Sabtu, 25 September 2010

Kesopanan guru dan murid

Sekarang penulis mahu sambung hal seterusnya yang terdapat di dalam buku INDUK PENYUCIAN JIWA.

Oh sebelum itu, mahu diperingatkan, segala tulisan penulis adalah mengikut tahap kefahaman singkat penulis. Jika ada sebarang kesalahan dan keraguan, silalah bertanya pada yang lebih pakar atau bacalah buku tersebut..

Siapakah GURU?
Dia adalah orang yang pandai menasihati, berpengetahuan dalam agamanya serta mampu menyucikan roh. (perasan tak maksud guru ni orang berpengetahuan dalam agamanya.. maksudnya bukan ustazah je yang perlu menjadi orang yang berpengetahuan dalam agamanya)

Seterusnya, siapakah alim robbaniy? Atau dengan perkataan lebih mudah; orang berilmu ketuhanan..
Dia adalah orang yang mampu mengubati penyakit di zamannya.

Apakah penyakit itu?
Acuh tidak acuh, Fanatik, Jumud (membeku), Lorat, hilang khusyuk/ketenangan jiwa, cinta dunia dan takut mati (wahn)

Bersambung..

Tiada ulasan:

Entri terkenal