Isnin, 6 Jun 2011

Cakap orang je tahu

"Hui.. dia tu berubah terus?!"


"Lain betul dah sekarang!"

Ok, itu hanyalah salah dua dari banyak-banyak komen yang pernah penulis dengar. Kalau di ambil dari sudut positif, bahagia dan gembiralah. Jika di ambil dari sudut negatif dan buruk, sedih dan kecewa lah seorang diri.

Maka saya pilih untuk gembira. Ya, kita semua boleh pilih untuk gembira. Apa faedah layan orang cakap? Lagi-lagi komen yang datang dari orang yang hanya tahu memberi komen..

Dahulu, penulis sangat pelik dengar cerita orang ikut usrah dan tarbiyyah ni.. Apakah kisahnya? Jom kita lihat

Kisah 1

Sekumpulan pelajar duduk satu rumah. Mereka semua adalah pelajar di sebuah universiti tetapi berlainan jurusan. Lain jurusan lain waktu peperiksaannya. Maka al-kisah pada suatu hari, seorang saudari ini telah masuk ke dalam biliknya balik dari peperiksaan dan wah! terkejut.. baju kotornya sudah terlipat kemas, bersih dan wangi. Siapa buat? Tidak tahu. Yang pastinya, ada seseorang dalam rumah itu yang telah membantunya membasuh, menjemur dan melipat kainnya..

Kisah 2


Dalam sebuah rumah, semua pelajar. Penghuni A mengambil penyapu dan bersungguh-sungguh menyapu. Tiba-tiba ia disedari penghuni B. "Eh kamu ni menyapu macam saya tiada disini" kata penghuni B sambil mengambil penyapu dan meneruskan kerja-kerja menyapu. Setelah menyapu hampir separuh, datang penghuni C dan berkata, "biar aku pula sambung"..

Kisah 3

Dulu, dia tu pakai JEANS KOYAK! sekarang.. Cerita isu palestin kalah kita yang selalu ikut perkembangan terkini kejadian di seluruh dunia.

Kisah 4

Dahulu, ana ada kenal seorang akhawat. Cakap ganas, tidak kisah dengan siapa dia bercakap. Pendek kata berani mati dan lansung tidak pandai berlemah lembut. Tapi sekarang, dialah paling bertoleransi dengan orang. Sungguh penyabar!

Kisah 5

Tudung?! Sekejap pakai, sekejap tak pakai.. Usrah? Hanya mengenali usrah selepas menjejak kaki ke universiti. Ya Allah? Biar betul itu sejarah hidup dia? Tahu tak, ini orang yang sudah menghasilkan 3 orang anak yang hafiz Quran..

ok, itu hanyalah kisah-kisah ringkas para manusia yang mengikuti tarbiyyah. Belum lagi cerita sahabat-sahabat dan para tabi'in.

Kisah 1 & 2 adalah kisah ajaib bagi penulis semasa mula-mula berjinak dengan tarbiyyah. Ada ke manusia macam tu atas dunia ini?.. Punya bagus tolong basuh baju orang.. Lain lah kalau dia tumpang pakai sekali. Berlumba buat kerja rumah? Lagilah.. Apakah "kuasa" yang sedang memegang mereka hingga hati mereka begitu mulia?..

Kisah 3 hingga 5 pula. Subhanallah! Bagusnya mereka. Berubah. Berubah menjadi manusia beriman pada Allah. Jika mereka punya kesombongan dalam hati.. Mana mungkin mereka akan berubah. Apakah "kekuatan" yang ada pada mereka?

Di ulangi.. Itu belum cerita sahabat dan para tabi'in. Belum cerita tokoh-tokoh pembawa dan pendokong Islam selepas generasi sahabat dan tabi'in..

Lihatlah bagaimana Umar Tilmisani berubah dari orang kaya tak boleh duduk atas kerusi debu hingga jadi orang yang sangat zuhud sebelum dia meninggal. Syed Quthb yang punya fikiran pelik akhirnya MATI syahid di tali gantung kerana mempertahankan kebenaran..

Khalid Al-Walid yang begitu kejam mengalahkan ummat Islam semasa perang badar.. tetapi telah mengetuai berpuluh pasukan perang selepas keislamannya dan begitu bersungguh mahu mati syahid.

Banyak lagi kisah lain.. Kisah manusia tawadhu berubah setelah mendapat cahaya petunjuk dari Allah. Apa maksud tawadhu'? Tunduk pada kebenaran walau dari mana pun ia datang.. Ya, mereka ini orang-orang yang merendahkan hati mereka pada Allah. Bukan pada manusia..

Mereka berubah kerana IMAN pada ALLAH.

Bukan untuk di kenali sebagai pejuang agama. Bukan untuk disanjung. Bukan untuk harumnya nama setelah mati.. Bukan untuk dipercayai orang.. Bukan untuk mendapatkan ramai kawan.. Bukan untuk menjadi terkenal sebagai "golongan baik-baik"..

Kita sibuk mengata orang.. apa kita buat? Sibuk suruh orang berubah.. kita berubah tak? hmmm.. 
Kalau kita rasa kita sudah cukup berubah, itu bermaksud, masih ada sesuatu yang tidak kena pada TUJUAN KITA BERUBAH..

Tiada ulasan:

Entri terkenal