Rabu, 8 September 2010

Kesan dosa dalam hidup

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupakan (perintah) Allah, lalu Alllah, menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasiq”

Surah Al-Hasyr: 19

Kali ini tulisan penulis merujuk pada sebuah buku terjemahan dari tulisan Ibnu Qayyim; Kesan dosa dalam hidup. BEST sangat. Antara siri buku penyucian jiwa yang menarik lagi best dari buku la tahzan tulisan Dr Abdullah Aidh Qarni.

Bila berbuat sesuatu dosa, kita hanya fikir kita akan dibalas di akhirat. Mungkin kita silap dalam hal ini dan buktinya adalah dari surah Al-Hasyr di atas..

Allah memberi amaran pada kita supaya tidak melupakan Allah. Kerana, kita akan dilupakan Allah jika kita berlaku demikian. Hai, kalau orang tidak istimewa dalam hidup pun terlupa kita, kita dah sedih semacam.. Inikan pula Allah lupa kat kita.. BOLEH BAYANG KE HIDUP TANPA ingatan dari Allah??

Allah bukannya rugi apa-apa kalau kita lupakan DIA. Kita manusia inilah yang tersangat ruginya. Kan??

Bagaimanakah caranya kita melupakan Allah?

Ala usah tulis panjang, bukan orang nak baca sangatkan. Gini je senang.

Caranya: Ikut segala kehendak hati tanpa berfikir dan tidak berusaha untuk menjadi orang yang berilmu dalam setiap perkara yang dia lakukan di dunia ini.


Pendek lagi: Menurut bisikan syaitan dan hawa nafsu tanpa berusaha mengenali Allah dan perintahNya.

Hmm, rasa macam sudah cukup jelas. Bila kita lupa Allah, maka Allah pun lupakanlah kita. Hasilnya, makinlah kita dikuasai nafsu dan syaitan.. Huhu.. seterusnya, terlupa lah kita pada amal-amal kebaikan yang SEPATUTNYA dapat MENYELAMATKAN KITA dari KEMURKAAN ALLAH dan SEKSA DI HARI AKHIRAT KELAK.

Kan perit tu? Sedihnya kalau Allah lupakan kita. Tak mahu Allah lupakan kita. Biarlah terlupa benda-benda lain pun, janji Allah sentiasa dalam ingatan. (Itu kalau dah pelupa sangatla..)

Tapi biasanya, bila kita ingat Allah, kita akan jadi kurang pelupa, lagi-lagi dalam hal yang melibatkan ibadah kita sebagai hamba Allah.. Sekian dahulu bebelan hari ini. Jumpa lagi dihari dan waktu yang lain.

Tiada ulasan:

Entri terkenal