selesa untuk perkara baik dilakukan didalamnya. Cahaya Allah tidak akan dapat menempati hati yang kotor dan hitam.. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan dunia tanpa cahaya Allah? Mampukah kita??..
Isnin, 13 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
Wanita solihah yang lasak? Lebih selesa ber t-shirt? T-shirt labuh kembali lagi. ingin tahu lebih lanjut. Sila berhubung dengan KHADIJAH WH....
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Kamilah barisan mujahid Barisannya muda perkasa Berjuang untuk menjadi syahid Iman dan taqwa pengisi jiwa Allah Matlamat kami A...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Allah itu satu tanpa rupa TIdak berteman dan tidak berputra Tidak beribu dan tidak berbapa Iaitu Allah tuhan yang Maha Esa. Ikan warna warni...
-
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.. Setelah mengetahui serba sedikit keutamaan kisah benar dalam al-Quran berbanding kisah benar dala...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Kisah 1 Syed Muhammad Nuh.. Penulis lebih 20 buku ilmu agama.. Ditakdirkan Allah meninggal kerana penyakit kanser. Antara petikan...
-
Ada fesyen orang, tidak perlu cakap terus terang. Buat aksi sikit sudah faham. Walaupun kadang-kadang salah faham dan terlebih faham. Ada ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan