Ahad, 30 September 2012

macam bagus

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..

oloh, tulis blog tu macam bagus sokmo.

terjemahan:
tulisan dalam blog tu, macam bagus je.

Hai dah taklarat dah nak layan bisikan syaitan tau..
kadang-kadang "termakan" juga bisikan syaitan..
Astaghfirullah..

Ginilah nak bagi tenang hati dan nak bagi hati itu lebih ingat Allah.
dari mengomplen sana-sini..

eloklah seseorang itu tulis macam bagus walaupun kat luarnya nakal macam tembikai.. sekurang-kurangnya dapat juga pahala buat baik dan semoga penulisan itu akan menjadikan dia kurang tembikai di luar nanti.. InsyaALLAH.

Sabtu, 29 September 2012

Perempuan itu...

Pada suatu hari..
Umar Al-khattab r.a telah ditahan oleh seorang wanita tua..
lama betul.. layan wanita tua itu bersembang..
(sembang tu berbual la >> kot ada orang tidak faham maksud bersembang)..

Hingga para sahabat lain bertanya:
Wahai umar r.a, mengapa begitu lama sekali engkau melayan wanita tua ini??

Umar r.a menjawab;
Kamu tidak kenalkah dengan siapa aku sedang bercakap?
Inilah wanita yang didengari pengaduannya oleh Allah, sehingga turun ayat pertama surah Al-Mujadilah..

titik.

Ok, kalau dengar cerita sahabat memang menusuk jantung hati punya.

Lihatlah sifat tawadhu' yang ada pada seorang sahabat...
Umar adalah seorang sahabat di jamin ahli syurga, khalifah pulak tu.. Bukan hanya menguasai Makkah atau Madinah.. tapi satu kawasan yang sangat besar di muka bumi ini..

Orang beginilah yang kita nak jadi kan contoh teladan..

Khamis, 27 September 2012

bawak usrah tak glemer..

Kalau bagi ceramah,
orang awam datang..
dengar, gelak sikit-sikit..
pastu dapat upah duit.
Kalau best, nanti orang tolong promosi..
pergilah ceramah dia.. -best-

tapi..
kalau bawak usrah?
takde orang awam datang setiap kali perjumpaan..
duit upah?
siap habis duit lagi..
promosi?
lagilah tiada..

Jadi tak perlu masuk sistem tarbiyyah.. sebab rugi duit dan tidak glemer.

ok siapa yang sudah hampir percaya semua kat atas ni, tolong baca sampai bawah ye..

Seorang bayi yang dilahirkan perlu dipegang, dicium, diasuh dengan kasih sayang, selain bercakap, bersembang dan meluangkan masa kualiti secukupnya agar dia membesar menjadi manusia yang baik, berbudi bahasa dan bersopan santun atau pendek ceritanya jadi manusia lah..

kan?
ok jika anda belum lagi mempunyai anak, ketahuilah, ini adalah hakikat mendidik seorang manusia.

Sekarang..

Seorang "manusia" yang tidak cukup "keislamannya"... Yang kita mahu dia menjadi ISLAM sepenuhnya.

Maka bagaimanakah cara kita?

Ya, manusia tersebut perlu dibelai, diasuh, diberi masa kualiti (bergaul dan beramah mesra) barulah "manusia" yang tidak cukup "keislamannya" itu akan menjadi ISLAM sepenuhnya..

Oleh itu, apakah cukup hanya dengan mendengar ceramah sana sini mampu membentuk seorang manusia menjadi Islam sepenunhnya??

Ceramah 
tidak mampu memberikan perhatian pada setiap pendengarnya.
dengan ceramah,
penceramah tidak mampu mengenali pendengar secara mendalam..
ceramah
hanyalah satu penyampaian ilmu secara umum tanpa mempertimbangkan situasi pendengar secara tepat mengikut keperluan pembentukan seorang manusia..

Tapi dengan usrah, semua diatas boleh dilakukan...

Nilailah dengan mata hati..
apakah ceramah itu lebih mencapai matlamat hidup atau usrah??

Pilih antara dua alat untuk mencapai matlamat hidup..? ceramah semata atau usrah?
(jika tidak tahu matlamat hidup, sila browse web ni, hingga bertemu artikel berkaitan)

Selasa, 25 September 2012

always....

Selamat hari lahir, selamat bersedia untuk bertemu-Nya..

Hari lahir tidak sepenting hari kematiaan..
Tidak dinafikan, hari lahir juga penting kerana tanpa kelahiran, mana mungkin kita akan mati..kan?

Siapakah yang menghidupkan dan mematikan manusia?

Pasti ada satu kuasa hebat yang mampu menghidup dan mematikan. Sekadar mahu mencipta sesuatu yang baru pun, manusia perlukan panduan atau pencetus..

Tapi Dia, Yang Menghidupkan dan Mematikan.. tidak perlukan panduan atau pencetus untuk mencipta suatu makhluq yang baru...

Siapakah Tuhan yang sangat hebat ini?

Isnin, 24 September 2012

oh!

Selamat pagi dan selamat petang...
Selamat hari isnin dan selamat masuk kerja.. kalau bekerja.. Kalau belajar selamat masuk kelas.. ^_^

......

Apa itu dakwah?

perasan tak kita telah mengecilkan skop dakwah pada:

ceramah saja.
tazkirah setiap hari sabtu sahaja.
menegur orang sana-sini.
bercakap perkara baik-baik..

ya lah.. ini sebahagian dari dakwah. tapi ia hanyalah sebahagian kecil sahaja..
bukan semua tempat perlukan dakwah jenis ini.Lain tempat, lain cara dakwah.. yang penting tujuan dan matlamatnya adalah sama.

......

maka apakah itu dakwah sebenarnya?

dakwah itu menyeru manusia kepada Allah dengan menggunakan perkataan dan perbuatan.

Perkataan itu termasuklah tulisan dan kata-kata.. perbuatan pula termasuklah pergaulan seharian dan contoh teladan yang baik.

ok, itulah maksud dakwah.

Selamat menambah ilmu dan terus beramal.


Ahad, 23 September 2012

Apakah yang terlintas di otak..

bila perkataan ISLAM di sebut??

bulan sabit.
kitab yang tebal dan bersiri.
ustaz.
melayu!
arab.
rigid.
keganasan.
orang pakai tudung labuh.

In one fine day, i talked to a friend.. What is striking ur mind when u hear the word Islam?

oh, it is malay >> a religion for malay...

terjemahan:
Saya telah bertanya pada seorang kawan pastilah seorang yang bukan Islam. "Apa yang terlintas difikiran awak bila mendengar perkataan Islam?"
jawapan dia: oh, melayu, Islam adalah agama orang melayu...

.......

Sesungguh Rasulullah di utuskan sebagai rahmat ke seluruh alam.. Bagaimana ia jadi orang melayu punya??

Apa yang kita/orang melayu dah buat hingga ada non-muslim menyangkakan agama Islam yang mulia ini sebagai agama orang melayu ???

Oh wahai kawan-kawan..

Islam itu apakah sebenarnya?

Sabtu, 22 September 2012

Allah tidak akan membiarkan kita 4

Selamat hari sabtu dan selamat hari ahad.

Pagi adalah waktu yang sentiasa indah dan bahagia.. berbanding petang. tidak bersetuju eh??

Pagi petang siang dan malam adalah waktu ciptaan Allah. Hebat. Siang yang terang benderang boleh diliputi malam yang gelap pekat.. Kemudian, malam pekat itu akan kembali diliputi siang yang cerah dan terang..

Subhanallah.

Hebat.
Apakah kita mahu sama tarafkan kemampuan Tuhan dengan manusia? Iaitu dengan cara menyatakan Tuhan itu perlukan ramai Tuhan lain untuk menjalankan kepelbagaian peranan?.. 1 Tuhan khusus untuk 1 peranan. Seolah-olah kita telah menghadkan kekuasaan Tuhan kepada tahap penguasaan manusia yang tidak mampu melakukan 100 tugas sekaligus..

Maha Suci Allah!

Tiada Tuhan Yang Layak disembah melainkan Allah.

Tuhan sehebat Allah.. dan sememangnya tiada lagi Tuhan selain Allah..

Akan tetapi mengapa manusia masih memilih sesuatu yang keras, kaku, bisu, pekak dan TERBUKTI tiada apa-apa kuasa mahu pun kehebatan menjadi bahan sembahan mereka..??

Sesungguhnya..
Solat itu sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah.
Solat itu sebagai tanda kehambaan kita pada Allah..

Sebagai tanda syukur kita kerana Allah telah memberikan segala nikmat yang kita perlukan... Yang kita perlu tidak semestinya yang kita minta dari-Nya. Mungkin kita tidak pernah terfikir untuk meminta suatu nikmat itu kerana Dia telah memberikan..

Ya, solat sebagai tanda syukur kita pada Allah!

Ia membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya dan lebih tenang dalam urusan seharian sementara masih dalam perjalanan untuk bertemu-Nya.

habis.

Isnin, 17 September 2012

Allah tidak membiarkan kita 3

Selamat pagi dan selamat tengahari.

Artikel ini masih dalam isu orang taknak solat walaupun dah tahu solat itu wajib.

.....

Kalau kita lapar, kita tahu kita nak cari makanan untuk makan. Sebab kita ada satu ilmu pengetahuan yang Allah beri; Lapar boleh dihilangkan dengan makanan. Bukan dengan tengok buku senarai menu.. kan?

Haaa... samalah macam solat, bila jiwa manusia yang lapar, kena banyak hubungan dengan Allah (terutamanya solat)..
bukan dengan cara mengaku je Islam...

......

boleh terima tak analogi macam ni?? hehe. boleh takboleh terpulanglah cikadik dan cikkakak..

...

Tujuan utama solat bukanlah untuk meminta Allah memberikan kita sesuatu. Faham ke?

Solat adalah satu keperluan jiwa manusia macam badan manusia perlukan makanan..

Orang tidak percaya Tuhan pun percaya manusia perlu makan untuk hidup..

Tapi kenapa susah sangat kita nak terima yang jiwa manusia akan 'mati' jika dia tidak berhubung dengan sumber 'kekuatan' jiwanya?? iaitu Tuhan...

bersambung


Jumaat, 14 September 2012

Allah tidak membiarkan kita 2

Mahu menulis pun perlukan JIHAD...
Ya lah...

Mahu istiqamah perlukan JIHAD.

Apa pun yang kita buat semuanya perlukan JIHAD.

Jadi, ayuhlah kita berJIHAD.

Siapa yang ingat berjihad tu angkat senjata dan bunuh orang, sila pergi dari komputer anda sekarang dan belajar balik betul-betul erti agama Islam dan maksud sebenar JIHAD.

.....................

Berbalik kepada kisah orang tidak bersolat.
Isunya tidak solat kah??

Yeah, jawapannya adalah BUKAN.
Isu sebalik orang Islam yang tidak bersolat adalah; kepercayaannya kepada Allah.

Dengan pengetahuan api itu sifatnya membakar, secara sedar dan tidak sedar kita tidak akan meletakkan jari atau mana-mana anggota badan sewenangnya pada api..

Jika kita benar-benar kenal siapa itu Allah, maka secara sedar kita akan berusaha melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Yalah...

Mata kita tidak nampak betapa azabnya neraka.
Mata kita juga tidak dapat melihat betapa nikmatnya syurga..
Lebih perit lagi, mata hati kita tidak dapat merasai kewujudan Allah dan betapa pentingnya Dia dalam hidup kita.

Get the first point?
it is regarding;
our BELIEF and HOW HARDWORKING our mind to THINK which is THE TRUE GOD!

Sekiranya alam ini diperintah oleh pelbagai jenis tuhan dari pelbagai jenis agama.. bukankah akan timbul huru hara kerana mereka saling berebut kuasa???

THINK. 
Akal kamu diberi bukan semata untuk jadi bijak dalam urusan DUNIA.
sekian.

bersambung

Ahad, 9 September 2012

Allah tidak pernah membiarkan kita 1

Selamat Hari Istimewwa jika istimewa, jika tidak istimewa pun selamat hari istimewa..

Kita semua istimewa kerana kita adalah makhluq Allah yang mendapat AQAL dan mendapatkan kemuliaan menjadi KHALIFAH di muka bumi ini..

Kemuliaan dan keistimewaan yang diperoleh pastilah bukan untuk tujuan SIA-sia. kan??

.............

Jom kita solat sama-sama.

Alamak saya nak pergi ambil baju raya lah.

Eh? Kejap lagi ambil lah, kita solat la dulu.. kejap je pun.

Eh tak boleh, saya nak kena pergi ambil baju raya sekarang sebab waktu rehat saya sekejap je ni, nanti dah habis masa rehat tak sempat pulak..

Ambil lah masa balik kerja nanti?

Tak boleh la... Nanti kita balik kerja, kedai tu dah tutup....

............

Ok.. i have some points to share here, but the time is very limited. See you soon. Assalamualaykum!

Isnin, 3 September 2012

bebel tyme!

Selamat malam.

Indahnya langit dengan bintang bergemerlapan.. Kadang-kadang boleh lihat bulan bersinar terang. Cantik, Maha Suci Allah Yang Menciptakan.

Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Sebab apa?

Sebab..

Dia yang menciptakan semua makhluk..
Makhluk yang percaya akan kewujudan-Nya dan makhluk yang tidak percaya akan kewujudan-Nya.

Sudah lah Dia yang menciptakan..
Makhluk yang diciptakan itu pulak.. boleh pulak takpercaya pada si Dia yang mencipta?? Hehe.

Kiranya seolah-olah macam, kita buat komputer supaya berfungsi sebagai alat bantu mengajar.. tetiba komputer tak dengar cakap kita dan berbuat suka hati dia.. Dia nak masak ke nak tidur ke, terpulanglah pada hati dan perasaan komputer yang kita cipta itu.

Begitulah kiranya perumpamaan manusia yang tidak mahu beriman dengan Allah..

Heyh..
Kamu percaya Islam, pastilah kamu percaya Allah itu Tuhan kamu..

Apakah sifat Tuhan??
Benarkah kamu mengenali Tuhan?

Selamat mencari kebenaran.

Kebenaran itu jalan lurus. Tak mungkin simpang-simpang akan membawa ke matlamat yang betul.

Entri terkenal