Kita memang selalu menyusahkan diri sendiri dengan melihat keburukan orang lain pada kita. Misalnya, ade orang tu tercakap perkara yang kita tak suka. Maka sehari suntuk kita buat muka masam pada dia. Kekadang tu sampai malas nak layan.
Yang lebih dahsyat lagi, asyik nampak salah orang je. Sendiri punya salah tak sedar-sedar. Salah orang simpan bertahun-tahun dalam kepala, salah sendiri tak nampak-nampak walaupun berkali-kali orang perli. Haii harap-harap kita tak jadi macam ni lah. Buruk benar perangai macam gini.
Biasalah terasa kalau orang tegur kita. Kalau tak terasa, nak ubah macam mana? ye tak? Nak terasa pun kejap-kejap dah lah. Bukannya untung pun terasa lama-lama. Kejap-kejap terasa pun tak untung jugak. Buang masa aje. Ade ke orang yang suka merajuk tu jadi kaya? Tak pun jadi hartawan ataupun jadi jutawan? Eh, penulis belum pernah jumpa lah lagi setakat hidup 20 tahun ni.
Tapi yang menegur tu pulak kene lah beringat. Tegur orang tu, sebab nak dia jadi baik. Nak dia jadi orang yang mampu tegur kita jugak jika kita tersalah. Sebab nasihat menasihati itu budaya orang beriman. Bukannya sebab geram tengok muka dia yang selalu senyum tu. Atau apa-apa sebab yang tak munasarawaklah (munasabah).. EH, buat lawak tak jadi pulak penulis ni. Okay-okay, kita sambung topik asal.
So, perasaan itu diperlukan untuk kita menerima teguran orang lain supaya kita boleh mengubah diri sendiri menjadi lebih baik. Tapi jangan ‘overdose’ guna perasan tu. Sama jugak dengan orang yang memberi nasihat. Tengoklah banyak mana ‘dose’ yang sesuai untuk ‘pesakit’ kita tu. Kalau tak cukup ‘dose’ memang tak jadi, tapi kalau terlebih ‘dose’ pun tak jadi jugak.. Untuk sembuh bergantung pada kehendak pesakit dan kebergantungan dia dengan Allah.
Okay, yang terakhir, jangan ingat orang yang bagi nasihat tu lebih baik dari orang yang menerima nasihat. Maksudnya, sesiapa pun boleh bagi nasihat. Sebab Rasulullah pun selalu dengar nasihat sahabat. Contohnya dalam perang badar, perang uhud, perang khadaq, dan macam-macam lagi lah.
Oooo nak tahu cerita macam mana Rasulullah meneriman padangan sahabat ye? Boleh lah kawan-kawan rajin-rajin masuk perpustakaan dan cari ceritanya. Selamat membaca.
p/s: jangan takut nak nasihat orang. Tapi sebelum nasihat orang mungkin kita perlu nasihatkan diri sendiri dahulu. Dan terima kaseh kepada kawan-kawan yang banyak bagi nasihat. Penulis sangat hargai nasihat anda walaupun meleleh airmata dengar komen dan cadangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan