Raya datang lagi.. Disetiap hujung ibadah wajib, Allah telah mensyariatkan pada hambaNya untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih..
Sebab itulah.. (kalau kawan-kawan perasan), kita akan berzikir setiap kali selepas solat, lepas puasa sebulan, lepas sempurna menunaikan haji.. perasan tak? Kan-kan?
Hmm sebenarnya berzikir adalah salah satu dari cara membersihkan hati. Dari kita mengulang ingat perkara-perkara yang mengguris dan menyakitkan hati.. lebih baik kita berzikir dan mengingati Allah. Bersih hati, hidup pun gembira dan bahagia.
Susah untuk memaafkan, tapi indah dan manis jika ia dilakukan. Ketika terasa dizalimi, hati meronta untuk meminta pembelaan. Berbekalkan sedikit iman dan keyakinan pada Allah dan hari Qiamat.. segala rasa itu berjaya dihilangkan. Kezaliman orang pada kita pastikan dituntut bela. Usahlah resah dan gelisah dengan ‘keselesaan’ dan ‘senang hatinya’ orang-orang yang zalim. Mereka sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri, kerana kelak mereka yang bakal menanggung akibat dari perbuatan zalim mereka selama hidup di dunia..
Ingatlah, doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan Allah. Berdoalah pada Allah untuk mendapatkan rahmat Allah diakhirat kelak. Bukankah cita kita untuk mendapat keredhaan Allah?? Tiada yang lebih utama dari tujuan itu.
Maka, memaafkan salah insan lain yang kekurangan adalah salah satu dari cara membersihkan hati.. Ada banyak lagi cara lain untuk membersihkan hati. Cuma untuk entri kali ini penulis mahu kongsi kan 2 cara sahaja. Satu yang senang dan satu yang agak susah. Tapi dua-duanya berbaloi. Selamat mecuba!
Dengan ini, penulis mohon maaf pada yang pernah ‘merasai’ kekurangan penulis dan insya Allah telah penulis maafkan segala kekurangan insan lain yang dirasai penulis. Kerana Allah Maha Pengampun dan Pemaaf.
Rabu, 15 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
menghayati cerita memang menarik. mungkin kerana itulah manusia suka sangat masuk panggung wayang.. menikmati cerita kehidupan impian.. ...
-
Assalamualaykum warahmatullah.. وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوك...
-
Usaha pertama: 2 orang sahabat keluar bersama dengan niat untuk melakukan 'street dakwah'. Hampir setengah jam berjalan di ...
-
Hai kawan-kawan. Apakabar hidup sekarang? Bahagiakah, sedihkah.. Walau apa pun perasaan kawan-kawan, ingatlah Allah sentiasa bersama dengan ...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Masih terngiang-ngiang nasyid di zaman kanak-kanak "Wahai kawan-kawan mari dengar cerita.." "Kisah Nabi Yunus dalam ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan