Ahad, 26 Jun 2011

Jom korek lagi

Assalamualaikum warahmatullah.

Amboi.. bab korek rahsia orang pandai betul. Allah bagi telinga untuk pasang telinga & dengar orang berbisik ke? Atau kerja kita korek rahsia dan keaiban orang kah?

Mulut Allah beri untuk sebar keburukan orangkah?.. Atau untuk melepaskan geram sewenangnya pada orang yang mendidihkan hati kita??

Ok, itu hanyalah muhasabah pagi-pagi hari. Ye lah kita ini bangun pagi, apakah perkara yang pertama kita fikir ye..

Baca Quran atau
baca buku cerita..

Ingat Allah atau
ingat orang tersayang..

Kerja-kerja dan urusan dunia atau..
eh aku nak bersolat..

Habislah hari ini sibuk lagi.. atau..
Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku bertaubat hari ini..

Bersyukur dan bertasbih pada Allah atau
Allahu akbarrrr.. hari ini kena mengadap muka tuuu lagi?!

Jom korek pada tajuk itu mahu memberitahu jom korek lagi isi Al-Quran. Adakah cukup dengan hanya tahu kisah-kisah yang ada dalam Al-Quran sahaja??.. Ada banyak lagi hal lain yang Allah cerita.. dan kisahkan untuk kita hamba-hambaNya.

Jadi, bila bangun pagi esok sila ingat, MASIH BANYAK AYAT QURAN TIDAK KITA AMALKAN.. Nak amal macam mana mutiara bd oiii.. faham pun tidak.. ok, maka MISI selepas BANGUN TIDUR adalah FAHAMI ISI AL-QURAN! Bangun je tidur, ingat! banyak lagi isi al-Quran yang perlu aku fahami hari ini.

Ini mahu menambah sedikit. Al-Quran itu BEST TAU! Tak boleh nak digambar dengan kata-kata apatah lagi dengan gambar-gambar yang tidak berkenaan.

Tiada ulasan:

Entri terkenal