Rabu, 1 April 2009

Tulis dan bikin

Okay setelah memilih berbagai-bagai tajuk dan cara untuk mengajak kawan-kawan pembaca menyuburkan rasa cinta pada Allah, hari ini, penulis ingin berkongsi rasa dengan penulis.

Agak-agak kawan-kawan lah, apa yang selalu berlegar dalam kepala penulis setiap kali penulis menulis dan membaca semula setiap entri yang ditulis oleh diri sendiri?

Okay-okay, tak usah mengagak, ini penulis mahu beritahu. Ini lah yang bermain-main dalam fikiran penulis;

  1. aku tulis ni, aku buat ke tak?
  2. aku ingatkan orang lain, aku ingat ke tak?
  3. Aku ni macam lah bagus sangat nak tulis benda-benda gini..
  4. betul ke aku pakai cara ini boleh menyentuh hati manusia?, ke manusia jadi lagi menyampah

Ini fikiran yang agak membebankan diri penulis. Manakala yang tidak membebankan adalah;
  1. takpa, aku tulis ni, aku sendiri baca, aku sendiri boleh ingatkan diri sendiri. Ye lah, nak harapkan orang lain ingatkan kita? bukan tak de, tapi jarang sangat ada orang yang berani dan betul-betul nak ingatkan kita.. ye tak? tak setuju tak pe.. ini pendapat dan pengalaman penulis jerrr. Selain itu, apa lagi yang penulis terfikir?
  2. Aku dah cuba sebaik mungkin untuk mengenalkan manusia pada Allah, pada Islam, pada keimanan.. ini salah satu cara.. menulis dalam blog.. orang tersentuh ke tidak, itu dia punya fasallah (*ops*, terganas pulak).. yang penting Allah melihat dan memandang usaha aku. Ye lah, kalau penulis penat-penat luangkan masa menulis, berfikir dan berusaha menyebarkan Islam, tapi Allah tidak heran kan usaha penulis, apalah makna semua perbuatan penulis..
  3. kalau orang tak heran tak pe.. yang penting Allah heran..

Salah satu ciri generasi Rabbani adalah “bermanfaat untuk orang lain”. Entah bermanfaat ke tak, hasil tangan penulis ini. Bukan senang nak jadi bermanfaat untuk masyarakat.

Sekurang-kurangnya, penulis terasa tulisan penulis membantu diri sendiri mengingatkan diri kepada Allah, suruhan dan larangan-Nya..

Allah is THE MOST IMPORTANT in our life..

(Bukan memandu di lebuhraya sahaja perlu kan R&R, menjalani hidup di dunia ini juga perlukan R&R).. Apakah R&R itu?

Tiada ulasan:

Entri terkenal