Isnin, 31 Disember 2012

Bila nak lari tak cukup tanah!

Selamat petang dan selamat memperbaharui iman. Insya ALLAH.

"Wahai Allah aku berlindung dari perasaan sedih dan kecewa. Aku berlindung denganMu dari lemah dan malas. Aku berlindung denganMu dari kedekut dan bakhil dan aku berlindung denganMu dari hutang dan penindasan orang"

Ini terjemahan doa harian.
Doa yang Rasulullah s.a.w. baca setiap hari...

Salah satu dari doa yang dibaca Rasulullah s.a.w. setiap hari.

Rasulullah s.a.w. yang telah dijamin syurga dan maksum itu tetap berdoa pada Allah setiap hari dengan pelbagai doa dan salah satu doanya adalah doa di atas.

Masa Allah beri 24 jam.
Tapi kerja lebih dari 24jam per kilometer!

Kadang-kadang memang rasa tak cukup tanah dan tenaga mahu 'berlari' mengejar pahala, tanggungjawab dan keredhaan Allah.

Bagaimana mahu kurangkan alasan dan mencari jalan?

Masa untuk memuaskan hawa nafsu sentiasa ada.
masa untuk menurut kehendak diri sentiasa ada.
Tapi kenapa masa untuk Allah sentiasa tidak ada?

Kenapa-kenapa-kenapa?

Masa untuk tidur tetap ada walaupun sedikit.
Mengapa masa untuk memahami ajaran Islam takde?
Mengapa?

oh kawan-kawan yang dirahmati Allah..
Kenapa susah sangat kita nak luang masa ambil tahu keadaan ummat Islam sekeliling kita?
Kenapa susah sangat kita nak bergerak dan berusaha memahami apa itu ajaran islam yang sebenar?

oh dan yang lebih penting, kita tahu kita bukanlah seorang Islam yang baik kefahamannya, tapi masih senang hati dan duduk tenang tidak mencari..

Bagaimana mahu menjadi seorang Muslim yang lebih baik disisi Allah.

Ok sekian.
Dunia ni memang sempit.
Balik-balik kita jugaklah yang ada..

Kalau bukan jiran sebelah 20 tahun dulu.
Boleh jadi kawan sekelas 25 tahun dulu.

Kalau bukan kawan kenal kat luar negara..
Mesti kawan yang kita jumpa kat kampung dulu-dulu..

mana kita mahu 'lari' ??

kita tidak akan boleh lari dari Allah.
Suatu hari nanti kita akan bertemu-Nya.
Mengadap-Nya..
Samada kita mahu keadaan kita begitu cantik indah dan wangi
atau dalam keadaan busuk dan begitu hodoh dihadapan-Nya.

Ya Allah,
berilah kami kekuatan untuk menghadapi hidup ini dengan rahmat-Mu.
Kami tidak meminta untuk Engkau menghilangkan cubaan yang telah Engkau tetapkan untuk kami. Tapi kami meminta agar Engkau kuatkan hati dan anggota kami untuk terus dan tetap sabar menempuhnya hingga kami kembali pada  Engkau dalam keadaan yang paling Engkau sukai.

Ameen~


Rabu, 26 Disember 2012

sandarkn harapan hanya pd Allah

bila Allah bukan yg pertama
hati akan sentiasa kecewa.
kalau xpercaya bolhlah cuba.

bila berusaha menjadikn Allah yg pertama.
pastilah byk rintangan ujian mlanda.
Agar ia benar2 ternyata pd pndgn-Nya.

biarlah tidak menjadi sesiapa di dunia.
itu lebih baik buat hati yg penuh dosa..
agar tidak mengundang celaka di akhirat sana.

ujian demi ujian mlanda..
bukan alasan menjadi lemah dan alpa.
biar pun tiada sesiapa..
Allah tetap melihat segalanya.




Selasa, 25 Disember 2012

Hati kita....

Dari Abu Abdullah al-Nu'man bin Bashir:

وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلُحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ....

.... Dan sesungguhnya dalam badan manusia ada seketul daging jika baik keadaannya, maka baiklah jasad keseluruhannya. Apabila rosak ia, rosaklah jasad keseluruhannya ketahuilah ia adalah HATI.

HR Bukhari dan Muslim.

Hadith ni panjang. Bercakap tentang halal haram dan kawasan larangan Allah pada bahagian atasnya dan akhirnya berbincang tentang hati.

ya, hati itu tiada siapa tahu. Hanya Allah yang tahu isi hati kita..

Setiap keadaan itu ada tanda.
Setiap benda ada cirinya.
Begitu juga hati..
Hati yang sihat dapat dilihat pada 'minda' dan 'perasaan' yang sihat.
hati yang sakit dapat dilihat pada 'minda' dan 'perasaan' yang sakit..

Adalah kurang betul jika kita menterjemahkan
"orang itu selalu sakit, maka hatinya tidak sihat"
>> ini namanya terjemah bulat-bulat, seolah-olah belajar satu hadith ni je dalam Islam.

(hati yang sihat atau sakit memang ada tandanya.. tapi bukanlah seperti penyataan yang di bold itu)

Dalam memahami sesebuah hadith, kita perlukan banyak 'alat' untuk membedah dan mengorek isi kandungannya.

'alat' yang dimaksudkan termasuklah; ulum hadith, bahasa Arab, mustolah hadith.

Ok, berbalik kepada isi kandungan hadith ini:

hadith ini menunjukkan kepentingan menjaga HATI.
Jika sakit, ia akan 'menyakitkan' seluruh badan.
Dan lebih parah lagi, bila hati itu sakit.. dia akan menyakitkan hati sekelilingnya..

kecuali HATI sekeliling itu -kuat- dan hati yang sakit itu cukup kuat untuk tidak menyebarkan -kesakitannya- pada orang sekeliling..

Bagaimana mahu kuatkan hati?
Ia bukan dengan jadi KERAS HATI, tiada perasaan pada orang, tiada belas pada orang, tidak bertimbang rasa perasaan orang..

Tapi dengan cara:
banyak mengingati Allah.
Sentiasa bertaubat dan memohon ampunan dari Allah..

Hati akan jadi kuat dengan mengingati Allah!

Macam mana cara mengingati Allah tu kawan-kawan?

Solat.
Bukan solat wajib je.
Solat sunat, solat malam.

Bertaubat.
Bukan taubat yang sebut istighfar sekali sekala atau dua tiga kali lepas solat tu.
Tapi benar-benar melakukan taubat. Taubat Nasuha!

Sebutlah Allah di mana sahaja walau apa pun keadaan.
dalam hati dan dalam kepala..
ZIKIRlah sebanyaknya.

bila hati sibuk mengingati Allah maka
tiada masa untuk memikirkan sikap orang yang menyakitkan hati,
kerja yang tidak pernah siap,
hiburan yang melalaikan...

Hati yang kuat tidak akan berjangkit penyakit hati yang sedang menular.
Hati yang kuat akan berusaha dan mampu membersihkan dirinya dan mampu mengajak hati lain untuk bersama-sama membersihkan diri..

Menyorokkan penyakit hati untuk kelihatan bersih juga sebahagian dari penyakit hati..

Ayuh kita sembuhkan peyakit hati kita kerana ALLAH!
bukan kerana mahu disanjung manusia, bukan mahu disukai manusia..

kerana mahu disanjung dan disukai manusia juga salah satu dari penyakit hati!


Khamis, 20 Disember 2012

Apakah kerangka fikiran kita berdasarkan Q?

"Apabila terjadinya hari kiamat.
Terjadinya tidak akan dapat disangkal.
Kejadian itu akan meninggikan satu golongan dan akan merendahkan satu golongan."

Itu bukan kata-kata saya. Itu kata Allah!
Dalam surah Al-Waqi'ah; 1-3..

Hari akhirat sangat ditunggu oleh orang yang rasa dizalimi.
Hari akhirat sangat di percayai oleh orang yang rasa  begitu 'tersekat' untuk membalas 'kezaliman' dan 'ketidakadilan' yang berlaku pada dirinya.

Tapi hari akhirat tidak pernah diharapkan oleh orang yang kaya raya.
Ia juga tidak pernah diingati oleh orang yang 'berkuasa' membalas 'kezaliman' keatas dirinya..

HAKIKATNYA

Hari akhirat ini bukan untuk orang yang dizalimi sahaja.
Hari akhirat ini juga untuk orang yang menzalimi, orang yang mencegah kezaliman dan orang yang berkecuali.. untuk DUA makhluq Allah yang akan dihisab! iaitu untuk manusia dan jin.

.................

Menjalani urusan hidup seharian tidaklah dianggap suatu perkara biasa dan rutin.
kerana setiap hari perlukan perubahan!

Kerana orang yang beruntung adalah orang yang berubah lebih baik dari semalam. iya kan?!

Jika hanya menjalani 'rutin'.. maka RUGI lah kita. Kerugian besar!

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal baik dan mereka yang berpesan-pesan kearah kebaikan dengan kesabaran"

Biasa sahaja membaca ayat ini setiap kali majlis ditutup.
tapi fahamkah kita akan ikrar yang ada dalam ayat ini?? faham kah kita siapakah orang yang bernasib baik dan tidak rugi?

Kerangka fikiran kita masih mengatakan orang yang rugi adalah:

  1. orang yang tidak punya kekayaan.
  2. orang yang tidak punya sanjungan
  3. orang yang tidak punya suami dan tidak punya keluarga
  4. orang yang tidak punya ibubapa.
  5. orang tidak punya 'sahabat'
ya! inilah kerangka fikiran yang berlegar dalam masyarakat kita.

kerangka fikiran yang merasakan >> Jika tidak melakukan nasihat menasihati kepada kebaikan dan kesabaran bukanlah satu kerugian!

Bahkan ayat Allah dalam surah al-Asr yang kita baca setiap kali tutup majlis sudah menerangkan kerugian sebenar.

Sesungguhnya urusan harian itu bukanlah rutin.
ia adalah ibadah jika kita berniat untuk-Nya.
dan ia adalah usaha kita untuk mendekatkan diri pada-Nya.

Aduh..
peringatan ini sangatlah berguna untuk saya dan semoga untuk anda yang membaca juga.

betulkan niat dalam melakukan urusan seharian.

kerja 
>> bukan untuk CARI MAKAN! kerana rezeki sudah Allah tentukan. ia hanyalah wasilah untuk kita membuktikan pada Allah bahawa dalam hal-hal dunia, Allah akan berikan bila kita berusaha.. tapi jika Dia tidak mahu memberi, maka itu adalah kehendak-Nya. 

[ok, pastikan kita bukanlah orang yang kerja nak cari duit/makan tapi orang yang menganggap kerja itu jalan ibadah]

buat baik pada orang 
>> bukan untuk cari kawan! tapi untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia sama-sama beribadah pada Allah.

........

Ya Allah!
berilah kami kekuatan untuk beramal dijalan-Mu.
Tetap teguh sehingga bertemu-Mu.

Dan janganlah Engkau biarkan kami menjadi fitnah keatas agama-Mu.
Kepada Engkaulah kami kembalikan sebarang urusan.

Hanya Engkau kami sembah dan hanya pada Engkau kami pohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Sekian terima kasih





Selasa, 18 Disember 2012

kebenaran tidak akan datang bergolek

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

berfikir adalah satu dari permulaan untuk sedar dan melangkah.
tapi berfikir sahaja tidak cukup.

Ia perlu disertai perbincangan dan tindakan.

Musyawarah atau perbincangan itu hendaklah dilakukan dengan orang yang betul.

Ya. orang yang betul...

>> iaitu orang yang memahami keadaan kita dan keadaan tajuk/perkara yang akan di lakukan.

jika mahu mengenal Allah, carilah orang sama-sama berusaha mengenal Allah.

Jika mahu menjadi orang yang tahu membezakan salah atau betul carilah orang yang berusaha dan meneliti yang benar dan yang salah.

takmungkin kita akan bertemu kebenaran dan keindahan Islam jika kita bertemu dengan orang yang salah!

Macam mana nak tahu orang yang betul.
Kita ada akal fikiran.
Dan sesungguhnya kebenaran dan BETUL itu tidak pernah bertentangan dengan akal fikiran manusia yang waras..

termasuklah agama.
Agama yang benar dari semua sudut tidak akan bertentangan dengan akal fikiran yang masih waras dan tidak tercemar.

Sekian terima kasih.

Ahad, 16 Disember 2012

dengan nama Mu aku hidup..

alangkah mudahnya apabila hidup itu sentiasa di iringi dengan ingatan pada Allah.
Baru semalam mendapat ilmu tentang nasihat dan akhlaq mulia.. hari ini terus Allah sediakan ruang dan medan untuk berlatih mengamalkan ilmu yang dipelajari.. Allahu akbar

Terima kasih pada Allah!

........

bagaimana pula bila terlalai sekejap? oh itulah kenangan pahit dalam hidup.

........

Baru semalam kita berkata usah buat begitu dan pada hari ini kita sudah kalah dengan melakukan yang kita pesan untuk 'usah'kan itu.

kadang-kadang suka bila dapat mendengar peringatan yang jelas dan terang walaupun menyakitkan.. Itu lebih berharga untuk iman dari seorang kawan yang hanya mengangguk dan 'iya' sahaja segala perbuatan kita.

Lebih teruk lagi bila berkawan dengan orang yang 'putus asa' pada Allah!
bukankah Allah itu Tuhan kita?

Mengapa kita begitu salah yakin dalam kepercayaan 'Allah mesti kabulkan doa'..

Seolah-olahnya; Allah hanya akan memberi pada kita bila kita meminta.. Alangkah lemahnya Allah, hanya memberi pada mereka yang meminta dan 'terpaksa' memberi pada mereka yang bersungguh-sungguh meminta [memaksa]!

oh begitu pening memikirkan seorang mad'u yang merasakan dia sudah tidak perlukan Allah dalam kehidupan kerana dakwa nya Allah tidak mengabulkan doanya walaupun dia sudha berusaha!

...

Amal sendiri dan amal orang lain.. dua-dua pun kena ambil berat. bukan salah satu yeah!

Isnin, 10 Disember 2012

duduk dihutan lagi senang

وَآتَيْنَاهُم بَيِّنَاتٍ مِّنَ الْأَمْرِ ۖ فَمَا اخْتَلَفُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا 
بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu..

Firman Allah dalam surah Al-Jasiyah ayat 17..

................

Ayat di atas adalah salah satu dari beratus kata-kata Pencipta kita.. Yang SANGAT tahu sifat kekuatan dan kelemahan kita sebagai hamba ciptaan-Nya.

Kadang-kadang..
Eh bukan kadang-kadang lah..
Setiap hari kita bertemu manusia, bergaul dan hidup bersama mereka..

Pening dan konfius itu perkara biasa.
Kadang-kadang terganggu dengan lintasan hati yang di bisik masuk oleh syaitan.
Semoga Allah menjauhkan kita dari kemudharatan bisikan tersebut.

Kenapa pening?
Sebab..
Allah perintah begini.
Tapi manusia rasa dia mahu begitu.
bila diberitahu..
Ada sahaja alasan pelik yang kelakar bin lucu.

Entah kenapa..
Dalam pengurusan  kerja dan sumber manusia..
Seolah-olah nampak hebat dan mahir sekali..
Tapi bila datang soal maruah, kemanusiaan dan cara hidup..
terus jadi macam tak tahu pergi kemana akal dan cara fikir yang hebat itu..

huhu...

Kawan-kawan.
Peningkah membaca tulisan saya ini?
Maaflah saya tidak bermaksud untuk peningkan anda semua.

Isi penting saya pada hari ini adalah..
berusahalah memahami tujuan hidup itu dengan panduan dari Tuhan.

Kita takkan mampu memberitahu dan menetapkan tujuan hidup sendiri kerana bukan kita yang mencipta diri kita sendiri..

Sakit pun kita tidak mampu beri arahan untuk berhenti. Apatah lagi degupan jantung dan peredaran darah kita..

Maka apakah dengan kelemahan yang ada itu kita masih mahu berlaku sombong dan pura-pura tidak faham kepentingan mengetahui tujuan hidup yang benar?!

Sesungguhnya hanya Allahlah yang memberi petunjuk, adapun saya hanyalah berusaha dan melakukan tugas sebagaimana yang telah diperintahkan oleh-Nya.

Sekian.


Ahad, 9 Disember 2012

ihsan: merasai kehadiran Allah bersama kita

Selamat membaca dan memahami Al-Quran.
Lagi banyak mengajak orang membaca dan memahami al-Quran.. Lagi besar ujian Allah untuk kita merealisasikan apa yang kita seru dan ajak itu..

Apa nak buat bila:

Bangun lambat.
sekarang jam sudah 7.45 pagi. Jarak ke tempat kerja cukup-cukup 10 minit.
subuh belum solat, masuk kerja jam lapan pagi..

Ada beberapa pilihan.

Terus bangun dan siap ke tempat kerja tanpa solat.
Bangun dan solat subuh dahulu.. kemudian bersiap ke tempat kerja.
Bangun dan tidur semula.
Bangun dan memberikan alasan tidak dapat hadir ke tempat kerja..

>> saya selalu melihat peristiwa ini, bukan ketika kerja sahaja bahkan sewaktu belajar dahulu.

oleh itu...
pilihan itu bergantung kepada:
ihsan yang ada pada diri kita.


Lagi situasi pelik.

Kerja 8 jam sehari.
Buat kerja dan isi buku log sempat.
Tapi makan dan solat tak sempat..

ok la.

Kerja 8 jam sehari.
buat kerja lebih masa lagi.
Buku log pun siap isi.
Makan memang terjaga setiap hari..
Solat pun tak pernah tinggal sampai ke hari ini..

tapi untuk ajak fikir tentang ummah dan Tuhan terus jadi tak de masa dan letih setiap hari..

kenapa ya?? ada kaitan dengan pilihan kita tak?

dah. nak tahu lagi situasi pelik..?

liqa usrah sempat.
daurah sempat.
tarbiyyah semuanya sempat..
dakwah tak buat..
isi buku log selalu asyik tak sempat..
homework kadang-kadang terlupa nak buat..

ini juga pilihan >> bagaimana mahu membuat keputusan?

andai ihsan itu benar-benar sebati dalam diri..

dakwah Rasulullah bukan untuk melahirkan pekerja yang efisyen semata atau pendakwah yang bergerak sahaja..

Dakwah Rasulullah mahu melahirkan seorang manusia yang taat dan tunduk pada perintah Allah!

Dengan tunduk dan taat pada perintah Allah lah manusia itu akan benar-benar berfungsi sebagai manusia..

Bukan robot pekerja yang sangat efisyen atau seorang penceramah petah.. huhu sekian muhasabah diri pada hari ini.




Sabtu, 8 Disember 2012

seluruh hidup ini dakwah..


jika seluruh hidup ini dakwah... bilanya nak tarbiyyah??
saja buat soalan cepu emas dan perak..

Bukankah seluruh langit dan bumi ini diciptakan olehNya?

ya Dia yang mencipta. Bukankah dakwah itu untuk kembali pada-Nya?
dan tarbiyyah itu usaha-usaha kita untuk sentiasa melakukan kerja mengembalikan diri dan seluruh pelusuk ciptaan-Nya kepada-Nya.

Anda setuju? oh tidak ye?! terpulanglah kepada anda...

Apalah bezanya MUSLIM dan NON jika kedua-dua mendakwa agama mereka mengajak kepada kebaikan..

selamat mencari dan mengembara..
dan sbg peringatan... orang malas memang rugi kerana kebenaran takkan datang menyapa orang yang hanya menggunakan akal ketika melakukan urusan dunia sahaja.

Jumaat, 7 Disember 2012

muhasabah dlm dkwh


kata-kata
jika kurang kata >> bakal di dakwa di hari akhirat sana kerana tahu tapi tidak menyampai.
jika banyak kata >> hati sentiasa bimbang kata yang keluar itu bukan kerana-Nya.

oh...
kebijaksanaan sangat di perlu kan.

diam >> mungkin nampak bijaksana tapi mungkin tidak selamat disisi Allah

Lagi sekali kebijaksanaan diperlukan...

pandang dan senyum.
>> jika salah orang, dosa dan murka Allah yang menunggu.

Ya Allah..
kebijaksanaan atau dengan kata lain (hikmah) sangatlah di perlukan

hikmah bukan lemah lembut.
hikmah itu kebijaksanaan.
bila datang suatu situasi, ia dilalui dengan tepat sepertimana kehendak Allah tanpa membuatkan manusia semakin menjauhi pintu Islam.

..........

kadang-kadang eh bukan kadang dah bahkan selalu.. kita ketemu mad'u yang menguji kepakaran dalam melakukan dakwah secara berhikmah!

Isnin, 3 Disember 2012

hebatnya ujian!


Demi bintang yang jatuh!
Dan sesungguhnya Nabi Muhammad tidak sesat.
Dan apa yang dia ucapkan bukanlah mengikut keinginannya.

Surah An-Najm: 1-3.

.....

Malam adalah waktu paling layak untuk 'membasuh' dan menilai kembali perbuatan seharian...

Ya.
muhasabah itu dari perkataan hisab.
Hisab bermaksud KIRA.

Maka marilah kita berkira-kira setiap amal yang kita lakukan pada hari ini.

Usah kira-kira apa orang lain lakukan pada kita.
kerana dia juga akan mengira sendiri perbuatannya.

Kiralah perbuatan kita pada orang lain, diri sendiri dan pada Tuhan..
Sibukkanlah diri dengan kira-kira perbuatan diri..
Jagalah diri jangan sampai terjatuh ke lembah kesibukkan mengira amal dan perbuatan orang lain hingga lalai mengira perbuatan sendiri..

Tidak perlu mencela diri dihadapan manusia lain untuk memberitahu kemuliaan diri..
Dan tidak perlu berkata yang hebat untuk mencari kehormatan manusia yang lemah.
dan tidak perlu merendah diri untuk menunjukkan kesalahan orang lain.

Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi hebat disisi Allah.
Gaulilah manusia mengikut suruhan-Nya.
Pedulikan caci maki manusia leka..

oh Allah!
berilah kami keampunan.
kuatkanlah hati kami dalam kebaikan.
menangkanlah kami keatas musuh-Mu..

ok sekian muhasabah di malam hari.
Semoga bermanfaat dan menambah rasa syukur.

Sabtu, 1 Disember 2012

dakwah ini bukan kerana kita lebih baik!

oh..
pada suatu hari dahulu kala..
pernah seorang adik bertanya.

Kakak,
bagaimana ya mahu berdakwah pada mereka yang lebih hebat dan lebih baik dari kita?

.......

Sebelum menjawab, fahamkah kawan-kawan maksud soalan diatas?

......

Jawapannya mudah sahaja.

Pertama:
Apakah selama ini kita berdakwah kerana 'kita lebih hebat dan lebih baik'??

kedua:
Apakah kita berdakwah kerana sifat 'superior' atau 'seniority' yang ada dalam diri?

ketiga:
Jika dakwah kita kerana 2 perkara diatas...
maka akan timbullah persoalan

"bagaimana ya mahu berdakwah pada mereka yang lebih hebat dan lebih baik dari kita?"

Kawan-kawan..

Kita bukan mengajak manusia lain kembali pada Allah kerana kita lebih baik dari mereka yang kita ajak..

Kita juga bukan mengajak orang lain kembali pada Allah kerana ilmu kita lebih dari mereka yang kita ajak..

BAHKAN,

kita berdakwah [iaitu mengajak hamba Allah untuk kembali pada Allah] hanyalah kerana kita sedar betapa pentingnya tugas mengajak manusia lain kembali pada-Nya dan hanya kerana itulah kita hidup dan bernyawa di muka bumi ini!

Entri terkenal