Taknaklah pakai tudung labuh.. nanti orang panggil aku ustazah.
Mana bergaya pakai tudung labuh.. takde batu. Tak cantik. Nanti takde orang berkenan.
Malasla nak baca Quran, bukan faham pun. Dah la salah banyak. Buat tensyen je.
Eh tak beranilah nak buat amar ma’ruf nahi munkar, nanti orang lawan balik.. Mana boleh main redah je. Mestilah menjaga hati sahabat dan teman-teman..
Tak boleh tahan la nak makan KFC dan McD. Biarlah. Buat tak ingat je kempen boikot tu.
Kawan-kawan.. sahabat-sahabat dan teman seperjuangan..
Dalam usaha kita melakukan sesuatu untuk memenuhi perintah Allah, perkara pertama yang perlu wujud dan diwujudkan adalah: MENGENALI ALLAH.
Bagaimana kita mahu menyintai seseorang jika kita lansung tidak mengenali si DIA? Bagaimana kita mahu menurut segala kehendakNya, jika CINTA tidak pernah ada dalam diri kita??
Betapa berharga dan istimewanya diri apabila dapat mengenali seseorang yang menjadi tumpuan ramai. Dan kita merasa sangat rugi apabila tidak mengenali seseorang yang ternama dan terkenal seluruh dunia.
Marilah kita renung sejenak. Redhakah kita bertuhankan Allah? Gembirakah kita bernabikan Rasulullah s.a.w? Betapa muliakah kita rasakan dengan menurut segala perintah Allah??
Allah memerintahkan kita jujur, TAPI. Betapa bodohnya kita rasa, apabila hanya kita sahaja bertindak jujur.
Allah memerintahkan kita menutup aurat dan melabuhkan tudung menutupi dada. TAPI kita rasa itu tidak cantik dan kurang menarik.
Allah beri Al-Quran sebagai panduan, TAPI kita abaikan saja mukjizat yang penuh dengan hikmah ini..
Rasulullah berpesan supaya berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, TAPI tidak pernah kita kisah untuk memahami kedua-dua petunjuk ini..
Malunya kita untuk memberi peringatan pada manusia supaya mengingati Allah.. Redhakah kita bertuhankan Allah???
Kita malu dicop baik.. kita malu dituduh skema..
Redhakah kita dengan segala perintah Allah??
TAPI dan TAPI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan