Khamis, 20 Disember 2012

Apakah kerangka fikiran kita berdasarkan Q?

"Apabila terjadinya hari kiamat.
Terjadinya tidak akan dapat disangkal.
Kejadian itu akan meninggikan satu golongan dan akan merendahkan satu golongan."

Itu bukan kata-kata saya. Itu kata Allah!
Dalam surah Al-Waqi'ah; 1-3..

Hari akhirat sangat ditunggu oleh orang yang rasa dizalimi.
Hari akhirat sangat di percayai oleh orang yang rasa  begitu 'tersekat' untuk membalas 'kezaliman' dan 'ketidakadilan' yang berlaku pada dirinya.

Tapi hari akhirat tidak pernah diharapkan oleh orang yang kaya raya.
Ia juga tidak pernah diingati oleh orang yang 'berkuasa' membalas 'kezaliman' keatas dirinya..

HAKIKATNYA

Hari akhirat ini bukan untuk orang yang dizalimi sahaja.
Hari akhirat ini juga untuk orang yang menzalimi, orang yang mencegah kezaliman dan orang yang berkecuali.. untuk DUA makhluq Allah yang akan dihisab! iaitu untuk manusia dan jin.

.................

Menjalani urusan hidup seharian tidaklah dianggap suatu perkara biasa dan rutin.
kerana setiap hari perlukan perubahan!

Kerana orang yang beruntung adalah orang yang berubah lebih baik dari semalam. iya kan?!

Jika hanya menjalani 'rutin'.. maka RUGI lah kita. Kerugian besar!

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal baik dan mereka yang berpesan-pesan kearah kebaikan dengan kesabaran"

Biasa sahaja membaca ayat ini setiap kali majlis ditutup.
tapi fahamkah kita akan ikrar yang ada dalam ayat ini?? faham kah kita siapakah orang yang bernasib baik dan tidak rugi?

Kerangka fikiran kita masih mengatakan orang yang rugi adalah:

  1. orang yang tidak punya kekayaan.
  2. orang yang tidak punya sanjungan
  3. orang yang tidak punya suami dan tidak punya keluarga
  4. orang yang tidak punya ibubapa.
  5. orang tidak punya 'sahabat'
ya! inilah kerangka fikiran yang berlegar dalam masyarakat kita.

kerangka fikiran yang merasakan >> Jika tidak melakukan nasihat menasihati kepada kebaikan dan kesabaran bukanlah satu kerugian!

Bahkan ayat Allah dalam surah al-Asr yang kita baca setiap kali tutup majlis sudah menerangkan kerugian sebenar.

Sesungguhnya urusan harian itu bukanlah rutin.
ia adalah ibadah jika kita berniat untuk-Nya.
dan ia adalah usaha kita untuk mendekatkan diri pada-Nya.

Aduh..
peringatan ini sangatlah berguna untuk saya dan semoga untuk anda yang membaca juga.

betulkan niat dalam melakukan urusan seharian.

kerja 
>> bukan untuk CARI MAKAN! kerana rezeki sudah Allah tentukan. ia hanyalah wasilah untuk kita membuktikan pada Allah bahawa dalam hal-hal dunia, Allah akan berikan bila kita berusaha.. tapi jika Dia tidak mahu memberi, maka itu adalah kehendak-Nya. 

[ok, pastikan kita bukanlah orang yang kerja nak cari duit/makan tapi orang yang menganggap kerja itu jalan ibadah]

buat baik pada orang 
>> bukan untuk cari kawan! tapi untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia sama-sama beribadah pada Allah.

........

Ya Allah!
berilah kami kekuatan untuk beramal dijalan-Mu.
Tetap teguh sehingga bertemu-Mu.

Dan janganlah Engkau biarkan kami menjadi fitnah keatas agama-Mu.
Kepada Engkaulah kami kembalikan sebarang urusan.

Hanya Engkau kami sembah dan hanya pada Engkau kami pohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Sekian terima kasih





Tiada ulasan:

Entri terkenal