Isnin, 20 September 2010

Sucikan hati, itulah orang berjaya

Apabila penulis bercakap mengenai jiwa yang suci bukan bermaksud penulis mempunyai jiwa yang sangat suci. Tetapi ia bermaksud pentingnya menyucikan jiwa terutamanya manusia yang penuh dengan dosa seperti kita.


Penyucian jiwa termasuk salah satu perkara/risalah yang dibawa oleh para rasul utusan Allah.


“Ya tuhan kami, utuskanlah seorang rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka. Sungguh Engkaulah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana”

Surah Al-Baqarah: 129

Maka demi merealisasikan penyucian jiwa, kita memerlukan pendidikan dan latihan yang terus menerus..

Dalam hidup kita sebagai manusia, terdapat 2 jenis pembaharuan. Dalaman dan luaran. Pembaharuan dalaman itulah diklasifikasikan sebagai penyucian jiwa.

Cukup dulu setakat ini. Baju kena basuh, jiwa pun kena basuh jugak. Konsepnya sama. Yang kotor perlu dibersihkan supaya hidup lebih selesa.

Tulisan kali ini berpandukan rujukan yang bertajuk “INDUK PENYUCIAN JIWA” tulisan Said hawa. Buku ini sebenarnya ringkasan tulisan Imam Ghazali berjudul Bimbingan Mukmin.

Tiada ulasan:

Entri terkenal