Rabu, 8 April 2009

KHADiJAH 2

Tiba-tiba rasa rindunya dengan semua tokoh-tokoh ini. Penulis mahu sangat-sangat berjumpa dengan mereka. Mereka adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran, dan kemudian mempertahankan kebenaran sehingga ke akhir hayat mereka. Sahabat-sahabat inilah yang berjuang menggunakan segala anugerah Allah pada mereka untuk mempertahankan Islam. Sehingga ada dikalangan mereka yang dijamin menjadi ahli syurga.

Untuk berjumpa mereka, penulis pun mesti jadi macam mereka. Kalau tidak, mana mungkin boleh bertemu dengan mereka. Mereka semua mesti lah di tempat kan di syurga.. Jika penulis banyak berbuat dosa, susah lah penulis mahu berjumpa mereka di akhirat nanti.. Kawan-kawan semua pun mesti rindu dengan mereka kan??

Kawan-kawan kenal tak dengan orang yang penulis sebut tu? Tak pe, kalau tidak kenal, nanti penulis kenalkan.. tapi dalam entri yang lain lah..

okay, wasalam.

p/s: sahabat-sahabat Nabi s.a.w adalah orang yang sepatutnya kita kagumi dan contohi. Kalau kita sudah kagum pada Anwar Ibrahim dan Dr,Mahathir Muhammad, apatah lagi sahabat Nabi s.a.w.

Tiada ulasan:

Entri terkenal