Isnin, 27 Jun 2011

Fuiyo, bagi kat dia la kalau bab..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi ini mahu sambung lagi muhasabah pagi. Penulis rasa mahu letak nama untuk siri muhasabah pagi penulis. Boleh ke? Wah, begitu berdiplomasi mutiara bd ini sehingga mahu letak singkatan untuk muhasabah pagi pun bertanya kepada pembaca ya. [jangan tertipu, ini hanya ayat menyindir diri sendiri]. Pendapat orang lain sangat penting. Jika tidak, kita akan jadi tertutup kan?

Ok, kita jadikan MUGI [MUhasabah paGI]. Boleh? Adakah ia telah menjadi perkataan jepun, cina atau korea dengan maksud yang tidak penulis ketahui?.. Sila beritahu jika singkatan yang di gunakan ini tidak sesuai. Sekian terima kasih.


Apakah MUGI kita hari ini?

Sudah gosok gigi kah wahai orang Islam sekalian?.. Ok soalan ini nampak macam sedikit kelakar dan kebudak-budakkan ye..?! Maka silalah jangan bersikap kebudak-budakkan dengan datang ke tempat kerja atau belajar dengan TIDAK MENGGOSOK GIGI..!

Sabda Rasulullah s.a.w "Kebersihan itu sebahagian dari iman" 

Ada satu lagi sabda Rasulullah, tapi tidak ingat matan lengkapnya. Tapi isinya menyatakan; kalau tidak membebankan ummatku, pasti akan ku wajibkan bersugi setiap kali sebelum bersolat [ke wudhu.. tak ingat dah]

Haduh. Gigi itukan perhiasan muka. Tidak perlu mekap tebal, gincu merah, minyak wangi semerbak.. cukup dengan gigi bersih. Alhamdulillah sejuk mata memandang.. lapang hidung berbau..

Itu sahaja untuk entri hari ini.

Tiada ulasan:

Entri terkenal