Sabtu, 4 September 2010

Temanku yang mamai... BANGUNLAH

Sepatutnya temanku yang lalai.. Tapi saja guna mamai sebab orang yang lalai dari agama adalah serupa macam orang mamai dari tidur.

Wahai teman
Aku tahu kamu bukan jahil
Aku juga tahu, kamu bukan tidak tahu..
Kerana itu aku mahu mengejutkan kamu.

Wahai teman
Bangunlah.. Aku tetap akan berusaha mengejutkan kamu,
Walau apa pun yang kamu lontarkan padaku,
Kerana aku tidak mahu
kamu meninggalkan dunia ini sebagai tahu tapi tidak mahu

Wahai temanku,
Hayatilah Al-quran yang kamu baca itu
Aku pasti kamu mampu
Jika kamu mahu

Wahai temanku
Aku tahu kamu tahu sesuatu
Sampaikanlah pada yang memerlukan petunjukmu
Usahlah malu
Sudah menjadi kewajipan kita memberitahu
Pada orang yang tidak tahu dan tidak mahu

Wahai temanku,
Tiada apa yang hina dengan ilmu agamamu
Ilmu agama itu sebenarnya memuliakanmu
Oh andainya kamu menyedari duhai sahabatku
Tepislah bisikan syaitan sedaya upayamu
Janganlah biarkan nafsu diri merajai hatimu

Wahai temanku,
Walaupun aku sedih melihat kemamaian kamu,
Aku tetap akan berusaha membangunkanmu
Aku tidak mahu kamu cedera kerana kelalaianmu..

Temanku bangunlah.. Aku mahu kamu menjadi teman seperjuangan dalam mengejutkan berjuta manusia lain yang sedang mamai dibuai mimpi tipu daya syaitan..

OH TEMANKU BANGUNLAH DAN BERBUATLAH SESUATU SUPAYA KAMU MENJADI ORANG YANG MAHU..

Tiada ulasan:

Entri terkenal