Sabtu, 25 Jun 2011

Cuba kira banyak mana

Assalamualaikum warahmatullah..

Apakhabar iman kita. Adakah kita benar-benar telah merendahkan diri pada kebenaran dan kekuasaan Allah?.. ok itu cumalah muhasabah bangun tidur.

Ayuh kita buka Al-Quran. Jom kita bilang banyak mana kisah-kisah yang telah Allah ceritakan pada kita.

Kisah Nabi & Rasul


Nabi Ulul Azmi - Musa a.s, Isa a.s, Ibrahim a.s, Nuh a.s, Muhammad s.a.w


Lain-lain Nabi.

  1. Nabi Adam a.s - ceritanya sudah WELL KNOWN kan? tapi berapa banyak pengajaran kita sudah ambil?
  2. Nabi Yusuf a.s - Nabi hensem dan kacak, dialah yang membawa Bani Israil ke Mesir..
  3. Nabi Yunus a.s - Nabi yang ditelan ikan paus
  4. Nabi Sulaiman a.s - Nabi yang memahami bahasa binatang dan berkuasa keatas angin
  5. Nabi Daud a.s - Nabi yang bersuara sedap, ayah Nabi Sulaiman
  6. Nabi Khidir a.s -Nabi yang ditemui Nabi Musa
  7. Nabi Uzair a.s - Nabi yang dituduh anak Tuhan oleh segolongan Bani Israil
  8. Nabi Soleh a.s -Nabi yang punya unta sebagai mukjizat
  9. Nabi Hud a.s - Alamak?! tidak ingat cerita apa.
  10. Nabi Syuaib a.s - kaumnya suka menipu dalam timbangan
  11. Nabi Ya'kub a.s -ayah nabi Yusuf, menangis sampai buta kerana sikap anak-anaknya
  12. Nabi Lut a.s - kaumnya adalah yang suka berbuat sodomi

Apa kisah Nabi-nabi dan Rasul ini? Tahu semua sudahkah?..Jika tahu sudah menjadi pengajaran dan panduan dalam hidupkah?

Itu belum lagi tanya kisah Nabi Ishaq a.s, Nabi Ilyas a.s, Nabi Zulkifli a.s, Nabi Ilyasa' a.s, Nabi Daniel a.s etc..


Kisah wanita beriman

Asiah isteri firaun.
Maryam ibu Nabi Isa.
Kisah fitnah Aisyah.
Tukang sikat Firaun, Masyitah.


Kisah Lelaki soleh

Luqman, Zulkarnain, lelaki yang menyembunyikan imannya di zaman fir'aun, lelaki yang memberi nasihat pada Nabi Musa a.s, lelaki yang Allah kata mereka antara yang benar dalam janji mereka, pemuda kahfi [ashabul kahfi], pemuda parit berapi [ashabul ukhdud]..


Kisah wanita jahat tidak beriman

Isteri Nabi Nuh a.s


Kisah lelaki ingkar dan tidak mahu beriman

  1. Fir'aun -siapa tak kenal? Tapi berapa ramai yang bersikap macam dia?
  2. Qarun, 
  3. Raja Namrud, 
  4. Anak Nabi Nuh a.s, 
  5. Kaum 'Ad, kaum Tsamud, Kaum Lut, 
  6. Sebahagian Bani Israil yang mengingkari suruhan Nabi-nabi dan membunuh mereka.
  7. kisah anak Nabi Adam a.s, 
  8. Kisah pemilik kebun yang takabur, 
  9. Abu Lahab bapa saudara Rasulullah s.a.w, 
  10. Kisah orang-orang kafir yang berusaha melawan kerja-kerja dakwah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a


Hmm banyak lagi kisah yang tidak tersebut.. Kenal kah kita dengan semua ikon-ikon ini?? Alangkah malangnya hidup jika kita lebih kenal artis-artis dan pelakon dari mereka yang Allah ceritakan dalam Al-Quran.

Tiada ulasan:

Entri terkenal